Kanak-kanak sangat suka makan waffle. Kalau beli waffle, sekeping pun agak mahal harganya. Bayangkan perlu beli untuk lima orang anak. Jadi, buat sendiri di rumah lebih jimat.
Satu resepi adunan yang akan dikongsikan ini anda boleh dapat dalam tujuh keping waffle. Cukup sekadar untuk menjamu satu keluarga. Jom cuba resepi waffle di bawah ini yang sangat mudah dan pasti menjadi.
Bahan – bahan :
- 2 cawan gandum
- 2 cawan air
- 1/3 minyak
- 1 biji telur
- 1 1/2 sudu baking powder
- 2 sudu susu tepung
- 2 sudu gula
- Secubit garam
Cara-cara penyediaan :
- Mula-mula, satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, panaskan waffle maker dan masukkan adunan waffle ke dalam waffle maker.
- Tunggu sehingga warna bertukar perang. Itu bermakna waffle sudah masak.
- Bila waffle sudah siap, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat dan Nutella. Boleh juga dinikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buahan. Terpulang kepada citarasa anda.
TIPS:
Sama seperti alat pembakar roti, bila tiba waktu untuk masak, lampu akan bertukar warna sama seperti alat pembakar roti. Untuk mengelakkan waffle melekat, setiap kali bakar, sapukan minyak atau mentega dengan berus. Cukup sedikit sahaja untuk memastikan waffle tidak melekat. Memang lembut dan sedap hasilnya. Mudah sahaja. Selamat mencuba resepi waffle yang telah disediakan!
Source:
https://www.rasa.my/cara-bancuh-adunan-masak-waffle-yang-sedap-secara-homemade