Bagi setiap kitaran bulanan, pasangan yang sihat dan tidak menggunakan alat kawalan kelahiran biasanya mempunyai peluang sekitar 25 hingga 30 peratus untuk hamil, walaupun ia mungkin bervariasi bergantung pada keadaan tertentu.
Jadi, memahami bagaimana dan bila ovulasi berlaku dapat membantu anda mencapai atau mencegah kehamilan. Ia juga dapat membantu anda mendiagnosis keadaan perubatan tertentu.
Sekarang, mari kita ketahui lebih lanjut mengenainya di bawah.
Apakah itu ovulasi?
Ovulasi adalah pembebasan telur dari salah satu ovari wanita. Selepas telur dilepaskan, ia akan melalui tiub fallopio, di mana persenyawaan oleh sel sperma mungkin berlaku.
Selain itu, fasa ini biasanya berlangsung selama satu hari dan berlaku di tengah-tengah kitaran haid wanita, iaitu kira-kira dua minggu sebelum dia menjangka akan mendapat haid. Tetapi, tempoh prosesnya adalah berbeza untuk setiap wanita, dan ia juga mungkin berbeza dari bulan ke bulan.
Sekiranya seorang wanita berharap untuk hamil, dia haruslah mengetahui bila dia mungkin mengalami ovulasi. Mengetahui maklumat ini sangat membantu kerana dirinya adalah paling subur dalam tempoh tersebut dan berkemungkinan untuk hamil sekitar tempoh itu.
Kitaran ovulasi
Ovulasi boleh berlaku pada pelbagai masa dalam satu kitaran dan mungkin berlaku pada hari yang berbeza setiap bulan.
Kitaran ovulasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Bahagian pertama kitaran dipanggil fasa folikular. Fasa ini bermula pada hari pertama haid terakhir (LMP) dan berterusan sehingga proses ovulasi. Tempoh bagi separuh pertama kitaran ini boleh jadi sangat berbeza bagi setiap wanita yang berlangsung dari 7 hari hingga 40 hari.
- Separuh kedua kitaran disebut fasa luteal dan bermula dari hari ovulasi hingga tempoh permulaan haid berikutnya. Fasa luteal mempunyai garis masa yang lebih tepat dan biasanya hanya 12 hingga 16 hari dari hari ovulasi.
Ini juga bermaksud bahawa hari ovulasi akan menentukan berapa lama kitaran anda akan berlangsung. Malah, ia bermaksud bahawa faktor-faktor lain seperti tekanan, penyakit dan gangguan pada rutin normal boleh mempengaruhi kitaran yang kemudian mengakibatkan perubahan waktu permulaan haid anda.
Tanda-tanda ovulasi
Ramai orang keliru dan percaya bahawa ovulasi selalu berlaku dengan tepat iaitu 14 hari selepas tempoh terakhir haid seorang wanita. Tetapi, tempoh ovulasi adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung pada panjang tempoh kitaran haidnya.
Menurut ‘The American Society for Reproductive Medicine’, sekiranya seorang wanita biasanya mempunyai kitaran haid selama 28 hari, dia biasanya akan mengalami ovulasi antara hari 13 hingga 15. Sekiranya kitarannya berkisar antara hari 27 dan 34, ovulasi biasanya berlaku antara hari 13 hingga 20 hari.
Beberapa tanda biasa yang anda mungkin perhatikan sebelum ovulasi adalah:
- Perubahan pada rembesan faraj
Beberapa hari sebelum proses ovulasi bermula, bahagian serviks yang merupakan bahagian bawah rahim menghasilkan sejenis lendir yang nipis, jelas, licin dan meregang. Perubahan lendir serviks ini terjadi apabila ovulasi semakin hampir dan ovari sudah bersiap untuk melepaskan telur. Sehari selepas ovulasi berlaku, lendir serviks mengalami perubahan lain dan menjadi lebih tebal dan berwarna keruh.
- Perubahan suhu badan basal
Mengawasi suhu badan basal, yang diambil pada waktu pagi sejurus selepas bangun dari tidur, bagi dua hingga tiga kitaran haid dapat membantu meramalkan bila individu tersebut akan subur. Tidak lama selepas ovulasi, kebanyakan wanita menunjukkan sedikit peningkatan suhu pada awal pagi. Seorang wanita biasanya paling subur selama 2 hingga 3 hari sebelum suhunya meningkat.
- Peningkatan hormon ‘luteinizing’
Kira-kira 24 hingga 36 jam sebelum seorang wanita melalui tempoh ovulasi, kadar hormon ‘luteinizing’ akan meningkat. Kenaikan hormon ini adalah isyarat sebelum ovari melepaskan telur. Peningkatan hormon ini dapat dikesan menggunakan kit ramalan ovulasi, yang dapat menguji sampel air kencing pada hari-hari menjelang ovulasi. Apabila peningkatan hormon ‘luteinizing’ dikesan, ujian akan menunjukkan keputusan yang positif.
Bagaimana untuk mengawasi tempoh ovulasi saya?
Sebagai orang dewasa, anda mungkin mengalami ovulasi sepanjang masa jika kitaran anda umumnya berada dalam julat (iaitu 24 hingga 38 hari untuk orang dewasa, dengan kurang dari 7-9 ‘variance cycle-to-cycle’ dan tempoh haid 2 selama 7 hari). Kitaran yang secara konsisten berada di luar julat tersebut (panjang, pendek, atau sangat tidak teratur) dapat menjadi petunjuk bagi ‘anovulation’, iaitu satu keadaan buruk yang memerlukan anda untuk berbincang dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda.
Oleh itu, bagi membantu anda sentiasa peka tentang proses ovulasi anda, terdapat beberapa cara untuk meramalkan bila ia mungkin bermula. Antaranya adalah seperti:
- Periksa kalendar. Simpan kalendar kitaran haid selama beberapa bulan supaya anda dapat mengetahui tempoh yang normal bagi anda – atau gunakan alat yang dapat membantu anda mengira ovulasi. Sekiranya haid anda tidak teratur, anda perlu lebih berwaspada terhadap gejala ovulasi yang lain.
- Kenali petanda badan anda. Sekiranya anda dalam kalangan 20 peratus wanita itu, tubuh anda akan menghantar memo kepada anda ketika ia mula berovulasi, iaitu dalam bentuk rasa sakit atau sedikit kekejangan di kawasan perut bawah. Perhatikan dengan teliti, dan anda mungkin dapat memahami maksud mesej itu dengan baik.
- Awasi suhu anda. Suhu badan asas anda, atau ‘basal body temperature’ (BBT) berubah sepanjang kitaran kerana berlakunya turun naik tahap hormon. Semasa separuh pertama kitaran sebelum ovulasi, estrogen akan menguasai bahagian ini. Tetapi, pada separuh kedua selepas ovulasi, terdapat peningkatan progesteron yang meningkatkan suhu badan kerana rahim anda bersedia untuk telur yang disenyawakan. Ini bermaksud suhu anda akan menjadi lebih rendah pada separuh pertama dalam bulan itu berbanding pada separuh kedua.
- Kenali serviks anda. Ovulasi bukanlah satu sproses yang tersembunyi secara sepenuhnya, dan terdapat beberapa tanda fizikal ovulasi yang boleh dikesan. Ketika badan anda merasakan perubahan hormon yang menunjukkan telur akan dilepaskan dari ovari, ia akan mula menyiapkan sperma yang masuk bagi memberikan peluang yang baik kepada telur untuk disenyawakan.
- Gunakan aplikasi khas percuma. Banyak aplikasi kini tersedia untuk membantu anda mengawasi kitaran ovulasi anda. Tambahan pula, banyak aplikasi yang percuma dan boleh dimuat turun dengan mudah di telefon pintar anda. Antara yang terkenal termasuklah ‘Period Tracker’, ‘Flo Period & Ovulation Tracker’, ‘Ovia Fertility & Cycle Tracker’ dan ‘Glow Cycle & Fertility Tracker’.
Mengapakah ovulasi itu penting?
Tidak mengalami ovulasi sekali sekala mungkin tidak begitu serius, tetapi jika ini menjadi satu kebiasaan atau jika anda berhenti melalui proses ovulasi sama sekali (dan tidak mendapat hormon dengan cara lain), ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Proses ovulasi membekalkan tubuh dengan tahap estrogen dan progesteron yang sangat diperlukan yang mana hormon-hormon ini sangat penting dan berperanan lebih banyak berbanding penting buat kesuburan sahaja. Ia juga dapat mempengaruhi kepadatan tulang, kesihatan jantung, metabolisme, kualiti tidur, kesihatan mental dan banyak lagi. Justeru itu, mendapatkan kadar hormon yang mencukupi adalah penting.
SUMBER
https://www.livescience.com/54922-what-is-ovulation.html
https://helloclue.com/articles/cycle-a-z/ovulation-101-what-is-it-how-does-it-work
https://www.whattoexpect.com/getting-pregnant/fertility/five-ways-to-tell-you-are-ovulating.aspx
https://www.medicalnewstoday.com/articles/150870