Now Reading
Resepi Sotong Masak Kicap Yang Mudah Disediakan Di Rumah!

Resepi Sotong Masak Kicap Yang Mudah Disediakan Di Rumah!

Resepi Sotong Masak Kicap Yang Mudah Disediakan Di Rumah!

Bagi penggemar masakan sotong, jika anda sudah buntu hidangan apa untuk disediakan, jom cuba resepi sotong masak kicap ini. Bukan sahaja mudah, malah anda juga boleh mengolah resepi mengikut tekak anda. Hendak lebih pedas, tambahkan saja cili, hendak yang lebih berkuah, tambahkan sedikit air.

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ini agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong bolehlah mencuba. Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ini ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan. Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi tomato, nasi kunyit atau yang serupa dengannya 🙂

Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • kicap manis, secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Bahan untuk dikisar atau tumbuk halus:
    • 1/2 biji bawang besar
    • 5 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan untuk rempah tumis:
    • 2 biji bunga lawang
    • 1 batang kayu manis
    • 3 batang cengkih
    • 4 biji buah pelaga

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  3. Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
  4. Angkat dan hidangkan.

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM95.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

Mortar And Pestle Set

RM23.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2016/10/sotong-masak-kicap-pedas-yang-sedap.html

error: Content is protected !!