Telur bungkus adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai orang di Malaysia. Masakan ini sebenarnya adalah telur yang diisikan dengan isi ayam dan juga sayuran sebelum dibalut.
Ia mudah didapati di mana-mana sahaja di seluruh pelosok Malaysia tidak kira di negeri-negeri di utara, timur, ataupun selatan. Jika anda ke kedai makan atau mana-mana restoran, telur bungkus adalah antara menu popular yang selalu dipesan oleh para pelanggan. Makanan ini sesuai dimakan pada waktu makan tengah hari ataupun makan malam.
Telur bungkus sangat mudah untuk disediakan sendiri sebenarnya. Ini kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak dan cara penyediannya juga tidak leceh. Jom kita lihat resepi telur bungkus yang telah kami sediakan untuk anda cuba sendiri.
Bahan-bahan:
- 3 biji telur – dikacau rata
- Mixed veggie
- 2 biji bawang putih – dicincang
- 1 biji bawang merah – dipotong dadu
- 1 batang cili merah – dihiris
- 1/2 biji tomato- dipotong dadu
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- Isi ayam – dicincang
- Daun bawang
- Lada hitam secukup rasa
- Air
- Minyak masak
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali menggunkan api yang kceil kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak
- Kemudian, masukkan pula sayuran, daun bawang, daun sup, sos cili, sos tiram, lada hitam dan tomato.
- Letakkan secubit garam, sos tiram, dan sos cili secukup rasa mengikut cita rasa.
- Angkat dan asingkan dulu
- Bersihkan kuali kemudian ratakan minyak masak keseluruh permukaan kuali.
- Kemudian masukkan telur yang dah dipukul rata awal tadi dan goreng menggunakan api yang kecil.
- Ratakan telur ke permukaan kuali sehingga telur menjadi lebih besar dan mudah untuk dilipat.
- Apabila telur terlihat sudah separuh masak, tuangkan inti sayur serta ayam tadi di bahagian tengah telur. Ratakan.
- Lipat dan bungkus telur sehingga tutup keseluruhan inti
- Angkat telur dengan masukkan ia ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidang!
Dapatlah kita simpulkan bahawa hidangan telur bungkus yang sedap ini sangatlah mudah untuk dimasak. Tambahan pula bahan-bahan masakannya adalah murah dan mudah didapati. Oleh itu, anda bolehlah mencuba memasak hidangan ini dirumah untuk dimakan bersama-sama ahli keluarga tersayang. Anda juga tidak perlu membeli di mana-mana kedai makanan jika anda sendiri boleh memasaknya.
SUMBER