Now Reading
Sengatan Obor-obor (Stings jellyfish)

Sengatan Obor-obor (Stings jellyfish)

sengatan obor-obor

Sengatan obor-obor adalah yang paling menyakitkan namun ia tidak berbahaya. Ia biasanya tidak disedari hinggalah tanda-tandanya muncul. Namun, terdapat juga sebilangan obor-obor yang akan melepaskan racun yang kuat ke dalam kulit. Sengatan spesies ini adalah berbahaya atau boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Kebanyakan orang yang disengat oleh obor-obor hanya menyedari bahawa obor-obor ada berdekatan dengan mereka selepas disengat. Akibatnya, sengatan mungkin tidak dapat dielakkan lebih awal.

Rawatan sengatan obor-obor dengan segera boleh meringankan kesakitan dengan cepat dan mengelakkan sengatan bertambah teruk.

Simptom Sengatan Obor-obor

Gejala termasuklah rasa tegang, gatal, ruam dan rasa menyucuk yang semakin kuat. Antara tanda lain termasuklah:

  • Kesan progresif mungkin termasuk rasa mual, muntah, cirit-birit, pembengkakan nodus limfa, sakit perut, rasa kebas/ kesemutan serta kekejangan otot.
  • Reaksi teruk yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas, koma dan kematian.
  • Sengatan obor-obor berbentuk kotak atau jenis obor-obor lain boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Punca Sengatan Obor-obor

Sesungut obor-obor merangkumi jarum mikroskopik berduri. Setiap penyengat mempunyai mentol kecil yang memegang racun dan tiub yang tajam. Fungsi sesungut ini adalah untuk melindungi dirinya dan membunuh mangsa.

Apabila anda bergesel pada sesungut obor-obor, akan berlaku cetusan kecil di permukaannya yang melepaskan sengatan. Tiub tersebut kemudian menembusi kulit dan melepaskan racun. Ini boleh menjejaskan kawasan yang disentuh dengan segera dan memasuki aliran darah.

Obor-obor yang terdampar di persisiran pantai mungkin masih melepaskan racun berbisa jika disentuh.

Jenis obor-obor

Walaupun terdapat banyak jenis obor-obor relatif yang tidak berbahaya kepada manusia, ada juga yang boleh menyebabkan kesakitan teruk dan reaksi sistemik. Obor-obor ini menyebabkan masalah yang lebih serius pada seseorang jika:

  • Obor-obor kotak. Obor-obor kotak boleh menyebabkan kesakitan yang menyengat. Ia boleh menyebabkan reaksi yang mengancam nyawa walaupun ia jarang berlaku. Spesis ini adalah jenis paling berbahaya di perairan lautan Pasifik dan India.
  • Portuguese man-of-war. Ia juga dikenali sebagai obor-obor bluebottle, dan kebanyakannya hidup di laut yang hangat. Selain itu, jenis ini juga mempunyai gelembung berwarna biru atau keunguan yang membuatnya bertahan di atas air dan bertindak seolah-olah sedang belayar.
  • Sea nettle. Ia adalah jenis biasa di kedua-dua lautan hangat dan sejuk. Malah, obor-obor jenis ini hidup di sepanjang pantai timur laut Amerika Syarikat dan banyak dijumpai di Teluk Chesapeake.
  • Obor-obor lion’s mane. Ia adalah obor-obor terbesar di dunia, dengan diameter badan lebih 3 kaki (1 meter). Di samping itu, jenis ini adalah paling umum di kawasan sejuk, iaitu di utara lautan Pasifik dan Atlantik.

Diagnosis Sengatan Obor-obor

Anda biasanya tidak perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis sengatan obor-obor. Sekiranya anda masih ingin pergi ke klinik atau hospital, doktor akan dapat mendiagnosis kecederaan itu hanya dengan melihatnya sahaja.

Kadangkala. rawatan yang dibuat adalah berdasarkan jenis obor-obor yang menyebabkan sengatan. Doktor boleh mengumpulkan sampel-sampel sesungut yang terdapat di sekitar tempat sengatan.

Faktor Risiko Sengatan Obor-obor

Keadaan yang boleh meningkatkan risiko anda disengat oleh obor-obor termasuklah:

  • Berenang ketika obor-obor muncul dalam jumlah yang banyak (kumpulan obor-obor).
  • Berenang atau menyelam di kawasan yang mempunyai obor-obor tanpa memakai pakaian pelindung.
  • Bermain atau berjemur di tempat yang terdapat obor-obor di persisiran pantai.
  • Berenang di tempat yang diketahi mempunyai banyak obor-obor.

Rawatan Sengatan Obor-obor

Rawatan untuk sengatan obor-obor termasuklah pertolongan cemas dan rawatan perubatan, bergantung pada jenis obor-obor, tahap keparahan sengatan dan tindak balas anda kepadanya.

Pertolongan cemas

Sengatan obor-obor biasanya boleh dirawat seperti berikut:

  1. Membuang sengat menggunakan pengepit dengan teliti.
  2. Merendamkan kulit dalam air panas. Gunakan air bersuhu 110 hingga 113F (43°C hingga 45°C). Sekiranya anda tidak mempunyai termometer, uji air pada tangan atau siku individu yang tidak terjejas. Ia haruslah berasa panas namun tidak terlalu panas(suam). Pastikan kulit direndam atau mandi panas selama 20 hingga 45 minit.

Langkah-langkah yang perlu dielakkan

Tindakan ini dikatakan tidak membantu atau tidak terbukti dalam merawat sengatan obor-obor seperti:

  • Mengikis sengatan.
  • Membilas dengan air laut.
  • Membilas dengan air kencing manusia.
  • Membilas dengan air tawar.
  • Menggunakan pemampat daging.
  • Meletakkan alkohol, etanol atau ammonia.
  • Menggosok dengan tuala.
  • Menggunakan pembalut tekanan.

– Rawatan perubatan

  • Pertolongan kecemasan. Seseorang yang mengalami tindak balas serius terhadap sengatan obor-obor mungkin memerlukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR), sokongan nyawa atau ubatan antivenin jika sengatan itu berasal daripada obor-obor jenis kotak.
  • Perubatan oral. Ruam atau tindak balas kulit lain yang disebabkan oleh hipersensitiviti yang lambat boleh dirawat dengan antihistamin oral atau kortikosteroid. Anda juga mungkin boleh diberi ubat tahan sakit berbentuk oral.
  • Pembilasan mata. Sengatan obor yang berlaku pada atau berhampiran mata memerlukan rawatan perubatan dengan segera untuk mengurangkan kesakitan dan pembilasan mata yang baik. Anda juga mungkin akan dirawat oleh seorang doktor yang pakar dalam penjagaan mata (pakar mata).

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/jellyfish-stings/symptoms-causes/syc-20353284

https://www.healthline.com/health/jellyfish-sting

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319139

error: Content is protected !!