Now Reading
Sawan Grand mal (Grand mal seizure) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Sawan Grand mal (Grand mal seizure) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

sawan grand mal

Penyakit sawan grand mal boleh menyebabkan kehilangan kesedaran dan pengecutan otot yang drastik. Ia adalah jenis sawan yang sangat terkenal apabila mereka menggambarkan keadaan sawan yang diketahui.

Seterusnya, penyakit sawan ini juga dikenali sebagai sawan tonik-klonic yang umum. Ia berlaku disebabkan aktiviti elektrik yang tidak normal di seluruh otak. Biasanya, sawan grand mal terjadi disebabkan epilepsi. Namun begitu, kadangkala, jenis sawan ini boleh dicetuskan oleh masalah kesihatan lain, seperti kadar gula dalam darah yang sangat rendah, demam yang serius atau strok.

Ramai orang yang mempunyai sawan grand mal tidak mendapatkannya lagi serta tidak memerlukan rawatan. Namun, ada juga yang mengalaminya berulang kali dan mungkin memerlukan rawatan dengan pengambilan ubat-ubatan anti-sawan setiap hari untuk mengawal dan mencegah kejadian sama pada masa depan.

Simptom Sawan Grand mal

Gejala sawan tonik-klonik termasuk:

  • Otot yang kaku.
  • Hilangan kesedaran.
  • Menangis atau mengerang.
  • Sentakan pada lengan atau kaki.
  • Kehilangan kawalan pundi kencing atau usus.
  • Pernafasan yang terhad atau terhenti.
  • Bibir kebiruan.
  • Bahagian belakang yang membongkong.

Selepas kejadian sawan, pesakit mungkin mengalami:

  • Kekeliruan.
  • Rasa mengantuk selama 1 jam atau lebih (keadaan pasca-ictal)
  • Hilang ingatan (amnesia) mengenai kejadian sawan.
  • Sakit kepala.
  • Kelemahan pada satu sisi badan selama beberapa minit hingga beberapa jam (kelumpuhan Todd).

Punca Sawan Grand mal

Sawan tonik-klonik umum boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai keadaan kesihatan. Beberapa keadaan yang lebih serius termasuklah tumor otak atau saluran darah yang pecah di otak anda dan seterusnya boleh menyebabkan strok. Tambahan pula, kecederaan kepala juga boleh mencetuskan sawan.

Faktor lain yang berpontensi mencetuskan sawan grand mal boleh termasuk:

  • Tahap natrium, kalsium, glukosa, atau magnesium yang rendah dalam badan anda.
  • Penyalahgunaan atau pemberhentian dadah atau minuman keras.
  • Keadaan genetik tertentu atau gangguan neurologi.
  • Kecederaan atau jangkitan.

Kadangkala, doktor tidak dapat menentukan apa yang mencetuskan permulaan kejadian sawan ini.

Diagnosis Sawan Grand mal

Penerangan terperinci tentang apa yang berlaku semasa sawan anda adalah penting agar diagnosis dapat dibuat dengan betul. Doktor mungkin perlu bercakap dengan seorang saksi yang telah melihat kejadian sawan anda, kerana kebanyakan orang biasanya tidak sedar semasa kejadian sawan grand mal berlaku.

Di samping itu, doktor juga akan melakukan ujian neurologi. Pemeriksaan ini akan melihat otot, seperti refleks, nada otot dan kekuatannya sekali. Doktor juga akan melihat cara anda berjalan, keseimbangan, koordinasi dan postur badan anda.

Salah satu alat yang paling berguna dalam proses melakukan diagnosis adalah elektroensefalogram (EEG). Ia akan merekodkan aktiviti elektrik di dalam otak dan merakam gelombang luar biasa atau mendadak dalam corak aktiviti elektrik otak. Jenis epilepsi yang berbeza juga boleh dikenalpasti melalui corak-corak ini.

Seterusnya, imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI scan) dan imbasan tomografi (CT scan) boleh digunakan untuk melihat punca dan lokasinya di dalam otak. Imbasan ini juga boleh menunjukkan tisu parut, tumor atau masalah struktur di dalam otak.  

Faktor Risiko Sawan Grand mal

Faktor risiko sawan grand mal termasuk:

  • Sejarah keluarga dengan gangguan sawan.
  • Apa-apa kecederaan otak seperti strok, jangkitan sebelumnya dan sebab-sebab lain.
  • Kurang tidur.
  • Masalah perubatan yang mempengaruhi keseimbangan elektrolit.
  • Penyalahgunaan dadah yang tidak dibenarkan undang-undang.
  • Pengambilan minuman keras yang berlebihan.

Rawatan Sawan Grand mal

Sekiranya anda pernah mendapat sawan grand mal, ia mungkin merupakan satu peristiwa terpencil yang tidak memerlukan rawatan. Doktor boleh membuat keputusan untuk memantau anda bagi serangan lanjut sebelum memulakan rawatan jangka masa panjang.

Ubat antiepileptik

Kebanyakan individu yang mempunyai sawan mengawal sawan mereka melalui ubat-ubatan. Anda akan bermula dengan sejenis ubat dengan dos yang rendah. Kemudian, doktor secara beransur-ansur akan meningkatkan dos yang diperlukan. Sesetengah orang memerlukan lebih daripada satu ubat untuk merawat masalah sawan mereka.

Ia juga mungkin mengambil masa untuk menentukan dos dan jenis ubat yang paling berkesan untuk anda. Terdapat banyak ubat yang digunakan untuk merawat epilepsi, termasuk:

  • levetiracetam (Keppra)
  • Carbamazepine (Carbatrol, Tegretol)
  • Phenytoin (Dilantin, Phenytek)
  • OIxcarbazepine (Trileptal)
  • Lamotrigine (Lamictal)
  • Phenobarbital
  • Lorazepam (Ativan)

Pembedahan

Pembedahan otak mungkin menjadi pilihan jika pengambilan ubat-ubatan tidak berjaya dalam mengawal serangan anda. Pilihan ini dipercayai lebih berkesan untuk jenis sawan separa yang mempengaruhi satu bahagian otak kecil berbanding jenis yang umum.

Rawatan tambahan

Terdapat dua jenis rawatan tambahan atau alternatif untuk sawan grand mal. Rangsangan saraf vagus melibatkan proses implan alat elektrik yang merangsang saraf di leher anda secara automatik. Mengamalkan diet ketogenik, yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat juga dikatakan dapat membantu beberapa individu dalam mengurangkan jenis sawan tertentu.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/grand-mal-seizure/symptoms-causes/syc-20363458

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/epilepsy/tonic-clonic-grand-mal-seizures

https://www.healthgrades.com/right-care/brain-and-nerves/grand-mal-seizures

error: Content is protected !!