Now Reading
Resipi Biskut Nestum Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya

Resipi Biskut Nestum Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya

Resipi Biskut Nestum Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya

Siapa sahaja yang tidak menggemari biskut nestum? Semua orang sukakannya! Mari cuba resepi biskut nestum yang sihat ini.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 50g lakanto
  • 1 biji kuning telur
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1/2 sudu teh air sejuk
  • Tepung gandum penuh secukupnya (bergantung pada keadaan doh)
  • 80g nestum
  • 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
  • Nestum sebagai hiasan

Cara penyediaan:

  1. Pukul mentega, lakanto & air sejuk hingga sebati dan masukkan kuning telur serta esen vanilla. Pukul semula hingga sebati atau berwarna kuning keputihan.
  2. Masukkan tepung jagung, nestum yang sudah diramas dan tepung gandum penuh. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
  3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum di atasnya.
  4. Bakar doh dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 20-25 minit atau bergantung pada ketuhar anda.

Nota: Panaskan ketuhar terlebih dahulu dengan suhu 170C selama 20 minit, seterusnya turunkan suhu sewaktu membakar biskut kepada 160C.

Selamat mencuba!

Sumber

https://resepichenom.com/resepi/biskut-nestum-rangup/show

https://myresipi.com/recipes/biskut-nestum-rangup

https://dreamedjourney.blogspot.com/2012/09/biskut-nestum-rangup-crunchy-nestum.html

https://www.bidadari.my/resepi-biskut-nestum/

error: Content is protected !!