Now Reading
Resipi Nasi Arab Kabsah

Resipi Nasi Arab Kabsah

Resipi Nasi Arab Kabsah

Nasi ini memiliki warna kecoklatan, seperti nasi goreng yang menggunakan kecap. Nasi ini salah satu bumbunya menggunakan tomat dan sedikit cabai, sehingga citarasanya asam gurih, tetapi tidak pedas. Hidangan nasi ini dipadukan dengan lauk kambing atau ayam yang dimasak dengan cara direbus, dengan bumbu tomat dan rempah Timur Tengah, dan ditiriskan.

Resepi Nasi Arab Kabsah terekenal di kalangan masyarakat Timur Tengah. Ia mempunyai rasa minyak zaitun yang kuat dan disajikan bersama ayam berempah.

Bahan-Bahan:

  • 1kg beras Basmati (direndam selama 30minit)
  • 1 ekor ayam dipotong 12 bahagian, tanpa kulit atau dibuang lemak.
  • 3 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili hijau
  • Minyak Zaitun untuk menumis
  • 3 sudu besar rempah kabsah
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • Minyak sapi

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sehingga naik bau
  2. Masukkan rempah kabsah
  3. Selepas garing masukkan ayam dan masak sehingga airnya kering
  4. Masukkan air dan beras diikuti dengan garam.
  5. Boleh juga tambah secawan susu cair
  6. Selepas nasi masak, letakkan sedikit minyak sapi.
  7. Hidangkan bersama sos harrah dan salad arab

Bahan untuk rempah kabsah:

  • 1 sudu besar cengkih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar buah pelaga hitam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili

Cara penyediaan:

  1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau.
  2. Apabila sudah naik bau, kisar semua bahan sehingga hancur.
  3. Campurkan serbuk cili dan serbuk kunyit.
  4. Kacau sehingga rata.
  5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara.

Sekiranya tiada buah pelaga hitam, gantikan dengan buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh digunakan pada semua masakan ala arab.

Bahan untuk Sos Harrah:

  • 2 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 3 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar pes tomato
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan
  2. Sedia utk dihidangkan

Bahan untuk Salad Arab:

  • 3 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 batang timun (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 tangkai cili padi dihiris
  • 2 tangkai cili besar dihiris
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji lemon
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu yogurt plain

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Hidangkan semua dan selamat menjamu selera!

Toshiba Blender

RM135.00

Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM32.60

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna danseimbang. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang mempunyai lapisan satin sangat bagus untuk bahan kering dan cair. Bentuk yang elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak berkarat. Sudu pengukur ini juga sangat sesuai digunakan untuk membuat cake bagi megukur ketepatan bahan yang digunakan.

SUMBER

https://seripayaku.blogspot.com/2020/05/nasi-arab-kabsah-ayam.html

error: Content is protected !!