Air katira sememangnya sinonim dengan negeri Johor yang terletak di selatan semenanjung Malaysia. Minuman ini sebenarnya berasal dari timur tengah dan telah di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang pada zaman dahulu. Negeri Johor telah menaturalisasikan air katira ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor juga telah membuat sedikit perubahan pada bahan-bahan air katira. Orang di timur tengah menggunakan air mawar untuk mendapatkan bau yang wangi dan segar, tetapi orang di Johor menggunakan air pandan untuk menaikkan aromanya.
Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang, pasti nikmat jika kita dapat hilangkan kehausan dengan air katira. Sekarang anda boleh membuat sendiri air katira berpandukan resepi mudah yang kami akan kongsikan di bawah.
Ramai yang telah berkongsi resipi air katira ini di laman Facebook dan tanpa disangka ia telah mendapat banyak perkongsian daripada warga Facebook. Jadi anda boleh mencuba sendiri untuk membuat air ini di rumah, lebih berbaloi dan lebih jimat berbanding beli di luar.
Air katira ini juga sudah menjadi hidangan air yang popular di bulan Ramadhan, Hari Raya serta di majlis kenduri.
RESEPI AIR KATIRA SEGAR
Imej dari, Facebook
Bahan-bahan:
- Kordial minuman berperisa tebu
- Susu pekat manis
- Biji selasih atau chia seed
- Air cincau
Cara-cara:
- Sukat bahan ikut cita rasa masing-masing
- Tapi air cincau, kita hanya perlukan cincau sahaja
- Masukkan minuman berperisa tebu ke dalam bekas
- Masukkan pula cincau yang telah dipotong sebentar tadi
- Masukkan biji selasih atau chia seed
- Masukkan susu pekat
- Masukkan air dan kacau
- Tambah ketulan ais untuk jadikannya lebih segar, sedap dan menarik
Mudah kan cara buat air katira ni? Memang sangat sedap dan penuh dengan bahan-bahan yang berkualiti dan beraroma yang mampu memikat selera orang yang menikmatinya. Anda patut cuba sendiri di rumah dan hidangkannya kepada keluarga tercinta anda.
Kami juga menulis resepi menarik yang lain selain daripada air katira. Jemputlah baca dan cuba. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman web kami, jangan lupa klik butang suka dan kongsi resepi ini!
Sumber: