Cakoi, cahkwe, youtiao, atau patongko (berasal dari Thailand) merupakan makanan diperbuat daripada doh lonjong panjang yang digoreng sehingga memerang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya. Selain dimakan dengan bubur, cakoi juga boleh dimakan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce, durian, peanut sauce dan bermacam-macam cara lagi lah.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung serbaguna
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 11/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar susu
- 2 sudu besar mentega lembut
- 1/3 cawan air
Cara penyediaan:
- Dalam stand mixer campurkan kesemua bahan bersama dan uli enggunakan cangkuk pada kelajuan rendah selama 7-9 minit sehingga doh menjadi elastik.
- Bentukkan doh menjadi bola dan tutup dengan pembalut plastik dan biarkan dalam peti sejuk semalaman.
- Pada keesokan pagi, keluarkan doh dan ketepikan selama 2 jam sehingga ia menjadi suhu bilik.
- Panaskan minyak pada suhu 200C
- Taburkan sedikit tepung di atas papan penguli dan bentukkan doh seperti kayu panjang.
- Potong doh menjadi kepingan panjang selebar 3cm.
- Letakkan kepingan lain di sebelah dan tekankan penanda di tengahnya.
- Pegang hujung doh dan tarik sepanjang 18cm.
- Tekan sedikit hujungnya supaya melekat
- Masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga berwarna perang keemasan.
- Pegang kedua hujungnya dan tarik sedikit seperti tali dengan panjang 9-inci.
- Ulang langkah-langkah di atas bagi kepingan cakoi yang lain.
- Hidangkan dan makan
Selamat menjamu selera!
Panasonic Stand Mixer
RM169.00
Pengadun pendirian Panasonic adalah pembantu dapur yang boleh dipercayai yang menjadikan memasak menyeronokkan dan mudah. Pengadun berdiri direka dengan sempurna untuk membakar kek, pastri bahkan mencampurkan doh untuk membuat pizza. Selain memasak, aktiviti baking juga semakin popular ketika kuarantin ini. Apa kata beli mesin pengadun kek ini untuk memudahkan aktiviti baking anda. Ianya sesuai untuk apa jua jenis adunan daripada kek yang lembut ke doh cookies yang lebih kenyal. Pengadun kek ini mempunyai 5 speed mixing dan mangkuk berputar sebesar 3 liter
Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid
RM329.00
Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.