Now Reading
Resepi Tomyam Thai Asli Ala Di Siam

Resepi Tomyam Thai Asli Ala Di Siam

Resepi Tomyam Thai Seperti Rasa Asli Di Kedai Siam

Resipi tomyam ini adalah versi tom yam kung yang berkuah pedas dan merah. Satu lagi versi tomyam adalah yang berkuah putih. Untuk tomyam kali ini, menggunakan tomyam paste yang dibuat sendiri menggunakan resipi authentic dari Thailand.

Antara keistimewaan masakan Thai adalah bahan rempah yang digunakan adalah semuanya dari bahan yang segar, contohnya halia, lengkuas, daun limau purut dan banyak lagi.

Pastikan bahan utama yang digunakan sama ada ayam atau seafood adalah segar, sebab jika segar bahan tersebut..kuah tomyam akan jadi sungguh sedap. Jika anda malas, gantikan saja dengan dengan 1 paket tom yam paste yang dibeli dari kedai dan terus rujuk kepada langkah untuk masak kuah Tom Yam sahaja.

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk tomyam paste:
    • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
    • 1 biji bawang besar, hiris kasar
    • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
    • 2 inci lengkuas. hiris kasar
    • 2 inci halia. hiris kasar
    • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
    • 1 cawan air asam jawa
    • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
    • 2 batang serai. hiris nipis
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 1 senduk minyak untuk menumis
  • Bahan untuk kuah Tomyam:
    • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
    • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
    • udang, dibuang kepala
    • sotong, potong ikut kesukaan anda
    • 1/2 batang karot
    • 1 biji tomato, potong 4
    • cendawan tiram, jika suka
    • 1 batang serai
    • 4 helai daun limau purut
    • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
    • 2 sudu besar sos ikan
    • 2 biji limau nipis, ambil jus
    • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
    • sedikit daun ketumbar
    • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk tomyam paste:
    1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
    3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
    4. Angkat dan sejukkan.
  2. Cara untuk masak tomyam:
    1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
    2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:

  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

Dapatkan Perkakas Dapur Anda Sekarang !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

TEFAL COMFORT CHEF KNIFE 20CM WITH COVER

RM39.90

Pisau keselesaan penting untuk menggunakan peralatan dapur untuk pengguna yang sesekali memasak atau untuk orang dewasa muda yang bergerak dan membeli set pisau pertama mereka. Manfaat utama adalah pemegang zon selesa dan reka bentuk bilah khusus. Dilengkapkan dengan penutup pisau yang selamat untuk semua model. Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM95.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

SUMBER

https://saji.my/resepi-tomyam

error: Content is protected !!