Now Reading
Resepi Wantan Goreng Yang Mudah Dan Lazat

Resepi Wantan Goreng Yang Mudah Dan Lazat

wantan goreng

Wantan goreng adalah sejenis ladu Cina yang dibentuk dalam bungkusan kecil dan tersedia dalam pelbagai jenis cara penyediaan sama ada kukus, goreng, ataupun sup. Wantan mengandungi isi daging atau makanan laut yang dibalut dengan kulit wantan khas yang berwarna kuning dan segi empat tepat.

Wantan goreng yang digoreng sehingga warna coklat keemasan sangat popular di restoran Cina, Amerika Syarikat. Ia adalah pembuka selera yang sangat lazat lebih-lebih lagi apabila dilengkapi dengan sos masam manis. Percayalah, ianya sangat sedap tau.

Semua orang menggemari wantan goreng kerana rasanya yang rangup bersama isi daging atau pun isi makanan laut di dalamnya serta isi yang kita boleh reka sendiri seperti sosej dan lain lain lagi. Sebaik sahaja anda memakan sebiji wantan goreng, anda pasti ingin memakannya lagi dan lagi! Jadi, daripada habis duit membeli wantan setiap hari, jom kita belajar cara membuat wantan supaya boleh buat tiap hari!

Resepi wantan goreng #1

Bahan-Bahan

  • Daging ayam dan udang 1/2 kg yang dicincang
  • Kicap atau sos ikan 1/2 sudu teh
  • Minyak bijan 1/2 sudu teh
  • Lada putih
  • Kulit wantan 1 pek
  • Air
  • Minyak sayuran

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan daging ayam dan udang yang telah dicincang bersama kicap, minyak bijan, dan lada putih kemudian kacau sehingga sebati dan bertekstur melekit.
  2. Untuk membungkus wanton, ambil sekeping kulit wanton dan letakkan di telapak tangan. Kemudian tambahkan setengah sudu isian tadi di tengah kulit wanton.
  3. Setelah itu, lipatnya sehingga membentuk segi tiga. Tarik kedua-dua sudut segi tiga ke bawah sehingga satu bertindih dengan yang lain kemudian cubit dan tutup dengan air.
  4. Panaskan minyak sayuran untuk menggoreng, kemudian goreng sehingga bertukar warna keemasan.
  5. Setelah masak, toskan minyak. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sos masam manis Cina atau pun sos cili manis Thailand.

Resepi wantan goreng #2

Bahan-bahan

  • 1 paket kulit wantan
  • Sedikit air untuk melekatkan kulit wantan
  • Minyak untuk mengoreng

Bahan Untuk Inti:

  • Isi ayam dipotong dadu 200 gm
  • Isi udang dipotong dadu 100 gm
  • Bawang besar dicincang halus 1 biji
  • Tepung jagung 2 sudu teh
  • Minyak bijan 1 sudu teh
  • Kicap cair 3 sudu besar
  • Serbuk lada sulah 1/2 sudu teh
  • Serbuk lada hitam 1/4 sudu teh
  • Lobak merah dipotong dadu 1 batang
  • Daun sup 1-2 tangkai
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan inti:

  1. Campurkan kesemua bahan inti ke dalam satu mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Selama 1 jam, perapkan bahan di dalam peti sejuk.

Cara penyediaan wantan:

  1. Letakkan 1 sudu kecil inti di bahagian tengah sekeping kulit wanton.
  2. Kemudian, gunakan air untuk melekatkan bahagian tepi kulit wanton.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng wanton, kemudian angkat wanton goreng setelah bertukar warna keemasan.
  4. Setelah garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Wanton goreng telah sedia dihidang bersama sos cili ketika masih panas.

Resepi wantan goreng #3

Bahan-Bahan Resepi Wantan Ayam

  • Dada ayam di cincang halus 1 kg
  • Perencah secukup rasa 1 sudu besar 
  • Lada putih 1 sudu kecil
  • Tepung jagung 1 sudu besar
  • Daun saderi

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan bertekstur melekit.
  2. Untuk membungkus inti, ambil sekeping kulit wanton dan letakkan di telapak tangan.
  3. Letakkan setengah sudu kecil inti wanton di bahagian tengah kulit wanton dan bungkus.
  4. Cara membungkusnya adalah dengan cara mengambil kulit wantan dari 4 penjuru dan pusing sehingga menjadi seperti sup bonjot.
  5. Celupkan wanton ke dalam air mendidih supaya inti agak masak.
  6. Setelah itu, barulah wanton tadi digoreng dengan minyak panas sehingga garing.
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama sos cili atau pun kicap pedas.

Demikianlah 3 resepi wantan goreng yang sangat mudah dan ringkas. Selepas ini bolehlah anda menghasilkan wantan goreng anda sendiri rumah tanpa perlu membelinya di mana-mana kedai. Wantan goreng yang dibuat sendiri pastinya lebih sedap kerana dibuat mengikut cita rasa masing-masing. Anda boleh juga menukar intinya dengan citarasa sendiri. Anda boleh menggunakan kentang, daging, udang, ketam, sotong mahupun sosej. Semoga resepi wantan goreng ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba!

Sumber:

https://rasamalaysia.com/chinese-recipe-fried-wontons/

https://www.qaseyhoney.com/2014/01/wantan-goreng.html

https://www.fizacrochet.com/2021/02/resepi-dan-cara-buat-wantan-ayam-goreng.html

error: Content is protected !!