Now Reading
Resepi Tart Telur Yang Sedap Dan Ringkas

Resepi Tart Telur Yang Sedap Dan Ringkas

Tart telur adalah pastri yang boleh didapati di negara-negara Asia seperti Hong Kong. Lapisan luar tart telur dipenuhi dengan kastard telur yang dibakar di dalam ketuhar.

Hari ini, tart telur mempunyai pelbagai variasi seperti tart putih telur, tart susu, tart madu telur, tart halia, dan banyak lagi. Tart telur sesuai dimakan sebagai makanan ringan atau minum petang bersama keluarga.

Mari cuba resepi tart telur yang mudah ini.

Bahan-bahan kulit tart:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula aising
  • 180gm tepung gandum
  • 1 biji telur saiz ‘B’
  • 1/2 s/teh esen vanilla

Bahan-bahan untuk filling:

  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

Langkah-langkah penyediaan kulit tart:

  1. Pertama sekali, mentega dan gula perlu dipukul sehingga kembang.
  2. Setelah itu, masukkan telur dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung ke dalam adunan sehingga terhasil doh yang lembut.
  4. Ratakan doh setebal 1/2cm dan terapkan ke dalam acuan tart.
  5. Doh di dalam adunan perlu dicucuk menggunakan garfu supaya doh tidak kembang dan bakar selama 10minit pada suhu 180 darjah celsius.
  6. Setelah itu, keluarkan kulit tart dari oven dan masukkan filling. Kemudian, bakar lagi selama 15 minit.
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidang.

Sumber:

https://resepichenom.com/resepi/tart-telur/show

error: Content is protected !!