Sclerosing Mesenteritis berlaku apabila tisu Mesentery yang memegang usus kecil pada tempat asalnya meradang dan membentuk tisu parut. Penyakit ini jarang berlaku dan puncanya masih belum boleh dijelaskan.
Ia boleh menimbulkan simptom seperti sakit perut, muntah, kembung perut, cirit-birit dan demam. Namun begitu, sesetengah individu tidak mengalami sebarang simptom dan gejala serta tidak memerlukan rawatan.
Walaupun ia jarang berlaku, tapi ia boleh membentuk tisu parut yang menghalang makanan daripada bergerak melalui saluran penghadaman anda. Kebiasaannya dalam kes seperti ini, pesakit memerlukan rawatan pembedahan.
Simptom Sclerosing Mesenteritis
Simptom yang paling biasa bagi penyakit ini adalah sakit perut dan abdomen. Selain itu, anda juga mungkin mengalami:
- Cirit-birit
- Perut kembung
- Abdomen menjadi bengkak (bengkak)
- Pening dan muntah
- Pengurangan berat badan
- Demam
Punca Sclerosing Mesenteritis
Menentukan punca Sclerosing Mesenteristis adalah sukar, namun ia dianggap bahawa pesakit yang mengalaminya pernah menjalani pembedahan abdomen. Selain itu, mereka juga mungkin mempunyai penyakit autoimun di mana badan menghasilkan imun yang bertindakbalas terhadap tisu dan banhannya sendiri.
Sesetengah pesakit dengan keadaan ini mungkin mempunyai kanser.
Jangkitan juga boleh menjadi salah satu punca Sclerosing Mesenteriris kerana segelintir pesakit turut mengalami demam tifoid, disenteri, malaria dan reumatik.
Diagnosis Sclerosing Mesenteritis
Diagnosis awal biasanya melibatkan pemeriksaan fizikal bagi mengesan sebarang ketumbuhan atau tanda-tanda kelembutan jisim. Sekiranya anda didapati memilikinya, doktor akan menjalankan imbasan tomografi (CT Scan) pada perut anda yang boleh menunjukkan ketumbuhan atau jisim dalam perut anda justeru mengesahkan diagnosis Sclerosing Mesenteritis.
Rawatan Sclerosing Mesenteritis
Tiada rawatan yang khusus bagi merawat penyakit ini. Rawatan yang tersedia dilakukan bergantung pada keparahan dan simptom tertentu penyakit pada setiap individu. Malah, beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk mengawal penyakit ini. Rawatan yang dijalankan termasuklah:
- Glucocorticoids (prednisone)
- Terapi hormon (tamoxifen dan progesteron)
- Naltrexone dos yang rendah
- Colchicine
- Cyclophosphamide
- Thalidomide
- Pembedahan. Ia biasanya dikhaskan bagi komplikasi penyakit yang obstruktif (mempunyai halangan dalam usus). Dalam sesetengah kes keadaan tersebut akan hilang sendiri.
Sumber:
https://www.uptodate.com/contents/sclerosing-mesenteritis
https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/8169/sclerosing-mesenteritis
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sclerosing-mesenteritis/symptoms-causes/syc-20355087
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15284-sclerosing-mesenteritis