Now Reading
Resepi Udang Kegemaran Ramai Yang Harus Anda Cuba!

Resepi Udang Kegemaran Ramai Yang Harus Anda Cuba!

Resepi Udang

Resepi udang memang berlambak di internet dan buku-buku masakan tetapi acap kali yang dijumpai hanyalah resepi Udang Buttermilk mahupun Udang Masak Sambal. Alahai, bosannya.

Barangkali, bukan semua orang yang menyukai hidangan berasaskan udang. Bahkan, ramai juga yang menganggap udang adalah sejenis makanan laut yang paling leceh untuk dijamah kerana memerlukan sedikit kesabaran dan ketelitian apabila mengopek kulitnya.

Untuk pengetahuan semua, makanan laut merupakan salah satu makanan kegemaran orang ramai. Salah satu jenis makanan laut yang digemari ramai ialah udang. Udang boleh diolah menjadi pelbagai jenis masakan yang menyelerakan dan sangat lazat.

Di samping rasanya yang lazat, udang juga memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan, salah satu khsiatnya adalah dapat menurunkan berat badan. Oleh itu, berikut adalah beberapa jenis resepi masakan udang yang boleh dicuba di rumah anda.

Udang Kangkung Kerisik ala Padang

Bahan Kisar: –

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Cili padi 7 tangkai atau ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 3 Cili besar merah
  • 1 inch kunyit,
  • 1 inch halia
  • Sehiris lengkuas
  • 2 serai
  • 1 sudu biji ketumbar

Bahan Lain: –

  • 1 kg Udang
  • Kiub ayam
  • Garam, gula, serbuk perasa
  • Daun salam 2
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Asam keping 2
  • 2 sb kerisik
  • 2 ikat kangkung
  • tin Cuka
  • 1 kotak santan

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, masukkan daun salam dan asam gelugur sewaktu menumis.
  2. Masukkan udang, garam, gula, kiub ayam, daun salam, daun limau purut, daun kunyit, kerisik, cuka tin, tambah air 1 cawan, kemudian masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan, tambah air mengikut kepekatan yang dikehendaki, masak sehingga mendidih dan akhir sekali masukkan kangkung.
  4. Angkat masakan dan sedia untuk dihidang.

Sambal Udang Petai

Bahan-Bahan:

  • 300 g udang
  • 3 papan petai
  • 6 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkok kecil Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar *potong kasar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Tumis bawang besar yg dipotong kasar sehingga layu.
  2. Masukkan cili kisar,masak sehingga cili masak dan pecah minyak, masukkan petai yang telah dikikis kulitnya.
  3. Kemudian masukkan Air asam jawa, dan akhir sekali masukkan udang.
  4. Masak dalam 3 minit kemudian siap dan sedia untuk dihidang.

Udang Masak Tiga Rasa

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg udang kertas
  • 2-3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 batang serai – ketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar – mayang
  • 1 biji cili merah – hiris

Bahan Kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Tumiskan bahan bahan kisar, cili kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
  2. Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang atau daun sup.

Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:

  • 6 tangkai cili padi kampung
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai – ketuk
  • Garam secukupnya
  • Santan

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Kisar cili pada dan kunyit hidup sehingga halus dengan menggunakan sedikit santan. Masak atas api perlahan dengan selalu dikacau supaya tidak pecah minyak.
  2. Masukkan udang dan garam. Sesuaikan rasa dan boleh lah ditutup api. Hidang dengan nasi putih yang masih panas.

Udang Goreng Daun Bawang

Bahan-Bahan: –

  • Udang secukupnya
  • Daun bawang – potong 1 inci
  • 3-5 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 tangkai cili merah – hiris
  • Garam
  • Gula

Langkah-Langkah Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah. Selepas itu, masukkan udang yang telah ditos kering. Kacau rata.
  2. Masukkan daun bawang, garam dan gula. Tutup api supaya daun bawang tidak terlebih masak.
  3. Angkat hidangan dan sedia untuk dihidang.

Udang Masak Merah Berempah

Bahan-Bahan: –

  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kar
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih

Bahan Kisar: –

  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng udang. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama daun kari sehingga naik wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dalam satu bekas. Bancuhkan degan sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaulkan sehingga rata.
  5. Hidangkan setelah masak.

Agak-agak, resepi udang mana satu yang kamu paling teringin hendak masak nanti? Kongsikan dengan kami ya!

Selamat mencuba!

SUMBER

https://cookpad.com/my/search/udang

https://www.aziekitchen.com/2015/05/udang-masak-tiga-rasa-yang-sedap.html

error: Content is protected !!