Now Reading
Resepi sup ayam sedap dan sihat

Resepi sup ayam sedap dan sihat

resepi sup ayam sihat

Sup ayam adalah sup yang diperbuat daripada ayam yang direbus dalam air dengan tambahan pelbagai bahan lain. Sup ayam yang klasik mempunyai kuah jernih  bersama ayam yang dipotong dadu atau halus serta sayur-sayuran. Di samping itu, sup ayam enak dimakan bersama pasta, mi, ladu, atau biji-bijian seperti beras dan barli. Di kebanyakan negara, sup ayam telah memperoleh reputasi sebagai pengubat bagi keadaan selesema, serta dianggap sebagai makanan yang menyelesakan. Apabila anda demam atau selesema, menghirup kuahnya yang panas berserta nasi adalah satu pengalaman yang memberi kelegaan pada diri sendiri.

Sebagai satu tip bagi resepi ini, anda boleh membeli ayam organik kerana inilah yang membezakan ia daripada resipi sup ayam biasa. Walaupun ayam organik mungkin adalah sedikit lebih mahal, jika anda mampu membelinya maka cuba dapatkannya. Ia baik untuk kesihatan dan pada masa yang sama masih membuatkan anda kenyang.

Di samping itu, memandangkan ia adalah resepi makanan yang direbus, jadi ianya lebih menyihatkan serta kurang kandungan lemak.

Jadi, mari kita cuba resepi sup ayam versi sihat sekarang.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (tanpa kulit, organik atau kurang lemak)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 2 batang lobak
  • 2 wortel
  • 3 biji kentang
  • 2 tangkai saderi
  • 1 sudu lemon
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji lada putih
  • 1/2 genggam daun parsli
  • 1/2 genggam daun bawang
  • 1 sup bunjut (rempah sup)
  • 2 sudu besar minyak masak (minyak kanola, minyak zaitun)
  • 1 liter stok ayam (chicken stock)
  • 1 liter air
  • Garam & lada secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan halia sehingga mendapat konsistensi sederhana, iaitu hancur tetapi bukanlah sehingga menjadi lumat.
  1. Gunakan bahagian rata pisau besar untuk tumbuk hujung serai di atas papan pencincang sehingga ia terpisah.
  1. Kupas dan kisar sayur seleri sehingga lumat.
  1. Potong lobak merah ke dalam tiga bahagian, dan kemudian potong separuhnya lagi untuk mendapatkan jalur lobak panjang yang tebal.
  1. Kupas dan potong kentang kepada dua bahagian.
  1. Potong bawang besar dalam bentuk bulatan.
  1. Potong daun parsli dan daun bawang. Simpan separuh daripadanya untuk dimasak dan separuh lagi sebagai hiasan.
  1. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, serai, bunga lawang, saderi yang telah ‘blend’ dan bawang putih, campuran halia dan bawang merah yang telah ditumbuk. Goreng hingga naik bau harum.
  1. Tambah keseluruhan ayam dan masak sehingga bahan-bahan lain berwarna keperangan.Terbalikkan ayam dengan berhati-hati dan biarkan periuk itu terbuka sahaja.
  1. Setelah ayam masak, tambahkan stok ayam dan air. Kemudian, tambahkan sup bunjut, lobak merah dan kentang serta masak sehingga sup mendidih.
  1.  Keluarkan ayam dari periuk setelah ia masak dengan sempurna (dengan suhu dalaman 66 °C hingga 73 °C). Masukkan pula bawang besar, daun parsli dan daun bawang. Biarkan ia mendidih sekali lagi sehingga sup menjadi lebih pekat.
  1. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  1. Masukkan ayam anda kembali ke dalam sup.
  1. Hiaskan dengan daun parsli dan daun bawang lebihan.

Selamat mencuba!

Dapatkan Perkakas dan Rempah Sup Anda !

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Stone Pestle & Mortar

RM 23.90

Baba’s Rempah Sup

RM 3.50

error: Content is protected !!