Now Reading
Roti Tampal: 3 Resepi Wajib Cuba!

Roti Tampal: 3 Resepi Wajib Cuba!

Roti Tampal

Peminat telur, roti seterusnya yang terdapat di kedai mamak ialah roti tampal. Ianya berbeza dengan roti telur kerana prosesnya adalah dengan memasak telur di atas loyang dan hanya di “tampal” pada roti. Roti ini sesuai kepada mereka yang suka akan telur yang masih cair dibahagian tengahnya.

Roti Prata Tampal Telur

Bahan-Bahan :

  • 2 keping roti prata/canai yang siap dimasak
  • 2 biji telur
  • 1 camca besar mayonis
  • 1 batang sosej ayamas, hiris nipis
  • 3 pokok kuchai, hiris halus
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu kecil
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam “aji-shio”
  • Sedikit minyak
  • Sambal tumis/kuah kari/kuah gulai sebagai pencicah

Kaedah Penyediaan:

  1. Pukul telur bersama serbuk lada hitam, mayonis hingga sebati. Tambah bawang, sosej dan daun kuchai, kacau rata.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci, tuang sedikit minyak. Bila panas tuang 1/2 bahagian no. 1, ratakan dan masak dengan api kecil hingga permukaan telur nampak sedikit mengeras.
  3. Letak sekeping roti prata/canai tadi, tekan2 sedikit dan masak sekejap. Terbalikkan dan masak dengan api kecil, hingga garing dan telur masak. Keluarkan dari kuali dan buat kaedah sama untuk satu lagi.
  4. Potong ikut suka dan hidangkan bersama kuah pencicah dan air kopi. Hidang segera
Resepi Puff Sardin Guna Roti Prata

Roti Canai Tampal

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti canai instant
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1 biji bawang besar
  • 3 tangkai cili hijau
  • 3 biji telur
  • Sedikit daging cincang
  • 1 sudu rempah kurma
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit minyak untuk menumis

Kaedah Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk halus.
  2. Masukkan daging cincang, rempah kurma dan sekit garam.
  3. Bila dah masak campurkan dengan telur dan semua bahan kanan (macam nak goreng telur bawang).
  4. Ketepikan, goreng roti canai instant sampai masak.
  5. Tuang sedikit adunan telur atas roti canai yg masih dalam kuali dan goreng
Roti Tampal telur power di Kuantan! - YouTube

Roti Bakar Telur Goyang

Bahan bahan:

  • Roti putih
  • Telur 1/2 masak
  • Kaya
  • Kicap cair/pekat
  • Sebuk lada sulah
  • Marjerin

Kaedah penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan biarkan ianya masak hingga mendidih.
  2. Sementara menunggu air mendidih, bakar roti satu persatu.
  3. Bakar roti di atas pan yang atau atas api yang di alas dengan rak berdawai.
  4. Bakar dengan api yang sederhana dalam 2 minit atau sehingga garing sambil dibalikkan roti tadi.
  5. Apabila air telah mendidih, matikan api dan masukkan telur yang telah dibersihkan.
  6. Rendamkan telur tadi lebih kurang 2-3 minit.
  7. Angkat dan ketepikan.
  8. Sapukan roti yang telah dibakar tadi dengan marjerin dan kaya.
  9. Kemudian pecahkan telur 1/2 masak tadi ke atas roti bakar.
  10. Hidangkan bersama serbuk lada sulah dan kicap cair/pekat. (Kicap cair sangat masin dan letakkan sedikit demi sedikit)
Roti bakar telur goyang mudah pelengkap sarapan - Sinar Plus

Telur akan dimasak terlebih dahulu dan kemudiannya akan ditampal di atas roti. Memang kena dengan nama! Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.tiffinbiru.com/2011/03/roti-prata-tampal-telur.html

https://tumis.my/resepi/menu/2264-cat-roti_canai_tampal.html

https://www.qaseyhoney.com/2017/09/roti-bakar-telur-goyang_20.html

error: Content is protected !!