Biskut cornflakes sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Jom cuba resipi ini di hari raya nanti!
Bahan-Bahan:
- 1 ketul mentega buttercup
- 1/3 cawan lakanto (pengganti gula)
- 500g cornflakes tinggi serat
- 10 sudu makan sirap beras perang
Cara penyediaan:
- Cairkan mentega dengan lakanto (pengganti gula) dalam kuali. Apabila sudah cair, tutup api.
- Masukkan sirap, kacau sehingga rata,
- Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Anda boleh menambah buah-buahan kering atau hirisan badam. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
- Sudukan campuran conflakes ke dalam cawan kertas.
- Hias mengikut kreativiti anda dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 10 minit.
- Hidangkan dalam bekas atau balang hari raya anda dengan cantik dan ia sudah sedia dimakan.
Selamat mencuba!