Now Reading
Sejarah MRDIY, Dari Sebuah Kedai Perkakasan Ke Bursa Malaysia (IPO)

Sejarah MRDIY, Dari Sebuah Kedai Perkakasan Ke Bursa Malaysia (IPO)

MRDIY

Sebut sahaja MRDIY pastinya akan terbayang pelbagai jenis barang serbaguna daripada barang perkakas rumah hinggalah aksesori kereta.

Kadang kala, tiada perkara penting untuk membeli tetapi masih juga Ingin masuk ke kedainya untuk ‘mencuci mata’. Tak sangka keluar dari kedai terbeli juga barangan dengan sekurang-kurangnya satu beg plastik.

Sejarah syarikat

Ketika ini, di mana sahaja ada pusat membeli belah, pasti sekurang-kurang terdapat sebuah kedai MRDIY. Tahukah anda, kedai pertama MRDIY di mana?

Bermula pada tahun 2005, kedai pertama MRDIY terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Jika dilihat pada masa itu ia hanya merupakan kedai perkakasan barangan rumah yang biasa sahaja, seperti mana di tempat lain.

Berbeza pada hari ini, kedai MRDIY menawarkan suasana membeli-belah yang lebih menarik, terlihat kemas dan moden, yang mana semua barangan keperluan rumah boleh pelanggan dapati dengan mudah di bawah satu bumbung.

Syarikat ini menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan kini terdapat beberapa ribu buah cawangan di seluruh negara, termasuk beberapa di Brunei dan Indonesia.

Bukan itu saja, MRDIY kini membuka satu lagi anak syarikatnya iaitu MR DOLLAR dan kedai MR TOY iaitu masing-masing bakal dibuka di sekitar Malaysia dijangka 2022.

MRDIY dilihat begitu berjaya dengan beratus-ratus cawangannya telah dibuka, salah satu faktornya, barangan di situ dijual pada harga yang amat murah dan berpatutan berbanding kedai perkakasan rumah yang lain. Sesuailah dengan slogan mereka iaitu ‘Always Low Price’.

MRDIY  mempunyai rangkaian barangan yang pelbagai dan menarik untuk pelanggan pilih dan membeli. Setakat ini, kedai itu telah menawarkan lebih  dari 16000 jenis produk merangkumi 10 kategori masing-masing termasuk perabot, aksesori komputer dan telefon mudah alih, perkakasan serta mainan.

Bukti kejayaan yang luar biasa dari MRDIY ini ialah mereka mendapat anugerah ‘Kedai Harga Patut’ oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2016 lalu.

Selalunya, jika sesebuah syarikat itu berjaya, kita juga akan mengenali siapa figura disebaliknya. Tetapi berkenaan MRDIY, tidak banyak maklumat yang kami peroleh di Internet.

Pengarah Urusan MRDIY ialah Adrian Ong dan firma ekuiti swasta mereka, Creador ialah En. Brahmal Vasudevan. Creador merupakan sebuah firma ekuiti persendirian yang banyak melabur ke dalam syarikat-syarikat berpotensi di Asia.

MRDIY Tersenarai di Bursa Saham di Malaysia.

Pada 26 Oktober 2020, MRDIY Group (M) dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa MaIaysia Securities Bhd dengan menyasarkan untuk meraih dana RM1.5 billion daripada tawaran awam permulaan atau IPO

Ia bakal menjadikan IPO peruncit perkakasan rumah itu sebagai yang terbesar dalam pasaran saham tempatan sejak tiga tahun lalu. Dana berkenaan bakal dijana menerusi tawaran 941.9 juta saham biasa baharu dan sedia ada dengan harga IPO RM1.60 sesaham.

Sedikit Fakta Mengenai MRDIY

Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan bekas perdana menteri Malaysia ke-empat, Tun Dr. Mahathir pernah melawat kedai ini berasingan. Gambar ini diambil ketika lawatan Baginda Sultan Johor dan Tun ke MR.D.I.Y. anda sendiri boleh lihat betapa terujanya kakitangan disitu tatkala bergambar dengan Baginda dan Tun ketika itu.

Hampir Setiap bulan MRDlY akan menjalankan promosi jualan yang baharu dan menarik serta pelbagai jenis barangan yang ditawarkan pada kadar harga yang sangat berpatutan berbanding sebelumnya. Kedai MRDlY sesuai untuk semua peringkat golongan di Malaysia kerana harga yang ditawarkan adalah paling terhebat. Anda sudah pasti dapat mencari sesuatu yang menarik untuk anda sekeluarga mesti dapatkan dan dibawa pulang.

Purata keluasan untuk setiap kedai MRDlY adalah sekitar 10,000 kaki persegi yang mana, ini memberi satu pengalaman dan kepuasan maximum kepada setiap pelanggan berkunjung untuk membeli-belah. Yang pasti, anda akan menyukai suasananya setiap kali anda melangkah masuk ke dalam kedai MRDlY bagi mencari sesuatu yang anda hajati.

Jika berasa kalapangan waktu, kami mengajak anda beramai-ramai ke kedai MRDIY bagi merasa sendiri keseronokan ketika membeli-belah di kedai ini. Apa lagi jom lah pergi sekarang.

SUMBER:

https://www.google.com/amp/s/mrdiy2u.wordpress.com/2017/09/08/10-facts-about-mr-d-i-y-3/amp

https://www.google.com/amp/s/odisi.my/2020/10/20344/amp/

error: Content is protected !!