Now Reading
Sampel Menu Diet Paleo

Sampel Menu Diet Paleo

Sampel Menu Diet Paleo

Sampel menu diet Paleo boleh digunakan sebagai rujukan kerana tiada cara khusus untuk makan bagi semua individu. Ini menyokong keadaan masyarakat Paleolitik yang berusaha melakukan pelbagai jenis diet berdasarkan sumber makanan yang tersedia di kawasan tempat tinggal mereka pada ketika itu.

Ada yang mengambil makanan rendah karbohidrat berasaskan sumber haiwan manakala ada juga yang mengikuti diet tinggi karbohidrat dengan pengambilan sayur-sayuran yang banyak.

Kali ini, kami menyediakan senarai sampel menu diet Paleo yang boleh diambil buat sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang sesuai dengan diet paleo. Pastikan anda tahu bahawa kesemua menu ini boleh diubah dan dimasak mengikut selera dan kesesuaian masa anda, jadi anda tidak perlulah mengikutinya dengan tetap.

Sarapan pagi

  • Salad ayam
  • Bubur oat ayam
  • Salad tuna (boleh juga diambil sebagai makan malam)
  • Telur dadar
  • Ubi keledek yang dipanggang
  • Lempeng
  • Sandwic telur
  • Bento telur gulung

Makan tengah hari

  • Ayam panggang (boleh juga diambil sebagai makan malam)
  • Kebab ayam
  • Ayam tandori (boleh juga diambil sebagai makan malam)
  • Ketam masak lemak cili api
  • Sup ayam
  • Kari ayam
  • Sandwic bebola daging (boleh juga diambil sebagai makan malam)
  • Nasi goreng udang bersama kubis bunga
  • Tomyam makanan laut (tomyam seafood)

Makan malam

  • Ikan salmon yang dipanggang
  • Salad udang (boleh juga diambil sebagai sarapan pagi)
  • Buah potong seperti epal, limau dan sebagainya
  • Daging panggang bersama sayur campur
  • Kepak ayam bersama brokoli yang distim
  • Piza dengan tomato, telur, daging dan bayam
  • Sup kubis bunga

Jangan lupa mengenai pengambilan air juga. Minuman seperti berikut tidaklah sepenuhnya elok untuk diet Paleo, namun ia masih dibenarkan.

  • Teh – minuman teh adalah menyihatkan dan kaya dengan antioksidan serta mengandungi pelbagai kompaun bermanfaat yang lain. Jika boleh, pilihlah teh hijau kerana ia paling berkhasiat antara kesemua jenis teh yang ada.

  • Kopi – minuman kopi juga kaya dengan antioksidan. Ia boleh meningkatkan tenaga dan prestasi fizikal anda. Pastikan anda memilih jenis kopi tanpa gula dan berasa pekat kerana serbuknya sahaja.

Bagaimana jika saya perlu makan di luar?

Jangan risau sekiranya anda perlu makan di luar kerana terdapat beberapa petua yang boleh membantu anda mengekalkan pemakanan berasaskan diet Paleo seperti:

  1. Pesan makanan berasaskan daging atau ikan.
  2. Ambil lebih sayur-sayuran berbanding nasi atau roti.
  3. Elakkan makanan bergoreng kerana minyak yang digunakan tidak sesuai buat anda yang sedang berdiet.

Tip pemakanan berasaskan diet Paleo

  1. Variasikan makanan anda. Cuba resepi yang berbeza mengikut kesesuaian agar anda tidak bosan dengan makanan yang sama sahaja. Banyak resepi yang boleh didapati di Internet namun pastikan ianya sesuai dengan cara pemakanan berasaskan diet Paleo.
  1. Mulakan pemilihan makanan secara perlahan-lahan. Sekiranya anda bukan penggemar makanan tertentu seperti sayur-sayuran, cuba campurkannya dalam resepi masakan anda terlebih dahulu. Anda mungkin boleh menemui makanan kegemaran baharu yang anda tidak pernah tahu sebelum ini.
  1. Seimbangkan pemakanan anda. Ramai pengikut diet Paleo menyangka bahawa mereka boleh makan daging pada setiap waktu makan dan itu adalah persepi yang salah. Walaupun diet Paleo mementingkan pengambilan protein, anda haruslah makan sayur-sayuran dan daging dengan kadar yang seimbang.
  1. Ubah suai resepi lama anda. Mengamalkan diet Paleo tidak bermakna bahawa anda tidak boleh lagi makan makanan kegemaran anda seperti dahulu. Sebagai contoh, sekiranya anda amat menggemari nasi lemak atau sebagainya, anda boleh sahaja membuat perubahan pada resepi lama dan menggantikan bahan-bahannya dengan bahan yang diterima dalam diet Paleo. Dengan ini, anda tidak akan kempunan dan masih boleh menikmati makanan kegemaran anda tanpa berasa risau.
  1. Masak dalam kuantiti yang melebihi keperluan anda. Sekiranya anda mempunyai masa untuk memasak makanan mengikut diet Paleo, anda mungkin boleh menggandakan hidangan anda. Ini secara tidak langsung akan membuatkan anda mempunyai makanan lebihan yang boleh dipanaskan semula. Jadi, anda sudah boleh menjimatkan masa dan tidak perlu lagi memikirkan menu baharu dalam diet Paleo buat hari seterusnya.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/paleo-diet-meal-plan-and-menu

https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/paleo-diet/paleo-diet-day-sample-menu-recipes-book-list/

https://www.eatingwell.com/article/290612/the-complete-paleo-diet-food-list-what-to-eat-and-what-to-avoid/

error: Content is protected !!