Terletak sekitar 20 minit dari Bandar Melaka, pantai Tanjung Kling pernah memainkan peranan penting dalam industri pelancongan dan merupakan sebuah pekan bersejarah, makam Hang Tuah juga berada di sini.
Walau bagaimanapun, lokasi ini sudah tidak seperti dulu lagi, kerana terlalu banyak pembangunan pangsapuri di sini telah menghilangkan keindahan asli pemandangannya.
Pantainya satu ketika dulu banyak dilapisi dengan kelapa sawit dan cengkerang laut, kini tidak lain hanyalah zon pembinaan dengan sisa-sisa pasir yang mengotorkan pesisir pantai.
Jika dulu selain dari melawat ke makam Hang Tuah, pelancong juga sering berkunjung ke Pantai Kundur, Pantai Rombang dan Pantai Puteri.
Tetapi kini, satu-satunya pantai yang tersedia untuk pelancong adalah pantai-pantai kecil milik hotel-hotel di sini.
The Everly Resort Hotel adalah satu-satunya kemudahan pinggir laut Tanjung Kling yang menawarkan pelbagai aktiviti pantai seperti selancar angin, berkayak, menaiki perahu pisang, selam skuba, ski air, aktiviti memancing di laut dalam dan lawatan ke pulau-pulau.
Sejarah ringkas mengenai Tanjung Kling
Mengikut sejarah, Tanjung Kling mendapat namanya dari kawasan pemukiman masyarakat yang berasal dari Benua Keling (kini India), sebagaimana yang disebut di dalam Peta Google dan Hikayat Hang Tuah mengenai pelayarannya ke benua Keling.
Perkataan keling juga merujuk kepada masyarakat dari ras tersebut seperti yang diperihalkan menerusi Hikayat Melayu.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan penduduk beras etnik India ini menetap di banyak tempat lain berhampiran seperti Pekan Keling, Kampong Keling, dan Tanjong Keling.
Semasa Kesultanan Melayu Melaka, pedagang Tamil tinggal dengan aman damai.
Pengembara Portugis seperti Castanheda banyak menulis tentang zaman keagungan Melaka dari 1528 hingga 1538.
Beliau menyebut mengenai kekayaan mereka dan memanggil mereka sebagai Chiitis, daripada perkataan Tamil, Chetti atau Keling (Quelins).
Mereka menulis bahawa bahagian utara bandar Melaka di mana golongan Chiities ini tinggal adalah lebih besar, baik, cantik dan kaya berbanding bahagian lain di Melaka, yang kini dikenali sebagai Tanjung Kling.
Antara catatan Castanheda:
“Di bahagian utara bandar, tinggal saudagar yang dikenali sebagai Quelins; Di bahagian ini, bandarnya lebih besar berbanding bahagian lain. Terdapat ramai saudagar asing di Melaka, yang seperti saya katakan dahulu, tinggal sesama mereka. Mereka ialah moors(Arab) dan pagan. Kaum pagan kebanyakannya datang dari Paleacate; mereka menetap di sini. Mereka amat kaya. Mereka ialah pedagang terkaya di dunia pada tempoh ini”.
Jika berada di Bukit Banglo Tanjung Kling, kita dapat melihat pemandangan Selat Melaka yang sayup mata memandang.
Terdapat pelantar minyak petronas yang cantik tidak jauh dari pantai. Kelihatan juga Masjid Tanjung Kling yang gah berdiri, di mana rekabentuk keseniannya yang unik mirip dengan masjid lama Tengkera dan Kampung Hulu. Masjid ini juga merupakan masjid tertua di Tanjung Kling.
Antara tempat berhampiran ialah Klebang Besar, Klebang Kecil, Limbongan, Pulau Gadong, Kampong Gelam, dan Kampong Lereh.
Terdapat banyak restoran makanan laut tersedia di pekan ini. Antaranya ialah Bert’s Garden Seafood, Cliff Sunset Retreat dan The Seafarer.
Begitulah sedikit sebanyak berkenaan Tanjung Kling yang dapat kami kongsikan untuk pengetahuan anda. Semoga bermanfaat!
Sumber: