Now Reading
Sakit mata – Kemungkinan Punca dan Rawatan

Sakit mata – Kemungkinan Punca dan Rawatan

sakit mata

Pengenalan

Sakit mata adalah satu perkara biasa, malah ia juga jarang merupakan gejala bagi keadaan yang serius. Selalunya, rasa sakit ini hilang tanpa penggunaan ubat atau rawatan. Selain itu, dari segi perubatan, sakit mata dikenali sebagai ophthamalgia.

Hampir setiap orang pernah mengalami sakit mata pada suatu ketika. Kadangkala, keadaan ini boleh membaik dengan sendiri, tetapi boleh juga menjadi tanda sesuatu yang lebih serius.

Penyakit dan keadaan yang melibatkan mana-mana struktur atas mata, serta tisu di sekitar mata boleh menyebabkan sakit mata.

Penerangan

Bergantung pada tempat di mana anda mengalami ketidakselesaan itu, ia boleh dikategorikan dalam jenis iaitu: Sakit mata berlaku di permukaan mata yang disebuat ‘ocular pain’ dan kesakitan yang berlaku di dalam mata iaitu ‘orbital pain’. Sakit mata yang berlaku di permukaan mungkin terasa seperti sensasi menggaru, terbakar atau gatal. Sebaliknya, kesakitan di permukaan pula biasanya terjadi disebabkan kerengsaan daripada benda asing, jangkitan, atau trauma. Selalunya, sakit mata jenis ini mudah dirawat dengan titisan mata atau rehat.

Masalah mata yang biasa termasuklah:

  • Blepharitis
  • Konjungtivitis
  • Lelasan (abrasions) kornea
  • Jangkitan kornea
  • Bahan asing
  • Glaukoma
  • Iritis atau uveitis
  • Neuritis optik
  • Sinusitis
  • Stye

Punca yang berkemungkinan

1. Kesakitan ocular

Perkara berikut boleh menyebabkan sakit mata yang berlaku di permukaan mata seperti:

  • Objek asing

Penyebab sakit mata yang paling biasa adalah mempunyai sesuatu objek di mata anda. Ia boleh melibatkan sama ada bulu mata, kotoran, atau alat solek yang boleh menyebabkan kegatalan, kemerahan, mata berair dan rasa sakit.

  • Konjunktivitis

Conjunctiva adalah tisu yang melapisi bahagian depan mata dan bahagian bawah kelopak mata. Ia boleh dijangkiti dan menjadi meradang biasanya disebabkan oleh alergi atau jangkitan. Walaupun rasa sakit biasanya pada tahap ringan, keradangan juga mampu menyebabkan rasa gatal, kemerahan dan keputihan di mata. Di samping itu, keadaan ini  juga disebut sebagai mata merah jambu atau pink eye.

  • Kerengsaan kanta lekap

Individu yang memakai kanta lekap semalaman atau tidak membersihkan lensa dengan betul lebih mudah diserang sakit mata yang terjadi kerana kerengsaan atau jangkitan.

  • Lelasan (abrasion) kornea

Kornea iaitu permukaan jernih yang menutupi mata mudah tercedera. Apabila anda mengalami lelasan kornea, anda akan berasa seolah-olah mempunyai sesuatu di mata anda. Walau bagaimanapun, rawatan yang biasanya dapat menghilangkan perengsa dari mata, seperti membilas dengan air tidak akan meredakan kesakitan dan ketidakselesaan jika anda mengalami masalah mata sebegini

  • Kecederaan

Luka disebabkan bahan kimia dan flash burns ke mata boleh menyebabkan kesakitan yang ketara. Luka bakar ini sering kali terjadi disebabkan pendedahan kepada perengsa seperti peluntur atau sumber cahaya yang kuat, seperti sinaran matahari, bilik jemuran (tanning booths) atau bahan yang digunakan dalam proses kimpalan.

  • Blepharitis

Blepharitis berlaku apabila kelenjar minyak di pinggir kelopak mata dijangkiti atau meradang. Ini justeru boleh menyebabkan kesakitan.

  • Stye

Jangkitan blepharitis boleh menyebabkan nodul atau benjolan pada kelopak mata. Ini dipanggil sebagai sty atau chalazion. Keadaan ini boleh jadi sangat menyakitkan, dan kawasan di sekitarnya biasanya sangat lembut dan sensitif terhadap sentuhan. Berbeza pula dengan chalazion yang biasanya tidak menyakitkan.

2. Kesakitan orbital

Kesakitan mata yang dirasakan di dalam mata mungkin terjadi disebabkan keadaan berikut:

  • Glaukoma

Keadaan ini berlaku kerana tekanan intraokular, atau tekanan di dalam mata, yang meningkat. Gejala tambahan yang boleh berlaku termasuklah loya, sakit kepala dan kehilangan penglihatan. Peningkatan tekanan secara tiba-tiba yang disebut glaukoma penutupan sudut akut, adalah keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan segera untuk mencegah masalah kehilangan penglihatan secara kekal.

  • Neuritis optik

Anda mungkin mengalami sakit mata yang disertai dengan masalah kehilangan penglihatan jika saraf yang menghubungkan bahagian belakang bola mata ke otak, yang dikenali sebagai saraf optik meradang. Penyakit autoimun atau jangkitan bakteria atau virus juga mungkin boleh menyebabkan keradangan ini.

  • Sinusitis

Jangkitan sinus boleh menyebabkan penambahan tekanan di belakang mata. Ia juga boleh menimbulkan rasa sakit pada satu atau kedua mata.

  • Migrain

Sakit mata adalah kesan sampingan biasa kerana serangan migrain.

  • Kecederaan

Kecederaan mata yang menembus boleh berlaku apabila seseorang terkena objek atau terlibat dalam kemalangan yang boleh menyebabkan sakit yang ketara.

  • Iritis

Walaupun jarang berlaku, keradangan pada iris dapat menyebabkan rasa sakit yang mendalam pada mata.

Bila perlu menghubungi doktor

Sekiranya anda mula mengalami masalah kehilangan penglihatan selain sakit mata, ini mungkin merupakan tanda bagi keadaan kecemasan. Gejala lain yang memerlukan rawatan perubatan segera termasuklah:

  • sakit mata yang serius
  • sakit mata disebabkan kecederaan atau pendedahan kepada bahan kimia atau cahaya
  • sakit perut dan muntah yang terjadi seiring dengan sakit mata
  • sakit yang sangat parah sehingga tidak dapat menyentuh mata
  • perubahan penglihatan secara tiba-tiba dan dramatik

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Penilaian perubatan berkaitan sakit mata bermula dengan sejarah menyeluruh dan pemeriksaan fizikal individu. Sejarah terdiri daripada soalan yang mendokumentasikan gejala secara terperinci. Selain itu, pakar mata akan menggunakan pelbagai alat untuk mendiagnosis sakit mata seperti:

  • Ujian lampu sorot (slit-lamp exam) menggunakan cahaya terang untuk melihat semua struktur mata anda.

  • Titisan pelebaran (dilating drops) akan meluaskan anak mata anda agar doktor dapat melihat ke dalam mata anda.

  • Tonometer adalah alat yang mengukur tekanan mata dan digunakan untuk mendiagnosis glaukoma.

Rawatan

Rawatan untuk masalah sakit mata bergantung kepada penyebab kesakitan. Rawatan yang paling biasa termasuklah:

  • Rawatan di rumah

Kaedah terbaik untuk merawat kebanyakan keadaan yang boleh menyebabkan sakit mata adalah merehatkan amta anda. Menatap skrin komputer atau televisyen boleh menyebabkan sakit mata, jadi doktor mungkin meminta anda berehat dengan mata tertutup selama sehari atau lebih.

  • Penggunaan cermin mata

Sekiranya anda sering memakai kanta lekap, berikan sedikit masa bagi proses penyembuhan kornea anda dengan memakai cermin mata.

  • Mampatan suam

Doktor boleh meminta individu yang mengalami blepharitis atau stye untuk menggunakan tuala lembap yang suam atau sedikit hangat di mata mereka. Ini akan membantu membersihkan kelenjar minyak atau folikel rambut yang tersumbat.

  • Pembilasan

Sekiranya benda asing atau bahan kimia masuk ke mata anda, bilas mata anda dengan air atau larutan saline untuk membersihkan perengsa tersebut.

  • Antibiotik

Titisan antibakteria dan pengambilan antibiotik secara oral boleh digunakan untuk merawat jangkitan mata yang menyebabkan kesakitan, termasuk konjunktivitis dan lelasan (abrasions) kornea.

  • Antihistamin

Titisan mata dan ubatan secara oral dapat membantu meredakan kesakitan yang berkaitan dengan alahan pada mata.

  • Ubat titisan mata

Individu dengan glaukoma boleh menggunakan ubat titisan mata untuk mengurangkan tekanan di mata mereka.

  • Kortikosteroid

Untuk jangkitan yang lebih serius, seperti neuritis optik dan uveitis anterior (iritis), doktor mungkin memberi anda kortikosteroid.

  • Ubat sakit

Sekiranya rasa sakit itu semakin serius dan menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian anda, doktor mungkin akan menetapkan ubat sakit untuk membantu meredakan kesakitan sehingga puncanya dirawat.

  • Pembedahan

Pembedahan kadangkala diperlukan untuk merawat kesan yang berlaku kerana kehadiran benda asing atau luka terbakar. Walau bagaimanapun, ini jarang diperlukan. Individu dengan glaukoma mungkin perlu menjalani rawatan laser untuk memperbaiki saliran mata.

SUMBER

https://www.healthline.com/symptom/eye-pain

https://www.webmd.com/eye-health/eye-pain-causes-symptoms-diagnosis-treatment#1

https://www.medicinenet.com/eye_pain/symptoms.htm

https://www.emedicinehealth.com/eye_pain/article_em.htm

error: Content is protected !!