Now Reading
7 Gaya Rekaan Rumah Kampung Moden yang Menawan

7 Gaya Rekaan Rumah Kampung Moden yang Menawan

rumah kampung moden

Rumah kampung moden merupakan hasil ilham warisan seni bina rumah tradisi yang cukup tinggi nilainya dalam sesebuah masyarakat.

Setiap bangsa dan budaya mempunyai keunikan rumah kampungnya tersendiri. Di Malaysia, rumah kampung Melayu melambangkan kecantikan dan nilai seni bina tradisi yang berkisar tentang perkongsian rumah dengan yang lain dan kehidupan yang harmoni dengan alam.

Kebiasaanya, strukturnya dibangkitkan pada panggung yang tinggi di atas tanah, ditutup dengan atap jerami dan dinding kayu serta berlubang dengan tingkap dan kisi.

Manakala,rumah tradisi di luar negara pula sudah tentu mempunyai simbolik dan ciri – cirinya yang tersendiri. Persoalannya, adakah masih relevan seni bina rumah kampung ini?

Tentulah masih relevan. Bahkan dengan sentuhan moden rumah kampung akan kelihatan lebih menyerlah dan lain dari yang lain.

Tak percaya? Jom saya kongsikan 7 gaya rekaan rumah kampung moden yang tentunya menawan hati anda.

1. Gaya Kontemporari

reka bentuk rumah kampung, gambar rumah kampung

Konsep utama rekaan ini ialah memanfaatkan keluasan ruang sedia ada kediaman secara ringkas. Meskipun ringkas, namun rekaan rumah kampung moden ini masih mampu menghasilkan gaya rumah yang kemas dan menarik.

Siapa yang sesuai dengan rekaan ini?

Kepada mana – mana pemilik rumah yang sangat menekankan elemen kesederhanaan, rekaan ini adalah untuk anda! Kelebihannya, ruang rumah yang asalnya kecil boleh tampak luas.

Konsep kontemporari ini menonjolkan elemen tradisi melalui material kayu pada rumah. Manakala suntikan modennya pula terletak pada mainan warna, material besi dan kaca.

Gaya kontemporari juga menekankan pemilihan warna asas, warna bumi sebagai gabungan warna sekunder dan warna tertier yang dramatik.

2. Gaya Minimalis

reka bentuk rumah kampung, gambar rumah kampung

Ciri utama rumah kampung moden yang berkonsep minimalis ialah ringkas, tersusun dan tidak pula berlebihan. Sesuai dengan pangkal nama rekaan ini ‘minima’.

Konsepnya tertumpu kepada pemilihan warna cat neutral dan tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Pendek kata, serba ringkas semuanya.

Kelebihan menggunakan gabungan warna neutral ialah warna ini mampu menonjolkan nilai estetika sesebuah rumpah kampung. Rumahnya tampak serba ringkas namun sangat menawan.

Konsep minimalis rumah kampung menggunakan elemen tradisi dari asas binaan berkayu yang diinspirasikan daripada rekaan rumah Melayu lama yang kemudiannya ditambah dengan suntikan moden.

3. Gaya Rumah Panggung

Design Kreatif Kontraktor Ini Berjaya Zahirkan Rumah Kampung Moden Milik  Pesara Guru - IMPIANA

Konsep rekaan rumah panggung yang moden mengambil salah satu ciri  rumah kampung tradisi iaitu didirikan di atas tiang – tiang. Rekaan rumah ini mempunyai empat ciri rumah tradisi Melayu iaitu:

  • Tangga
  • Bumbung berbentuk vernakular
  • Pengudaraan melalui reka bentuk tingkap
  • Bumbung berhiasan

Beza rumah kampung moden dengan rumah tradisi ialah pada material tiang dan tangga. Dahulu kala, materialnya merupakan kayu, namun kini batu bata digunakan untuk menyuntik elemen moden agar rumah lebih kelihatan elegan.

Agak – agak anda tiang rumah ini hanya untuk tujuan hiasan sahajakah?

Tidak. Fungsinya untuk mengelak serangan haiwan liar, menghalang pencuri, mengelakkan bencana banjir dan membantu meningkatkan pengudaraan.

4. Gaya Moden

reka bentuk rumah kampung, gambar rumah kampung

Rumah kampung dengan rekaan gaya moden masih mengekalkan elemen tradisi dengan penggunaan kayu dan papan. Sentuhan gaya modennya pula ditonjolkan pada:

Rekaan rumah kampung gaya moden ini bukan sahaja unik malah juga mengekalkan identiti rumah kampung tradisi.

5. Gaya Kabin

Hanya 5 Minggu Dengan Modal RM65K Untuk Siapkan Rumah Kampung Secantik Ini  - IMPIANA

Jarang dilihat, namun rupanya sungguh unik dan menarik,

Di negara kita, rumah kabin atau kontena merupakan satu rumah alternatif yang dibuat menggunakan kontena kapal. Rumah kampung yang dibina menggunakan gaya kabin ini semestinya tampak esklusif dan lain dari yang lain.

Saiz kontena ini kecil sahaja, hanya sekitar 20 kaki x 10 kaki. Tapi bukanlah kontena kapal itu diletak bulat – bulat di atas sebidang tanah. Material rumah ini juga bukanlah sepenuhnya kontena.

Kalau sebuah kontena dijadikan rumah bulat – bulat, alamatnya tak berhentilah tangan mengipas kepanasan.

Rumah kampung gaya kabin ini mempunyai elemen tradisi seperti penggunaan papan dan kayu jati. Kemudian ia ditambah sentuhan moden melalu penggunaan batu, simen dan besi hollow untuk tujuan mengukuhkan asasnya.

6. Gaya Kotej Inggeris

Cottage style homes plans - elegance resides in small spaces

Kalau anda mahukan sentuhan rumah kampung moden selain gaya tempatan, anda boleh mencuba rekaan rumah gaya Kotej Inggeris.

Konsep ini juga semakin menjadi pilihan terkini dan amat sesuai untuk menaikkan seri serta memberikan kelainan kepada rumah kampung anda.

Konsep Kotej Inggeris biasanya terdiri daripada satu atau dua tingkat rumah. Bumbungnya pula direka agak curam dan tinggi manakala bahagian dindingnya pula bertekstur batu bata. Ditambah pula dengan perhiasan dalaman ala Inggeris, sudah tentu rumah kampung moden anda akan terserlah indah serta lain dari yang lain.

7. Gaya Tradisi Jepun

Panduan Rekabentuk : Rekabentuk Rumah Jepun - Ringkas tapi padat!

Seni rekaan rumah Jepun menekankan fungsi ruang dan kelesaan penghuni kediaman. Hal ini seiring dengan budaya hidup orang Jepun yang penuh adab dan tertib.

Sentuhan gaya ini pada rumah kampung moden dapat menghasilkan suasana kediaman yang damai dan teratur.

Rekaan rumah kampung moden gaya ini mempamerkan ciri – ciri:

  • Reka bentuk kurang bersegi
  • Pintu kaca sorong
  • Lantai kayu
  • Penggunaan warna seperti kuning, putih krim dan kelabu
  • Penggunaan bahan konkrit.

Ciri- ciri ini menonjolkan pembaharuan dalam reka bentuk seni Jepun. Nak lebih menarik lagi? Anda boleh menambah bahan berbatu untuk hasil yang lebih menyerlah.

Sekiranya kediaman anda mempunyai balkoni pula, anda boleh menerapkan konsep budaya Jepun iaitu berbaring, bersimpuh dan bersila. Jadi tak perlu perabot lagi di sini!

Meskipun, ramai mengatakan rumah kampung sudah lapuk dan tidak sesuai lagi untuk zaman serba canggih ini dek lambakan rumah moden yang katanya lebih futuristik.  

Namun, rekaan rumah ala kampung kalau kena gayanya sudah tentu cantik dan menarik. Siapa kata elemen moden dan elemen tidak boleh disatukan. Kalau bijak aturannya nampak lebih elegan tau!

Sebab itu tak hairanlah banyak pusat peranginan yang memilih konsep rumah kampung untuk tempat penginapan mereka. Sudah tentu, tidak lain tidak bukan kerana keindahan elemen tradisi yang dapat memukau hati sesiapa yang melihatnya.

Buat yang memilih rekaan rumah kampung yang menerapkan adat Melayu, anda secara tak langsung juga memelihara warisan peninggalan nenek moyang kita.

Jadi, berbaloi bukan rekaan rumah kampung moden. Tak rugi mencuba!

Sumber:

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/inspirasi-reka-bentuk-rumah-kampung-moden-39385

https://www.lokalocal.com/blog/village/11-traditional-malay-houses-malaysia/

http://azlanrumadi.blogspot.com/2016/01/rekabentuk-esklusif-rumah-rumah-kampung.html

https://www.impiana.my/design-kreatif-kontraktor-ini-berjaya-zahirkan-rumah-kampung-moden-milik-pesara-guru/

https://www.impiana.my/hanya-5-minggu-dengan-modal-rm65k-untuk-siapkan-rumah-kampung-secantik-ini/

https://houzbuzz.com/cottage-style-homes-plans-elegance-resides-in-small-spaces/

http://yusnorsyazanayunos.blogspot.com/2015/01/rekabentuk-rumah-jepun-ringkas-tapi.html

https://m.hoeconstruction.com.my/index.php?ws=services

error: Content is protected !!