Now Reading
Sejarah Dan Keunikan Etnik Di Sabah

Sejarah Dan Keunikan Etnik Di Sabah

Sabah

Penduduk Sabah secara keseluruhannya terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih dari 50 jenis bahasa dan 80 dialek etnik di Sabah. Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk.

Pesta Menuai yang disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun adalah percutian yang amat diraikan oleh etnik Kadazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak. Bajau, atau juga dikenali sebagai ‘Koboi Timur’, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah.

Suku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida’an, dan banyak lagi. Di samping itu, orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi.

Sejarah Sabah boleh diimbau kembali kepada kira-kira 20,000 – 30, 000 tahun yang lalu dengan bukti-bukti yang mencadangkan bahawa manusia awal telah wujud. Syarikat Berpiagam Borneo Utara berfungsi memerintah Sabah (kemudian dikenali sebagai Borneo Utara) dari tahun 1881 sehingga 1942, apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa Perang Dunia II.

Akibat peperangan yang menghancurkan itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai sumber kewangan untuk membina semula negeri Sabah. Oleh sebab demikian, wilayah itu telah diletakkan di bawah kawalan pejabat kolonial dan menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri dari British, dan telah bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

5 kaum etnik terbesar di Sabah :

  • Kadazan / Dusun
Sabah

Kaum Kadazandusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘KadazanDusun’. Kaum Kadazandusun sememangnya kaya dengan keunikan budayanya dari segi asal-usul, lagenda, bahasa, pakaian, muzik, tarian tradisional dan corak kehidupan masyarakatnya.

Mengikut statistik, suku kaum Kadazandusun merangkumi lebih kurang 40 etnik yang berbeza. Terdapat perbezaan dari segi bahasa, loghat, sebutan dan ejaan yang banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu dari satu daerah dengan daerah lain di negeri Sabah, namun masih membawa erti dan makna yang sama

Kepercayaan Kadazan / Dusun

Sebelum kedatangan pengaruh Kristian dan Islam ke Borneo, masyarakat Kadazandusun mengamalkan kepercayaan animisme. Menurut kepercayaan mereka setiap elemen alam seperti batu, pokok dan sungai mempunyai jiwa dan semangat yang perlu ditenangkan dari semasa ke semasa melalui ritual tertentu. Namun di zaman moden ini, dengan ramainya di kalangan masyarakat ini yang telah memeluk Kristian, beberapa ritual dilakukan hanya semasa perayaan tertentu.

  • Murut
Murut Bookan of Keningau - YouTube

Murut adalah sebuah kumpulan etnik peribumi, yang terdiri daripada 29 kumpulan sub-etnik yang menduduki kawasan pedalaman di kawasan utara Borneo. Murut adalah etnik Sabah yang terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Ini adalah kerana mengumpul kepala musuh merupakan peranan tradisinya yang penting dalam kepercayaan kerohanian orang Murut. Terjemahan literal bagi orang Murut adalah “orang bukit”. Secara tradisinya, mereka adalah penanam padi huma dan ubi kayu. Selain itu juga, mereka juga melakukan aktiviti-aktiviti seperti memburu dan menangkap ikan. Orang Murut juga tinggal di rumah panjang berhampiran sungai, dan juga menggunakan sungai untuk bergerak ke mana-mana.

Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga mejalankan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah). Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Kepercayaan Murut

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profesional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

  • Bajau dan Kumpulan Kindred
RUMPUN BAJAU DI SABAH

Orang-orang Bajau adalah sebuah kumpulan etnik peribumi yang tinggal di kawasan Pantai Barat (Putatan, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Papar) dan Pantai Timur Sabah (Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau). Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Selain menjadi pakar penyelam, mereka juga popular dengan menunggang kuda. Oleh sebab itu, kaum Bajau di Pantai Barat juga dikenali sebagai ‘koboi timur’, manakala kaum mereka di kawasan Pantai Timur kadang-kadang dirujuk sebagai ‘Sea Gypsies’ oleh sebab cara pelayaran mereka.

Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli Nusantara dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak. Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies”, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.

Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia sebagai ‘koboi Timur’ kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

Kepercayaan Orang Bajau

Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

  • Lain-lain

Penduduk peribumi lain di negeri ini termasuk Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Dayeh, Suluk, Sino, Ida’an, Bugis, Kagayan, Tindal, Tobilung Lobu, Bonggi, Tidong dan banyak lagi. Bumiputera adalah satu istilah di Malaysia untuk menggambarkan bangsa Melayu dan pribumi di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Istilah ini boleh diterjemahkan secara literal sebagai ‘putera tanah itu’.

  • Orang Bukan Asli

Orang Cina terdiri dari kumpulan bukan pribumi yang terbesar di Sabah. Majoriti etnik Cina di sini adalah berketurunan Hakka, dan ramai daripada mereka terlibat dalam bidang pertanian sehingga hari ini, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti Tenom dan Kudat.

Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga terkenal dengan Gunung Kinabalu yang mencecah ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengetahui sejarah kaum etnik di Sabah dari perkongsian ini.

Sumber:

https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/rakyat-sejarah

http://ww2.sabah.gov.my/md.ppg/?seni-dan-budaya

https://infomasimalaysia.wordpress.com/2017/01/15/first-blog-post/

error: Content is protected !!