Now Reading
Resepi Air Asam: Fuh Ketagih Betul!

Resepi Air Asam: Fuh Ketagih Betul!

Resepi Air Asam

Resepi air asam ini sesuai dimakan dengan makanan jenis gorengan, bakar atau rebus. Resepi air asam mampu bertindak sebagai pembuka selera bagi setiap hidangan. Cara nak buat air asam ini tersangatlah mudah untuk disediakan dengan hanya memerlukan sekitar 5 minit sahaja untuk dihidangkan. Namun, mestilah kena pada caranya baru ‘menyengat’. Untuk menambahkan versi Thai pada resepi air asam ini, kita boleh masukkan hirisan bunga kantan dan daun ketumbar.

Air asam boleh menggantikan budu ataupun sambal belacan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cm belacan, dibakar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 10 tangkai cili padi, dipotong nipis
  • 1 sudu kecil sos ikan thai
  • 1 biji tomato, hiris kasar
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1 1/2 cawan pekatan air asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan:

  1. Satukan air asam jawa dan belacan.
  2. Masukkan hirisan bawang besar dan tomato, sos ikan, cili padi dan kerisik. Kacau sebati.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

  • Pastikan anda menggunakan air asam jawa yang pekat untuk resipi ini.

Jom cuba resipi asam ini! Tidak rugi mencuba resipi enak ini untuk dimakan seisi keluarga. Jangan lupa untuk buat posting di Instagram supaya ramai orang kecur air liur melihat air asam hasil resipi ini!

SUMBER:

1) https://resepichenom.com/resepi/air-asam-ikan-bakar/show

2) https://www.mingguanwanita.my/resepi-air-asam-ketagih-boleh-buat-kita-rasa-nak-makan-hari-hari/

3) https://www.newmalaysiankitchen.com/belacan/

error: Content is protected !!