Now Reading
Rosken Skin Repair Dry Skin Cream dan 9 Alternatif Untuk Merawat Kulit Kering

Rosken Skin Repair Dry Skin Cream dan 9 Alternatif Untuk Merawat Kulit Kering

rosken

Penjagaan kulit Rosken Skin Repair adalah satu jenama yang dipercayai oleh pengguna selama lebih dari 30 tahun. Rosken juga pakar dalam menyediakan penyelesaian penjagaan kulit untuk melegakan, memperbaiki dan mencegah kulit kering.

Produk daripada Rosken Skin Repair terkenal dengan sifat pelembap intensif dan keupayaan penyembuhan untuk menjadikan kulit berasa lembap dan halus. Pelbagai produk telah direka secara prihatin untuk semua jenis kulit.

Ayuh kita lihat variasi yang boleh membantu masalah kulit kering anda di sini! 

Rosken Skin Repair Dry Skin Cream

RM44.90

Boleh digunakan setiap hari, krim Rosken Skin Repair Dry Skin Cream memberikan perlindungan berpanjangan sambil memperbaiki dan menambah kelembapan yang hilang dari kulit anda. Formula yang tidak berminyak membantu penyerapan yang pantas ke dalam kulit – anda dapat merasakan kesannya dengan segera dari aplikasi pertama. Kulit kering dapat merasakan kelegaan serta merta hasil daripada peningkatan tahap kelembapan sehingga 89 peratus. Juga terbukti untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit hanya dalam masa 4 hari. Aplikasi pertama meningkatkan fungsi penghalang semula jadi kulit membantu mengurangkan kehilangan kelembapan dari epidermis sehingga 115 peratus. 

Aveeno Skin Relief Moisturizing Lotion

RM57.50

Selamat tinggal kulit gatal dan kering, dan katakan hello kepada kelembapan 24 jam! Menyuburkan dan menghidrat semula kulit anda yang gatal dan kering dengan losyen pelembap AVEENO®. Formula cepat menyerap ini berfungsi dengan segera dan mengembalikan kelembapan penting untuk membantu mengimbangi mikrobioma kulit untuk kulit yang lebih sihat. Terbukti secara klinikal untuk menenangkan gatal dan membantu menyembuhkan kulit kering dalam 1 hari, produk Skin Relief adalah pertahanan harian terbaik kulit anda terhadap kekeringan. Mengandungi kompleks oat, prebiotik dan shea butter untuk menawarkan kelembapan ekstra dan bebas dari steroid membuatkan ia sesuai untuk kulit sensitif. 

Rosken Skin Repair Dry Skin Hydrating Lotion with Vitamin E

RM29.90

Losyen Rosken Skin Repair Skin Dry Hydrating dengan vitamin E ini membantu meningkatkan penghidratan kulit anda sehingga 50 peratus. Formula tidak berminyak melegakan kegatalan dan sensasi terbakar yang disebabkan oleh kulit kering, hanya dengan aplikasi pertama. Diperkaya dengan vitamin E, kandungan anti-oksidan yang tinggi membantu melindungi kulit dari faktor persekitaran harian. Membantu memulihkan kelembapan yang hilang dengan membentuk lapisan pelindung yang melindungi kulit. Dibina dengan bahan yang lembut, losyen ini sesuai untuk kulit sensitif

Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream

RM19.90

Krim pelembap baru dari Organic Aid penuh dengan asid amino, adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan yang mengandungi Vitamin E untuk mempromosikan dan mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Mengandungi juga asid amino untuk membantu mengembalikan khasiat ke kulit yang kasar. Formula khas juga merangkumi emolien semula jadi untuk kelembutan tambahan, serta humektan penambah kelembapan melindungi kulit dari sinar matahari dan angin. Satu aplikasi krim Vitamin E ini akan melegakan dan menyegarkan kulit kering dan kasar, menjadikannya ia lembut dan cantik secara semula jadi.

Rosken Skin Repair Whitening and Softening Cream

RM44.90

Losyen bebas hidrokuinon dari Rosken Skin Repair ini dibentuk untuk rawatan pigmentasi dan warna kulit yang tidak sekata, sambil meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan pelembapan 24 jam untuk menjadikan kulit berkhasiat, cantik dan halus apabila disentuh. Efektif untuk merawat pigmentasi dan meratakan warna kulit. Mengandungi agen Whitenyl Firmex 11, ia membantu meningkat pencerahan kulit dengan meberhentikan penghasilan pigmen gelap pada kulit. Ia juga menghalang pembentukan enzim tyrosinase dan mengawal melanin kulit. Diformulasi menggunakan bahan aktif Lipogard ™ yang mengandungi campuran antioksidan termasuklah Vitamin E dan Q10, kulit anda akan tampak kelihatan lebih cerah dan sihat.

Eucerin Ultrawhite Spotless Body Lotion

RM49.90

Losyen Eucerin membaiki dan menguatkan kulit yang sensitif yang rosak jauh dari dalam lalu melindunginya daripada kelihatan kusam dan rosak. Rumusannya mengandungi kombinasi unik dari ekstrak likoris semula jadi yang ringan yang dapat membantu mencerahkan warna kulit dengan tahan lama jika kerap digunakan. Kandungan kompleks perlindungan UV dan vitamin E khas melindungi kulit daripada dirosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh UV.

Rosken Skin Repair Bio Serum

RM28.00

Serum bio Rosken Skin Repair adalah minyak perawatan kulit rawatan intensif yang apabila digunakan secara kerap akan membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit seperti “stretch marks”, parut, warna kulit tidak sekata, kulit yang sangat kering dan penuaan. Diformulasikan menggunakan gabungan anti-oksidan yang kuat seperti Vitamin A dan E , minyak lavender, rosemary, calendula dan minyak chamomile yang menenangkan,. Tidak seperti rawatan minyak intensif terkemuka yang lain, serum ini juga mengandungi minyak rosehip yang kaya dengan anti-oksidan mengurangkan parut kulit pembedahan dan sekaligus menghapuskan bintik-bintik pigmen hitam dan kedutan halus.

Bio-Oil Skin Oil

RM80.00

Diinspirasikan oleh minyak kelenjar preen itik. Minyak Purcellin berfungsi sebagai sistem pengiriman, membantu ekstrak botani semula jadi untuk menyerap dengan cepat jauh ke bawah permukaan kulit tanpa meninggalkan perasaan berminyak. Bahan ekslusif ini memberikan Bio-Oil tekstur yang ringan dan tidak berminyak dan memastikan kerberkesanan maksimum kandungan. Formulasi unik ini sangat berkesan untuk keadaan kulit yang mengalami masalah tona kata yang tidak sekata, penuaan, kulit kering dan parut. 

Rosken Skin Repair Feet and Heel Balm

RM28.00

Rosken Skin Repair Feet and Heel Balm adalah rawatan pembaikan dan kelembapan yang menyasarkan dengan dos vitamin E, urea, dimethicone, minyak pudina dan allantoin yang tinggi untuk menyejukkan, membaiki dan melindungi kaki dan tumit daripada menjadi keras dan retak. Ramuan yang telah diuji secara saintifik ini terbukti bertindak dengan pantas untuk memberikan kesan yang jelas hanya dalam 3 hari sekaligus memulihkan tahap kelembapan. Melalui penggunaan berterusan, Rosken Skin Repair Feet dan Heel balm membantu mematahkan kitaran kulit yang kering dan rosak sehingga menjadikan kulit berasa lembut, licin dan lembap.

Ellgy Plus Cracked Heel Cream

RM29.90

Ellgy Plus, sistem pelembap unik berfungsi di dalam dan di luar dari permukaan kulit anda. Ini diformulasikan dengan saccharide isomerate, magnet air yang menarik kelembapan ke dalam kulit. Krim ini juga mengandungi ekstrak portulaca oleracea yang semula jadi. Kandungan asid lemak membantu menguatkan lapisan epidermis mengunci segala kelembapan yang diperlukan. Gunakan Ellgy Plus setiap hari untuk melembapkan, melembutkan dan melegakan tumit yang kering dan kasar untuk mengelakkan keretakan tumit.

Kulit yang lembap adalah tanda kulit yang sihat. Oleh itu, jangan lupa gunakan pelembap yang sesuai supaya kulit anda sentiasa mulus dan tidak kering. Anda boleh cuba produk-produk yang kami senaraikan di atas. Semoga bermanfaat buat anda semua.

error: Content is protected !!