Sengat tebuan boleh membuatkan anda tidak selesa, tetapi kebanyakan individu pulih dengan cepat dan tanpa komplikasi. Tebuan seperti lebah dan hornet mempunyai penyengat untuk pertahanan diri.
Penyengat tebuan mengandungi bisa (bahan yang beracun) ia disebarkan kepada manusia melalui sengatan. Namun begitu meskipun tanpa menyengat, bisa tebuan boleh menyebabkan rasa sakit dan iritasi.
Jika anda alah terhadap bisa, tidak mustahil anda mendapatkan reaksi atau kesan sampingan yang serius. Rawatan adalah penting untuk menangani simptom dan komplikasi.
Jenis Tebuan
Anda perlu tahu sama ada yang menyengat itu tebuan atau lebah untuk membantu anda menentukan rawatan yang sesuai. Tebuan kita sering temui di dalam Bahasa Inggeris sebagai hornet atau wasp tapi pastinya kalian kurang tahu perbezaannya bukan?
Terdapat perbezaan saiz dan warna bagi tebuan wasp dan hornet seperti :
Hornet – Tebuan bagi jenis ini bersaiz lebih besar. Ia berbelang hitam dan putih, warnanya seakan – akan warna kuning cair.
Wasp – Berbeza dengan hornet, ia lebih kecil. Wasp berwarna berbelang hitam kuning.
Di Malaysia yang sering kita temui adalah wasp. Terdapat 24 spesis tebuan, tebuan tanah (Vespa tropica tropica) adalah antara tebuan yang paling sering ditemui dan popular di Malaysia.
Sarang tebuan boleh ditemui di mana – mana tempat sama ada di atas pokok, atap rumah, atas tanah atau mana – mana dirasakan sesuai bagi mereka.
Namun begitu, selalunya sarang tebuan tanah boleh ditemui di atas tanah. Tebuan boleh ditemui di mana tempat terdapatnya sarang mereka. Jadi, apabila anda menemui tebuan berterbangan di sekitar rumah anda, hati – hati itu petanda sarang mereka juga berada di sekitar itu.
Sarang tebuan berwarna kelabu cerah dan mempunyai banyak ruang seperti lubang di bahagian dalam sarang. Walaupun koloni tebuan tidak sebanyak lebah tetapi hati – hati, sengat tebuan adalah sangat berbisa.
Perbezaan tebuan dan lebah
Sesiapa sahaja boleh tersalah anggap tebuan dan lebah kerana kedua – duanya adalah serangga yang mempunyai kebolehan memberikan sengatan menyakitkan.
Lebah madu boleh menyerang anda apabila diprovok manakala tebuan adalah pemangsa yang secara semula jadi lebih agresif. Kenal pasti perbezaan tebuan dan lebah madu untuk mengenal pasti rawatan luka dan kawalan serangga yang sepatutnya.
Tebuan dan lebah madu adalah keluarga serangga Hymenoptera. Namun begitu, fizikal mereka adalah berbeza.
Lebah madu bersaiz 2.5 cm panjang. Sesetengah daripada mereka dengan warna sepenuhnya hitam, manakala sesetengah daripada mereka berwarna hitam atau coklat dengan belang kuning atau jingga.
Lebah madu berbulu manakala tebuan selalunya dengan kulit berkilat dan lembut. Tebuan dengan pinggang yang kecil, mempunyai 4 sayap dengan warna yang terang dan corak kuning dan hitam.
Bukannya sahaja rupa dan saiz di antara tebuan dan lebah berbeza, malah gaya hidup dan tabiat mereka juga sangat berbeza.
Koloni lebah madu mempunyai populasi sehingga 75, 000 ekor manakala koloni tebuan mempunyai koloni yang sedikit daripada 10, 000 ekor. Ratu tebuan membina sarang untuk koloni mereka manakala lebah madu pekerja membina dan mengekalkan sarang.
Tidak seperti kebanyakan tebuan yang berhibernasi ketika musim sejuk dan membina sarang baru pada musim luruh, lebah madu tidak berhibernasi kerana mereka mempunyai simpanan makanan dan haba dengan ribuan pekerja.
Spesis tebuan tidak boleh menghasilkan madu, tetapi semua spesis lebah madu berkebolehan menghasilkan dan menyimpan sejumlah besar madu di dalam sarang mereka.
Manakala dari segi pertahanan diri, lebah madu hanya boleh menyengat sekali seumur hidup dan mati selepas menyerang, seekor tebuan pula boleh menyengat banyak kali.
Pencegahan – Tidak Menarik Perhatian Tebuan
Siapa sahaja tidak mahu untuk mengelak daripada tebuan bukan? Jadi di sini terdapat 2 perkara yang anda perlu ketahui :
- Memahami apa yang menarik perhatian tebuan untuk mengelak daripada sengat tebuan
- Tahu apa yang perlu dilakukan apabila tebuan berada dekat (nampak senang daripada yang disangka)
1. Pastikan makanan dan minuman anda tertutup
Cuba fikirkan tentang barbeku, perkelahan dan sebarang hidang di luar rumah. Berapa kali anda melihat tebuan berterbangan di sekitar minuman berkarbonat? Mungkin banyak untuk dikira.
Memandangkan tebuan adalah pemangsa yang memakan serangga lain, jumlah mereka bertambah pada musim panas kerana mereka tertarik dengan semua makanan manusia.
Untuk mengelak daripada mereka menghampiri anda, pastikan semua makanan anda tertutup ketika anda berada di luar rumah.
2. Memakai minyak wangi berbau lembut
Walau apa juga pilihan bau minyak wangi sama ada bunga – bungaan atau herba atau makanan atau bau kelakian ia boleh menarik perhatian tebuan berdekatan anda untuk menghampiri.
Mereka tertarik kepada bau minyak wangi anda dan hal ini meningkatkan risiko anda mendapat sengat tebuan. Kurangkan semburan minyak wangi anda apabila anda berada di luar dengan cuaca yang panas pada siang hari.
Tukarkan minyak wangi anda kepada essential oil yang juga bertindak sebagai repellent daripada serangga. Terutamanya anda ke tempat terbuka yang berisiko.
SkinLabs Citronella Oil 15ml
RM 39.00
Ia mempunyai bahan antibakteria, antidepresan, antiseptik, antispasmodik, anti-radang, deodoran, diaforetik, diuretik, fungisida, penghalau serangga, perut, perangsang, tonik dan bahan vermifuge.
3. Periksa kawasan sekitar anda – sarang tebuan
Lokasi teduhan yang berkayu membuatkan ia lokasi yang sangat sempurna untuk membina sarang. Hornet dan wasp mempunyai sedikit perbezaan pilihan untuk membina sarang.
Anda perlu memeriksa kawasan sekitar rumah anda untuk melihat sama ada terdapat tanda – tanda sarang atau pembinaan sarang tebuan :
- Di bawah atap rumah anda dan mana – mana bahagian yang tergantung pada bangunan anda
- Ruang loteng
- Paip kering dan bolong udara
- Garaj atau teduhan atau pangkin
- Tanaman dan pokok renek
- Di bahagian bawah dek
- Lubang pelik di laman anda – sesetengah spesis tebuan akan membuat sarang di liang tikus yang lama dan terbengkalai
Jika anda menemui sarang, anda perlulah mendapatkan bantuan profesional untuk membuang sarang tersebut. Cuba untuk membuang sarang tersebut dengan sendiri tanpa perlindungan yang sepatutnya atau pengetahuan yang betul boleh membahayakan anda dan mendapat sengat tebuan.
Tetapi, sekiranya anda menemui tebuan yang tertarik pada anda, elakkan daripada mengibas ke arah mereka (untuk menghalau mereka) kerana ia hanya akan membuatkan mereka marah. Kekal tenang, elakkan mereka dengan tenang dan jangan sesekali membuatkan mereka terasa terancam hingga mendedahkan anda kepada sengatan tebuan.
Rawatan Awal
Jika anda disengat di satu tempat yang tidak serius, buang dahulu sisa sengatan tersebut dengan kad. Kemudian, anda boleh mencuba petua ini bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
Tetapi jika anda alah terhadap sengatan dan keadaan kritikal adalah lebih baik untuk terus ke hospital! Ia boleh mengancam nyawa jika dibiarkan sahaja.
– Bawang Putih dan Halia
Tumbuk sehingga lumat dan letakkan pada tempat yang disengat. Hal ini bagi membantu mengurangkan sakit dan mengelakkan daripada terkena jangkitan.
– Garam, Air Kelapa dan Tanah Liat
Campurkan semua bahan (sedikit tanah liat sahaja sudah memadai). Kacau sebati dan sapukan pada bahagian yang disengat. Bagi membantu mengeluarkan bisa sengat tebuan, garam dan air kelapa sangat efektif.
– Ubat Sapu / Salap yang Berangin
Balm, Vicks atau ubat sapu lain boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit disengat. Anda juga boleh memakai ubat yang dikhaskan untuk sengatan serangga.
Thursday Plantation Tea Tree Oil 10ml
RM 27.90
Thursday plantation tea tree oil telah membuktikan sifat antiseptik, antibakteria dan antimikroba. Penyelesaian semula jadi yang kuat ini dapat mencegah jangkitan, melegakan keradangan dan membantu proses penyembuhan semula jadi untuk luka ringan, kerengsaan kulit ringan, jerawat, luka, calar dan serangga / sengatan serangga.
Tiger Balm White 30g
RM 11.50
Salap Tiger Balm klasik yang banyak dibesarkan oleh kita. Ia sering digunakan untuk rawatan sakit kepala. Mengandalkan kegemaran keluarga ini untuk menenangkan pelbagai penyakit seperti hidung tersumbat, kembung dan gatal akibat gigitan serangga. Gosok perlahan-lahan kawasan yang terkena untuk membiarkan formulasi herba menenangkan sakit kepala, hidung tersumbat dan rasa tidak selesa yang lain dengan cepat dan berkesan.
Cara Hapuskan Sarang Tebuan
Pastinya jika anda ingin menghapuskan sarang anda perlu mendapatkan khidmat pakar seperti pengendali kawalan serangga (pest control), bomba atau Angkatan Pertahanan Awam. Tetapi anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghapuskan atau memusnahkan sarang tebuan.
Sebelum memusnahkan sarang pastikan :
- Anda lakukannya di malam hari atau semasa sarang tebuan kosong
- Memakai pakaian yang tebal dan menutupi seluruh badan supaya tidak ditembusi tebuan
- Memakai sarung tangan tebal
- Memakai bau yang mencegah tebuan
- Tiada orang lain di kawasan tersebut
Cara menghapuskan :
- Membakar sarang dengan minyak diesel, petrol dan minyak tanah supaya tidak didiami lagi
- Menggunakan peluntur untuk merosakkan sarang selain membunuh dan memeningkan tebuan
- Curah air panas pada sarang untuk merosakkan sarang selain mencairkannya
- Semburkan racun serangga aerosol yang bersesuaian untuk membunuh tebuan dan menghentikan usaha mereka membina sarang
Apa – apa pun pilihan anda bagi menangani tebuan pastikan anda berhati – hati dan jangan dijolok tanpa arah dan tujuan. Sengat tebuan bukanlah sesuatu yang boleh kita main – mainkan. Pantau anak – anak anda dan dedahkan pada mereka tentang bahaya tebuan.
SUMBER
https://www.jcehrlich.com/blog/8-ways-to-prevent-wasp-stings/
https://www.orkin.com/stinging-pests/bees/difference-between-honey-bees-and-wasps