Now Reading
Sandwich Banh Mi Ayam

Sandwich Banh Mi Ayam

Sandwich banh mi ayam

Bánh mì atau bánh mỳ  dalam bahasa Vietnam adalah roti baguette khas Vietnam yang terbuat dari tepung gandum dan beras. Roti, atau lebih khusus lagi baguette, diperkenalkan oleh orang Prancis selama masa kolonial di Vietnam. Roti yang paling sering ditemukan dalam masakan Vietnam adalah baguette satu porsi yang biasanya lebih berisi daripada roti sejenis di Barat, dengan kerak yang lebih tipis. Berbeda dengan baguette Prancis tradisional, baguette Vietnam dibuat dengan tepung beras dan tepung terigu.

Dalam masakan Vietnam, bánh mì biasanya dibuat menjadi sandwich yang dikenal sebagai bánh mì kẹp atau bánh mì Sài Gòn, dimakan bersama hidangan seperti bò kho (sup daging sapi) dan phá lấu, atau dicelupkan ke dalam susu pekat.

Lapisan sandwich banh mi yang diilhamkan dari negara Vietnam ini mengandungi cebisan ayam yang lazat, sayur-sayuran jeruk dan daun ketumbar yang wangi.

  • Masa persediaan – 25 minit
  • Masa memasak – 30 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:

  • 1/2 gelas cuka beras
  • 1 sudu Stevia atau pemanis lain
  • 4 biji lobak, dihiris nipis
  • 2 daun bawang, dihiris nipis
  • 1 cawan kubis diiris nipis
  • 1 cawan lobak merah dikupas dan dipotong panjang dan nipis
  • 3/4 sudu teh garam laut, dibahagikan
  • 250g dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • 4 keping roti bijirin penuh
  • 1 cawan daun ketumbar segar

Cara penyediaan:

  1. Dalam periuk kecil dengan suhu yang sederhana tinggi, didihkan air 1/2 cawan, cuka dan pemanis.
  2. Kemudian, pindahkan ke mangkuk yang tahan panas, biarkan sejuk selama 5 minit.
  3. Masukkan lobak, bawang merah, kubis, lobak merah dan garam sebanyak 1/2 sudu teh. Tutup dan simpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 30 minit atau biarkan semalaman.
  4. Sementara itu, perasakan ayam dengan baki 1/4 sudu teh garam dan lada.
  5. Panaskan pan hingga suhu sederhana tinggi dan sapukan sedikit minyak pada tempat pemanggang. Masukkan ayam dan panggang, terbalikannya selepas setengah masak sehingga berubah warna sedikit keperangan, dengan 5 hingga 6 minit bagi setiap sisi.
  6. Seterusnya, pindahkan ke papan pemotong dan tutup dengan longgar menggunakan kertas kerajang (foil) untuk mengekalkan kehangatan ayam tersebut. 
  7. Bakar roti dalam ketuhar seketika.
  8. Potong ayam ke dalam kepingan nipis dan bahagikan antara roti.
  9. Dengan menggunakan penyepit, keluarkan sayur-sayuran dari campuran cuka, goncangkannya sedikit di atas mangkuk untuk mengeluarkan cecair berlebihan.
  10. Bahagikan sayuran secara rata antara roti dan hiaskannya dengan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

Tefal Cookware Natura Frypan 20cm

RM54.00

Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.

error: Content is protected !!