Now Reading
Rivotril (Sawan) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Rivotril (Sawan) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

rivotril

Pengenalan

Rivotril (Clonazepam) tergolong dalam salah satu kelas ubat yang dipanggil benzodiazepines.

Kegunaan Rivotril

Rivotril digunakan untuk merawat gangguan sawan. Ia membantu melambatkan aktiviti saraf dalam otak. Malah, ubat ini juga dikenali sebagai ubat ‘anticonvulsant’ atau ‘antiepileptic’.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat serangan panik. Rivotril bertindak dengan menenangkan otak dan saraf anda.

Cara menggunakan Rivotril

Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, selalunya 2 atau 3 kali sehari.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Rivotril

Meskipun ia membantu ramai orang, ubat ini kadangkala mungkin dapat menyebabkan ketagihan.

Risiko ini mungkin semakin tinggi jika terdapat bahan yang menyebabkan gangguan (seperti terlebih pengambilan atau ketagihan terhadap dadah atau arak).

Jika anda mempunyai beberapa jenis gangguan sawan berbeza, anda mungkin mengalami sawan yang lebih teruk apabila mula menggunakan rivotril.

Jadi, dapatkan nasihat doktor anda secepat mungkin apabila ini berlaku. Doktor anda mungkin perlu menambah dan mengubah dos ubatan lain untuk mengawal sawan.

Kesan Sampingan Rivotril

Risiko kesan sampingan yang serius adalah seperti:

  • Pernafasan perlahan
  • Rasa mengantuk yang teruk
  • Pening kepala

Kesan sampingan mungkin meningkat jika ubat ini diambil bersama ubatan lain.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain seperti ubat opioid atau ubat batuk, arak, dadah (ganja), ubat untuk tidur atau tekanan, penenang otot atau antihistamin.

Kontraindikasi Rivotril

Jangan gunakan Rivotril jika anda:

Interaksi Rivotril

Interaksi ubat mungkin berubah mengikut keberkesanan ubat atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat ini.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Sesetengah produk mungkin berinteraksi dengan ubatan seperti orlistat, sodium oxybate.

Pengambilan rivotril bersama ubat opioid (seperti codeine, hydrocodone) mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius seperti kematian.

Dos Rivotril

Dos yang disarangkan sebagai permulaan haruslah tidak melebihi 1.5 mg sehari dan dibahagikan kepada 3 dos.

Untuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas atau dengan berat 30 kilogram ke bawah, dos mestilah ditetapkan berdasarkan berat badan mereka.

Banyak perkara yang boleh mempengaruhi keperluan dos ubat individu tersebut, seperti berat badan, keadaan perubatan lain dan pengambilan ubatan lain.

Jika doktor menyarankan dos berbeza daripada yang tersenarai di sini, jangan ubah cara penggambilan ubat anda sebelum bertanya pada doktor anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-14403-6006/clonazepam-oral/clonazepam-oral/details

https://www.healthline.com/health/mental-health/clonazepam-vs-xanax

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/clonazepam-oral-route/description/drg-20072102

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/clonazepam-oral-route/precautions/drg-20072102

error: Content is protected !!