Now Reading
Resepi Wantan Yang Mudah Dan Sedap Yang Harus Anda Cuba!

Resepi Wantan Yang Mudah Dan Sedap Yang Harus Anda Cuba!

resepi wantan

Kali ini kami kongsikan resepi wantan dengan anda. Apa itu wantan? Dalam masakan Cina, wonton biasanya dibuat dari kepingan doh nipis dengan isi daging atau sayur-sayuran.

Wonton boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada di goreng, kukus, mahupun rebus. Anda tentu sahaja boleh membuat wantan anda sendiri tanpa perlu membuat kepingan kulit wantan sendiri kerana ia boleh didapati di pasar raya.

Wantan yang dibuat sendiri pastinya akan menjadi lebih sedap kerana dimasak mengikut cita rasa sendiri. Malah anda boleh memasaknya mengikut kreativiti sendiri agar rasanya lebih sedap daripada biasanya. Sekiranya anda mencari resepi untuk membuat wantan sendiri, anda boleh mengikuti beberapa resepi wantan yang akan dikongsikan untuk anda.

Resepi Wantan Goreng

Bahan-bahan kulit wantan:

  • Kulit wantan 1 paket
  • Sedikit air
  • Minyak masak

Bahan inti wantan:

  • Isi ayam yang dipotong dadu 200 gm
  • Isi udang yang dipotong dadu 100 gm
  • Bawang besar 1 biji
  • Tepung jagung 2 sudu teh
  • Minyak bijan 1 sudu teh
  • Kicap cair 3 sudu besar
  • Serbuk lada sulah 1/2 sudu teh
  • Serbuk lada hitam 1/4 sudu teh
  • Lobak merah yang dipotong dadu 1 batang
  • Daun sup
  • Garam

Langkah-langkah penyediaan inti:

  1. Semua bahan inti dicampurkan bersama ke dalam mangkuk lalu gaul hingga sebati.
  2. Setelah semua campuran bahan sebati, perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

Langkah-langkah penyediaan wantan:

  1. Letakkan 1 sudu kecil inti di atas sekeping kulit wantan.
  2. Lekatkan tepi kulit wantan menggunakan sedikit air kemudian balut.
  3. Masukkan wantan ke dalam minyak panas dan goreng dengan api yang sederhana sehingga bertukar warna keemasan.
  4. Setelah masak, angkat wantan dan bolehlah dihidang bersama sos cili.

Resepi wantan kedua

Ramuan:

  • Dada ayam fillet
  • Garam 1/3 sudu
  • Minyak bijian 1/2 sudu
  • Kicap cair 1 sudu
  • Serbuk lada hitam 1/2 sudu
  • Serbuk cili 1/2 sudu
  • Tepung jagung 1 sudu
  • Bawang putih 1 ulas
  • Daun bawang
  • Kulit wanton
  • Minyak sayuran 2 mangkuk
  • Cili merah 1/2 batang
  • Limau nipis 1/2 biji
  • Sos cili Thai 2 sudu

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Sapukan fillet ayam dengan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk cili secara merata.
  2. Cincang fillet ayam sehingga agak hancur bersama bawang putih, cili merah, dan daun pasli.
  3. Setelah itu, gaulkan fillet ayam bersama kicap, minyak bijan, dan tepung jagung sehingga menjadi seperti doh.
  4. Bentukkan daging ayam menjadi bebola.
  5. Letakkan bebola daging ayam tadi di tengah kulit wanton dan lekatkan tepi kulit wanton bersama sedikit air.
  6. Buat lebih kurang enam lipatan yang jaraknya lebih kurang sama dan ketatkan lipatan tersebut.
  7. Gorengkan wanton ke dalam minyak sayuran yang telah panas dengan api yang sederhana.
  8. Biarkan sehingga wanton terapung di dalam minyak dan bertukar menjadi warna keemasan.
  9. Akhir sekali, angkat wanton dan tapiskan minyak, kemudian bolehlah dihidang bersama sos cili Thai.

Resepi Wantan Beef Lasagna

Bahan sos merah:

  • Daging burger 2 keping dicincang kasar
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas dicincang halus
  • Sos spaghetti cendawan 1/2 botol
  • Kicap lemak masin 1 sudu besar
  • Air 1/2 cawan
  • Serbuk pati ayam 1 sudu besar
  • Cili flakes 2 sudu besar
  • Capsicum potong dadu 1 cawan
  • Cendawan enoki 1 paket

Bahan sos putih/bechamel sauce:

  • Mentega 1 sudu besar
  • Tepung gandum 1 sudu besar
  • Susu cair 3/4 tin
  • Garam 1 sudu kecil
  • Lada hitam 1 sudu kecil

Bahan Wonton Lasagna:

  • Mentega 1 sudu kecil
  • Kulit wantan 1 paket kecil
  • Sos merah
  • Sos putih
  • Mozarella cheese slice 1 paket

Langkah-langkah penyediaan sos merah:

  1. Penaskan pan terlebih dahulu, kemudian goreng daging burger, bawang besar, dan bawang putih sehingga garing.
  2. Setelah garing, tambahkan sos spaghetti ke dalam pan.
  3. Tambahkan kicap dan air kemudian kacau sehingga pecah minyak.
  4. Letakkan perasa pati ayam dan cili flakes, kemudian tambahkan campuran capsicum dan cendawan enoki lalu kacau sehingga sebati.
  5. Setelah masak, tutup api dan asingkan.

Langkah-langkah penyediaan sos putih:

  1. Pertama sekali, cairkan mentega dan masak bersama tepung gandum sehingga larut dan bertukar warna keemasan dengan api yang perlahan.
  2. Setelah tepung garing, tambahkan susu cair kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam. Setelah menjadi pekat, matikan api.

Langkah-langkah penyediaan lasangna:

  1. Kemudian, panaskan oven.
  2. Sapukan loyang dengan mentega, kemudian susun kulit wantan di dalam loyang.
  3. Ratakan sos merah, sos putih, dan susu mozareela cheese slice di atas wantan.
  4. Ulang langkah ke 3 sehingga semua sos habis.
  5. Balutkan loyang dengan aluminium foil dan bakar pada suhu 180C selama 30-40 minit.
  6. Setelah 30 minit, buang aluminium foil dan naikkan suhu kepada 190C. Bakar selama 10-15 minit sehingga lapisan cheese garing.
  7. Setelah selesai, keluarkan dan bolehlah dihidangkan.

Demikianlah 3 resepi wantan yang sangat mudah dan ringkas. Selepas ini bolehlah anda menghasilkan wantan anda sendiri rumah tanpa perlu membelinya di mana-mana kedai. Wantan yang dibuat sendiri pastinya lebih sedap kerana dibuat mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.qaseyhoney.com/2014/01/wantan-goreng.html

https://cookpad.com/my/search/wantan

error: Content is protected !!