Resepi sardin ini hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk disediakan. Resepi sardin ini juga sesuai untuk orang bujang atau orang yang mempunyai jadual kerja yang sangat padat. Sardin dalam tin merupakan makanan yang enak yang dapat disediakan dalam masa yang singkat dengan penambahan bahan-bahan ringkas seperti cili padi untuk menyerlahkan lagi rasa sedap sardin tersebut.
Jom kita cuba resepi sardin di bawah ya.
Bahan-bahan:
- 1 tin sos tomato sardin
- 1 biji bawang besar, dihiris
- 4 biji bawang putih, dihancurkan dan dihiris halus
- 1 inci halia, dihiris halus
- 1 cili hijau dihiris
- 3 biji cili padi (mata burung) dihiris
- 1 sudu kecil belacan
- 2 biji kentang dikupas bersaiz sederhana dan dipotong dadu
- 1 biji tomato besar, dipotong empat
- Garam
- Minyak
Langkah-langkah penyediaan:
1) Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong dadu hingga keperangan. Keluarkan dan letak ke tepi.
2) Dalam kuali yang sama, masukkan bawang putih dan halia lepas itu goreng sehingga wangi. Masukkan hirisan bawang dan cili. Masak sehingga bawang layu. Masukkan belacan.
3) Apabila dapur anda dipenuhi dengan aroma yang enak, tambahkan keseluruhan kandungan sardin dalam tin, kentang goreng dan tomato yang telah dipotong empat. Kacau perlahan-lahan agar tidak memecahkan isi ikan.
4) Masukkan garam. Masak selama 10 minit dan matikan api.
5) Hidangkan dengan nasi panas dan tumis sayur goreng. Ia juga boleh dimakan dengan roti untuk sarapan, dengan tosai, capatti dan nasi panas.
Sebelum memasak,keluarkan ikan dari dalam tin dan keluarkan juga tulang dan isi perut ikan. Anda juga boleh melakukan ini, tetapi saya lebih suka untuk tidak melakukan demikian. Untuk lebihkan rasa umphhhh, setelah hidang, perahkan sedikit jus limau nipis di atas pinggan.
Sangat mudahkan? Ini adalah versi hidangan sardin yang “rajin” dan cepat untuk disediakan oleh anda yang mempunyai jadual yang padat. Pelajar pun boleh cuba masak tau resepi ni di kolej. Sekiranya anda ingin mencuba hidangan yang murah dan enak, saya sangat mengesyorkan anda resipi ini. Selamat mencuba!
Sumber:
1) https://cookpad.com/uk/recipes/2611865-sardines-sambal
2) https://whattocooktoday.com/sardines-in-tomato-sauce.html