Selesema babi, atau lebih dikenali sebagai Selesema H1N1 mendapat namanya kerana pada masa lalu, pesakit yang dijangkitinya mempunyai hubungan langsung dengan haiwan tersebut (babi). Namun, keadaannya telah berubah beberapa tahun yang lalu, ketika virus baru H1N1 muncul dan tersebar di kalangan individu yang tidak pernah berdekatan dengan babi.
Pada tahun 2009, H1N1 telah tersebar ke seluruh dunia. Keadaan ini telah menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyebutnya sebagai satu pandemik. Sejak itu, orang ramai masih terus mendapat penyakit Selsema Babi, namun kesnya tidak sebanyak seperti sebelumnya.
Walaupun keadaan ini tidak begitu menakutkan kerana ia telah muncul beberapa tahun yang lalu, namun amatlah penting untuk anda melindungi diri anda daripada dijangkitinya. Seperti Selesema yang bermusim, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius bagi sesetengah individu. Cara pencegahan yang terbaik adalah dengan mendapatkan vaksin flu, atau suntikan Selsema pada setiap tahun. Selsema Babi adalah salah satu daripada virus yang dimasukkan di dalam vaksin.
Simptom Selesema Babi
Simptomnya sama seperti Selesema Bermusim, ia termasuklah:
- Batuk
- Demam
- Sakit tekak
- Hidung tersumbat atau berair
- Sakit badan
- Sakit kepala
- Menggigil
- Keletihan
Seperti Selesema biasa, keadaan ini boleh membawa kepada masalah yang lebih serius termasuklah radang paru-paru, jangkitan paru-paru, dan masalah pernafasan yang lain. Ia juga boleh menjejaskan pesakit yang menghidap penyakit seperti Kencing Manis atau Asma dengan lebih teruk.
Punca Selesema Babi
Virus influenza menjangkiti sel-sel yang merangkumi hidung, tekak dan paru-paru. Virus ini akan memasuki tubuh anda apabila anda menyedut titisan air yang tercemar atau memindahkan virus secara langsung dari permukaan yang dicemari ke mata, hidung atau mulut anda.
Diagnosis Selesema Babi
Selesema Babi kebanyakannya didiagnosis melalui simptom berikut:
- Ujian diagnostik influenza pantas (Rapid Influenza Diagnostik Test) dapat membantu mengenal pasti virus Selsema Babi. Walau bagaimanapun, keberkesanannya berbeza-beza dan mungkin akan menunjukkan hasil negatif walaupun influenza adalah positif. Ujian yang lebih tepat boleh didapati di makmal yang lebih khusus.
Walau bagaimanapun, simptomnya selalunya ringan dan akan sembuh sendiri sama seperti Selesema Bermusim. Kebanyakan individu tidak melakukan ujian untuk Selsema Babi kerana rawatannya adalah sama, tanpa mengira hasilnya.
Faktor Risiko Selesema Babi
Sekiranya anda tinggal di dalam atau mengembara ke kawasan di mana ramai individu dijangkiti oleh Selesema Babi, anda juga mungkin akan terdedah kepada virus itu.
Para penternak babi dan doktor haiwan mempunyai risiko pendedahan yang paling tinggi terhadap Selesema Babi kerana mereka bekerja dan berhampiran dengan babi.
Rawatan Selsema Babi
Terdapat beberapa ubat yang boleh merawat Selesema Babi dengan berkesan.
Ubat-ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit adalah adamantanes, termasuklah amantadine dan rimantadine, serta ubat-ubatan yang menghalang influenza iaitu neuraminidase protein, seperti oseltamivir dan zanamivir.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pesakit yang dijangkikti influenza Selesema Babi akan pulih sepenuhnya tanpa memerlukan sebarang perhatian perubatan.
SUMBER
https://www.webmd.com/cold-and-flu/flu-guide/h1n1-flu-virus-swine-flu#1
https://emedicine.medscape.com/article/1807048-overview
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/swine-flu/symptoms-causes/syc-20378103