Kini, kita telah melihat berkali-kali, tentang cara negara barat cenderung menyalahlabelkan atau menamakan masakan dan bahan makanan Asia.
Tetapi, ia masih tidak menjadikannya kurang lucu.
Inika (@inika_) menggunakan profil Twitternya untuk mempamerkan menu restoran India di Washington, Amerika Syarikat, di mana nama-nama makanan India telah di… whitewash.
Restoran itu menyajikan hidangan daripada ‘Dunked donut (donat goreng berperisa) delight’, di mana vadai dihidangkan dengan kuah kari dhal dan ‘Dunked rice cake delight’, dan idli juga diletakkan di dalam kari dhal.
Selain itu, mereka juga menyajikan ‘crepes’ pada menu mereka, iaitu thosai. Thosai biasanya dipanggil ‘naked crepes‘ manakala thosai masala dipanggil ‘smashed potato crepes‘.
Tetapi, kenapa dengan harga tu…?
Sementara vadai dan idli masing-masing berharga $16.49 (RM73.44) dan $15.39 (RM68.54), thosai berharga $17.59 (RM78.34) dan $18.68 (RM83.24). Rasa thosai itu mesti sangat sedap dengan harga yang seperti itu.
Memandangkan nama restoran itu dipanggil ‘Indian Crepe Co.’, kami benar-benar tidak terkejut dengan nama hidangan yang telah di “whitewash”.
Anda boleh menyemak hidangan lain yang tersalah nama di sini:
Memandangkan harga hidangan di restoran itu mahal (dan nama yang tidak masuk akal untuk hidangannya), kami sangat berharap bahawa makanan mereka sebenarnya sedap.