Now Reading
Senarai Bantuan Baitulmal Perak Yang Terkini

Senarai Bantuan Baitulmal Perak Yang Terkini

Senarai Bantuan Baitulmal Perak Yang Terkini

Adakah anda merupakan anak jati Perak? Tahukah anda sebenarnya wujud bantuan baitulmal Perak yang boleh membantu anda mengikut kelayakan.

Anda perlu maklum bahawa setiap negeri mempunyai baitulmal masing-masing. Apa yang membezakannya adalah dari segi bantuan dan biasiswa yang diberikan kepada anak negeri masing-masing.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan baitulmal Perak yang anda boleh pohon secepat mungkin.

Pengenalan

Bagi yang belum tahu, Yayasan Perak telah lama ditubuhkan pada 12 Julai 1979 mengikut Enakmen Yayasan Perak Bil.2.

Enakmen asal ini telah dipinda dan digantikan dengan Enakmen Yayasan Perak Bil. 6 Tahun 1994 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 29 Ogos 1994.

Pada mulanya ia hanya diuruskan oleh seorang pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang bekerja sambilan sebelum menjadi Pertubuhan Yayasan Perak

Namun, pada Julai 1984, Yayasan Perak telah ditadbir dan diuruskan secara sepenuh masa atas arahan Y.A.B. Menteri Besar.

Maka, tertubuhlah carta organisasi yang lengkap dengan jawatan Pengurus Besar dan kakitangan yang ramai untuk bersama-sama berganding bahu meneruskan pertubuhan Yayasan ini.

Senarai Bantuan Baitulmal Perak

  1. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
  2. Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara
  3. Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)
  4. Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara)
  5. Bantuan Sara diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak
  6. RMR Perakku Prihatin
  7. Sayangi Rumahku

Berikut adalah senarai bantuan baitulmal Perak jika ada di antara anda yang belum tahu. Oleh itu, kami terangkan satu persatu supaya lebih jelas dan semoga bermanfaat.

1. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Bantuan ini bertujuan untuk:

  1. Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
  2. Mengajar supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi yang akhirnya membebankan diri.
  3. Mengurangkan risiko tanggungan hutang pendidikan yang tinggi selepas menamatkan pengajian.

Kadar Pemberian

PerkaraNilai Bantuan
Skim Simpanan Pendidikan Tinggi NasionalRM200
  

Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:

  1. Mewujudkan kaesah simpanan yang telah dikhaskan bagi tujuan melanjutkan pengajian ke universiti.

2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun

3. Memberikan jaminan perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas

4. Menjanjikan Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 bagi ahli keluarga yang layak dengan syarat pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.

5. Boleh menyimpan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa.

6. Memberikan kadar dividen yang berbaloi dan kompetitif serta dikecualikan daripada cukai pendapatan.

7. Menyediakan kemudahan simpanan melalui potongan gaji. Boleh dilakukan secara atas talian.

8. Memberikan Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian. Ini hanya hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Namun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak terutama yang bercita-cita melanjutkan pengajian di IPT atau IPTA.

Syaratnya adalah penerima adalah warganegara Malaysia dan merupakan anak Jati Negeri Perak sahaja.

Yang kedua adalah Ibu atau bapa merupakan anak kelahiran Negeri Perak atau Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi  beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun atau Ibu atau bapa bukan kelahiran asal di Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun.

Selain itu, anak yang lahir di daerah bersempadan dengan negeri Perak juga layak membuat permohonan. Dengan syarat ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak.

Setiap permohonan bermastautin melebihi 10 tahun hendaklah mendapat pengesahan terlebih dahulu dari Penghulu Mukim Ketua Kampung.

Seterusnya, jumlah pendapatan bagi seisi rumah secara keseluruhannya di bawah RM 5,000 sebulan.

Jangan lupa untuk melampirkan salinan sijil kelahiran atau salinan MyKid atau salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa dan sijil kelahiran serta salinan penyata pendapatan yang disahkan oleh Pegawai Gred 41 / Gred 3 atau Kumpulan A ke atas.

Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung kawasan masing – masing.

Perlu diingat anda perlu membawa bersama borang permohonan akaun simpanan (SSPN) yang lengkap. Ini kerana sebarang permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen seperti yang dinyatakan akan ditolak serta merta

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.

2. Penyata pendapatan bapa & ibu atau penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila sertakan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung kawasan masing-masing.

3. Lampirkan borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang lengkap.

4. Borang Permohonan iaitu surat sokongan atau perakuan dari ADUN atau Penghulu atau Ketua Kampung yang menetap di Perak

5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.

2. Dermasiswa Yayasan Perak Dalam Dan Luar Negara

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Bantuan ini bertujuan untuk meringakan beban bakal mahasiswa dan keluarga sebelum persediaan menempuh alam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

Bukan itu sahaja, ia dapat melahirkan ikon pemimpin dalam pelbagai bidang yang akan menjadi pelapis bagi Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

3. Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)

Kadar Pemberian

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM) (Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

Syarat – Syarat Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)

Bantuan akan diberikan hanya kepada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai dalam pengajian sepenuh masa dan separuh masa bagi semester 1 di ditahun pertama sahaja.

Selain itu, permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.

Ini yang paling penting, pemohon hendaklah merupakan anak kelahiran Perak dengan syarat pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau pemohon dan ibu bapa lahir di luar Perak tetapi telah menetap di Perak melebihi 10 tahun atau Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

Akhir sekali, pendapatan seisi keluarga di bawah RM5,000 sebulan sahaja.

4. Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara)

Kadar Pemberian

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00
NEGARA (KATEGORI A)
1. India2. Pakistan3. Thailand4. Myanmar
5. Indonesia6. Laos7. Vietnam8. Mesir
9.   

5. Bantuan Sara diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan membantu meringankan beban keluarga.

Jenis-Jenis Bantuan

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:

  • Bantuan Sara Diri

Bantuan sara diri adalah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Ia turut diberikan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan gagal.

Bantuan sara diri boleh dimohon daripada pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.

  • Bantuan Kecemasan

Bantuan kecemasan atau bantuan khas diberikan jika mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang boleh memberikan risiko dari segi kesihatan dan mental.

Contoh-contoh bencana atau musibah adalah kemalangan, kebakaran, kematian ibu bapa atau penjaga, kecurian, bencana alam dan penyakit kronik.

Kadar Pemberian

KategoriNilai Bantuan (setahun)
Bantuan Sara DiriRM700
Bantuan KecemasanRM300 – RM1,000 (Mengikut Bencana/Musibah)

Syarat Bantuan Sara Diri

Syarat bantuan sara diri adalah seperti Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun

Selain itu, Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

Namun begitu, Keutamaan hanya diberikan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

Pastikan semua dokumen perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

Berita baiknya, keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas dan mana-mana mahasiswa yang menerima Biasiswa lain tidak akan dipertimbangkan.

Namun begitu, Pemberian bantuan sara diri diberikana setahun sekali sahaja. Jangan terlepas untuk memohon pada 1 Januari sehingga 31 Ogos bagi setiap tahun.

Syarat Bantuan Kecemasan

Syarat bantuan kecemasan adalah pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak atau Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.

Juga, jika pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

Mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) layak memohon.

Semua permohonan perlu mendapat sokongan atau surat pengesahan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT.

Seterusnya, bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Surat Perakuan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat/ Pemimpin Tempatan /Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung sebelum dihantar.

6. RMR Perakku Prihatin

Program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah pertama di atas tanah sendiri atau dengan izin pemilik tuan tanah.

Program ini merupakan hasil usahasama antara Yayasan Perak dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Antara yang bakal dinikmati oleh pemohon adalah ansuran bulanan serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi serta reka bentuk rumah yang terkini.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

Syarat Tambahan

  1. Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan untuk pembinaan. 
  2. Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti sehingga rumah siap dibina. 
  3. Berhak melampirkan sebarang dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa untuk kegunaan Yayasan Perak atau SPNB. 

Dokumen Penting Yang Perlu Disertakan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah yang As 
  • Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru 
  • Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah 
  • Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua* 
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang* 
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah 
  • Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia 
  • Borang Laporan Tapak Bergambar 

7. Sayangi Rumahku

Program ini bagi membantu golongan miskin di Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

KONSEP PROGRAM

Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.

Syarat-syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia dan telah berkahwin.
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki. (Bagi permohonan Bina Baru)
  • Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  • Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
  • Penyata pendapatan pemohon.
  • Penyata pendapatan pasangan / waris.
  • Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.

Kategori Sayangi Rumahku

  • Baik Pulih

Bantuan kepada peserta yang mempunyai  rumah yang masih sedia ada untuk dibaiki.

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas dalam rumah dan tidak termasuk dengan kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.

  • Bina Baru Rumah

Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak selamat diduduki dan tidak sesuai untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):

– Bina Baru 1 Bilik

–Bina Baru 2 Bilik

–Bina Baru 3 Bilik

Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
  • Pinjaman Tabung Usahawan

Sumber:

https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/

https://www.maiamp.gov.my/index.php/en/zakat/zakat-assistance-form.html

error: Content is protected !!