Now Reading
Resepi Tempe Buatan Sendiri Yang Anda Boleh Cuba di Rumah

Resepi Tempe Buatan Sendiri Yang Anda Boleh Cuba di Rumah

Resipi Tempe buatan sendiri

Tempe  ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa di Pulau JawaIndonesia). Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.

Ini adalah resepi membuat tempe sendiri dari rumah. Tempe terkenal dengan kelazatan dan khasiatnya yang pastinya menjadi sebahagian daripada bahan penting dalam masakan harian.

Tempe dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia namun turut popular dan dibuat di Malaysia.

Khasiatnya pastilah seperti tinggi kalsium, membantu mencantikkan kulit, mengurangkan kolesterol, membantu mengawal tekanan darah tinggi, mengatasi masalah cirit birit serta merupakan sumber protein yang tinggi.

Bahan-bahan:

  • 200gm kacang soya
  • 2 sudu makan cuka
  • 3/4 sudu teh yis tempe
  • Plastik pembungkus

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kuantiti air berdasarkan jumlah kacang soya, makin banyak kacang soya tersebut makin banyak airnya.
  2. Bilas dan kemudian rebus sehingga mendidih. Letak ke tepi dan tunggu sehingga sejuk.
  3. Kacang soya yang telah sejuk diramas-ramas agar kulit kacang soya tersebut tertanggal lalu dibuang kulitnya.
  4. Rebus kacang soya sekali lagi sehingga mendidih.
  5. Kemudian tambah cuka ke dalam bekas kacang soya. Padamkan api, tos air sehingga kering. Biarkan sejuk.
  6. Sebaik sahaja kacang soya telah kering, tabur ibu tempe dan kacau sehingga rata.
  7. Cucuk plastik pembungkus dengan jarum agar ia berlubang halus.
  8. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik pembungkus. Bungkus dengan kemas dan padat.
  9. Simpan bungkusan tempe tersebut dalam suhu bilik sederhana sehingga ia mengapas sepenuhnya sebelum dinikmati.

Resepi Menarik Berasaskan Tempe

SAMBAL TEMPE DENGAN KACANG TANAH DAN IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 1 keping tempe dipotong kecil
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 1/2 cawan ikan bilis (mengikut pilihan masing-masing)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Cili giling

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng tempe dan ikan bilis secara berasingan sehingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan. Salai kacang sehingga naik bau lalu angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak yang berlebihan, tumis cili bo dengan minyak yang berbaki.
  3. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan hirisan bawang besar dan asam keping. Kacau.
  4. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Selepas sambal memekat, tutup api dan tunggu sehingga sejuk agar ikan bilis dan tempe kekal garing.
  6. Masukkan bahan goreng tadi dan kacau rata. Hidangkan dengan nasi panas.

SAMBAL TEMPE GORENG JAWA

Bahan-bahan:

  • 1 keping tempe dihiris
  • 2 biji kentang dihiris nipis
  • 1 keping tauhu dipotong dadu
  • 1 keping fucuk direndam dan dipotong kecil
  • Sedikit suhun yang direndam
  • 1/2 keping dada ayam dihiris nipis
  • 4 batang kacang panjang dipotong
  • 1/2 batang lobak merah dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 sudu air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan hirisan:

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 10 tangkai cili padi

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng tempe, tauhu serta kentang sehingga garing. Angkat untuk tos minyak.
  2. Kurangkan minyak, tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan isi dada ayam, fucuk, kacang panjang, lobak merah serta cili merah dan hijau. Kacau.
  5. Tambahkan suhun dan bahan hirisan tadi. Kacau hingga rata.
  6. Tak dilupakan santan pekat, air asam jawa serta garam dan gula secukup rasa. Kacau.
  7. Apabila semua telah masak dan dikacau rata. Tutup api, angkat dan hidangkan.

TEMPE SALAD

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak berasaskan tumbuhan
  • 1 biji bawang besar, potong dadu
  • 2 ulas bawang putih, cincang
  • 1 biji bawang merah, cincang
  • Halia segar 1 inci, parut
  • 1/2 lada bengala merah, potong dadu
  • 1 lobak merah, dikupas dan dicincang
  • 4 pek tempe, potong dadu
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sirap maple
  • Ketumbar 1/4 sudu kecil
  • 1 biji bawang hijau, dihiris nipis
  • 2 cawan sayur cincang (kangkung, bayam, dll)
  • 1 biji jus limau nipis (atau lemon)
  • topping pilihan: serpihan lada merah, biji bijan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, bawang merah dan halia. Masak selama 5-7 minit, kacau sekali-sekala hingga bawang lembut.
  2. Masukkan lada merah, lobak merah dan tempe. Masak selama 7-8 minit, kacau secara berkala sehingga masak.
  3. Masukkan kicap, sirap maple dan ketumbar. Masak selama 3-5 minit lagi. Rasa dan sesuaikan perasa jika perlu, tambah lebih banyak kicap untuk rasa masin.
  4. Angkat dan pindahkan ke mangkuk besar kemudian kacau bersama bawang hijau, masukkan kangkung dan jus limau purut. Biarkan sejuk sepenuhnya, tutup dengan filem plastik dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam, simpan selama semalaman agar rasa lebih sebati.
  5. Hidangkan sejuk dengan perahan jus limau nipis.
  6. Salad boleh disimpan sehingga 4 hari di dalam peti sejuk atau 1 bulan di dalam peti beku.

TEMPE GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  • 1 peket tempe – dipotong memanjang
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi (nak pedas, boleh tambah cili)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • daun bawang dipotong halus
  • garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gaul tempe bersama sedikit serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak lebihan, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili yang telah dikisar tumis sehingga garing.
  4. Kemudian tambah gula dan garam secukup rasa. Tempe dan ikan bilis yang telah sejuk dimasukkan bersama daun bawang. Kacau sehingga rata. Angkat dan jangan dibiarkan terlalu lama.

TERIYAKI TEMPE

Bahan-bahan:

  • 5 pek tempe(500g)
  • 1/3 cawan kicap soya
  • 2 1/2 sudu gula melaka
  • 2 sudu bawang putih, cincang (kira-kira 4 ulas)
  • 1 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1/4 sudu halia yang dicincang
  • 1 sudu minyak zaitun
  • 1 biji bawang Holland dihiris nipis
  • 1 lobak sederhana, dihiris nipis
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Daun bawang dipotong untuk hiasan

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kicap, gula Melaka, minyak bijan, bawang putih dan halia ke dalam mangkuk yang sama dan gaul sehingga sebati.
  2. Potong tempe menjadi ketulan kecil dan masukkan ke dalam campuran kicap. Kacau sehingga rata lalu ketepi untuk seketika.
  3. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumiskan bawang sehingga layu dan naik bau. Tambah lobak merah dan masak sehingga menjadi lembut.
  4. Tuang campuran tempe ke dalam kuali dan gaul. Masak sehingga tempe keperangan. Tambah bancuhan tepung jagung dan kacau berterusan sehingga sebati. Akhir sekali taburkan daun bawang dan bijan yang telah disalai.
  5. Hidangan sedia untuk dihidang.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM32.60

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna danseimbang. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang mempunyai lapisan satin sangat bagus untuk bahan kering dan cair. Bentuk yang elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak berkarat. Sudu pengukur ini juga sangat sesuai digunakan untuk membuat cake bagi megukur ketepatan bahan yang digunakan.

SUMBER

Rasa, Sayaiday dan Cookday

https://www.vnutritionandwellness.com/teriyaki-tempeh/

https://fullofplants.com/refreshing-marinated-tempeh-salad/

error: Content is protected !!