Resepi udang butter merupakan resepi yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca semua hari ini. Resepi udang butter ini mempunyai tekstur yang sangat berkrim dan enak untuk dimakan seisi keluarga.
Pada pendapat saya, kadang-kadang penyediaan makanan yang paling simple adalah makanan yang paling lazat. Anda tidak perlu menambah banyak ramuan lain untuk mengubahnya menjadi sedap dalam masakan. Udang butter ini hanya memerlukan beberapa ramuan dan boleh disediakan dalam beberapa minit sahaja.
Udang mengandungi sejumlah besar kolesterol, tetapi mereka rendah kalori dan penuh dengan nutrien. Udang adalah sumber vitamin D dan B, selenium dan asid lemak omega-3 yang hebat. Dalam resepi ini, udang disaluti mentega, yang mana bukan cara sihat untuk penyediaan udang, tetapi semuanya bersifat sederhana, bukan?
Untuk membuat udang butter, saya cadangkan anda untuk membeli udang terbesar yang anda mampu. Ukuran udang diukur dengan jumlah udang per kilogram. Untuk resepi ini, saya menggunakan udang jumbo, iaitu 7-9 udang per kilogram.
Tipsnya pula, umasak dengan cepat, anda hanya perlukan adalah kira-kira 2-3 minit setiap sisi, bergantung pada saiz udang anda. Sebaik sahaja udang bertukar menjadi merah jambu, anda boleh matikan api. Pastikan anda memerhatikan dengan teliti agar udang tidak terlalu masak!
Diet atau tidak, anda perlu mencuba resipi lazat ini. Jom kita lihat resepinya.
Nutrisi Pemakanan:
Kalori: 215kkal | Protein: 23g | Lemak: 12g | Lemak tepu: 7g | Kolesterol: 315mg | Natrium: 481mg | Kalium: 90mg | Vitamin A: 350IU | Vitamin C: 4.6mg | Kalsium: 176mg | Zat besi: 2.6mg
Jumlah Peruntukan Waktu:
Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Keseluruhan masa: 20 minit
Bahan-bahan:
- 4 sudu mentega
- 4kg udang bersaiz besar
- garam dan lada secukup rasa
- 1 sudu teh perasa Cukup Rasa daripada produk Maggie
- 2-3 ulas bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar parsli, dicincang
- 1 biji lemon – ambil jus
Cara-cara memasak:
1) Letakkan mentega dalam kuali besar dan cairkan dengan api sederhana tinggi. Masukkan udang dan perasakan dengan garam, lada dan perasa Cukup Rasa.
2) Masak selama 3-5 minit, kacau sekali-sekala, sehingga udang bertukar warna merah jambu.
3) Masukkan bawang putih dan masak selama satu minit lagi.
4) Masukkan jus lemon dan parsli, kemudian hidangkan.
Wah senang bukan? Bau butter dalam masakan pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja yang terbau bauan butter tersebut dan menarik hati mereka untuk menikmati hidangan imi. Jom cuba menu lazat ini, pasti anda tidak akan menyesal! Selamat mencuba.
TIPS:
- Menu udang butter ini enak disajikan dengan pasta atau nasi, kerana menu ini merupakan pembuka selera yang baik.
Sumber:
1) https://damndelicious.net/2014/04/11/garlic-butter-shrimp/