Now Reading
Sensasi Panas (Hot Flushes) – Punca dan Diagnosis

Sensasi Panas (Hot Flushes) – Punca dan Diagnosis

sensasi panas

Pengenalan

Sensasi panas atau ‘hot flushes’ adalah perasaan hangat yang datang secara tiba-tiba. Ia cenderung dirasakan di bahagian muka, leher dan dada. Kulit anda mungkin akan menjadi kemerahan, seolah-olah anda sedang malu. Sensasi panas juga boleh menyebabkan anda berpeluh. Jika anda kehilangan terlalu banyak haba badan, anda mungkin berasa sejuk selepas itu.

Walaupun keadaan perubatan lain juga boleh menyebabkannya, penyebab utama adalah  disebabkan oleh menopaus. Malah, ini adalah simptom paling umum yang berlaku pada golongan wanita sewaktu peralihan ke menopaus.

Sensasi panas cenderung berlaku kepada wanita dan boleh bertahan sehingga beberapa jam atau minggu. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis rawatan untuk merawat sensasi panas yang mengganggu ini.

Penerangan

Sensasi panas adalah perasaan hangat secara tiba-tiba yang tidak disebabkan oleh sebarang sumber luaran. Ia muncul bila-bila masa, atau anda mungkin akan merasakannya dalam tempoh beberapa minit.

Simptom sensasi panas termasuklah:

  • Kulit terasa hangat tiba-tiba
  • Kemerahan pada kulit di muka, leher, telinga, dada, atau bahagian badan lain
  • Berpeluh, terutamanya di bahagian atas badan
  • Kekebasan di jari anda
  • Degupan jantung yang lebih cepat daripada biasa

Ramai individu akan berasa sejuk atau seram sejuk apabila sensasi panas terjadi.

Ia adalah simptom umum menopaus. Wanita yang menjalani menopaus akan mengalami sensasi panas sekerap beberapa kali dalam sehari.

Namun begitu, menopaus bukanlah satu-satunya puncanya. Sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan ini. Kekerapan dan tempohnya bergantung pada pencetusnya.

Penyebab yang berkemungkinan

Perubahan hormon dalam badan dianggap sebagai salah satu punca sensasi panas. Reaksi ini boleh dicetuskan oleh beberapa faktor, termasuklah:

  • Makanan pedas
  • Alkohol
  • Minuman panas
  • Kafein
  • Berada di dalam bilik yang hangat
  • Merokok
  • Memakai pakaian yang ketat
  • Tekanan dan kebimbangan
  • Kehamilan, terutamanya semasa trimester pertama dan kedua
  • Hipertiroidisme
  • Kemoterapi
  • Luka di tulang belakang
  • Penggunaan beberapa ubat, termasuk raloxifene (evista), tamoxifen, dan tramadol

Terdapat banyak penyebab yang berkemungkinan bagi sensasi panas dan senarai di atas hanya sebahagian daripadanya. Sekiranya anda mengalami sensasi panas yang berulang dan tidak hilang dalam tempoh yang lama, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Bila perlu menghubungi doktor

Jika sensasi panas menyusahkan anda, pertimbangkanlah untuk berjumpa doktor untuk berbincang mengenai pilihan rawatan tersedia.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Biasanya, doktor akan mendiagnosis sensasi panas berdasarkan penjelasan simptom anda. Doktor mungkin akan mencadangkan ujian darah untuk memeriksa sama ada anda sedang berada dalam tempoh peralihan menopaus.

Rawatan

  • Terdapat pelbagai rawatan untuk sensasi panas seperti:
  • Terapi hormon
  • Terapi hormon bioidentikal
  • Rawatan ubat-ubatan
  • Rawatan pelengkap dan alternatif
  • Phytoestrogens
  • Black Chosh
  • Terapi alternatif.

Sebahagian daripada rawatan tersebut masih belum diuji melalui kajian klinikal dan tidak diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

– Terapi hormon untuk sensasi panas

Secara tradisi, sensasi panas cenderung dirawat dengan estrogen yang diambil secara oral atau transdermal (seperti tampalan). Terapi hormon (HT) atau terapi hormon pasca menopaus (PHT), yang dahulu dirujuk sebagai terapi penggantian hormon (HRT), terdiri daripada penggunaan estrogen sahaja atau gabungan estrogen dan progesteron (progestin). Semua preskripsi ubat estrogen yang tersedia, sama ada oral atau transdermal, adalah berkesan dalam mengurangkan kekerapan sensasi panas dan keparahannya. Malah, penyelidikan juga menunjukkan bahawa ubat-ubatan ini boleh mengurangkan kekerapan.

Walau bagaimanapun, kajian jangka panjang terhadap wanita yang menerima terapi gabungan hormon, estrogen dan progesteron, menunjukkan kesan sampingan kepada wanita yang menyertai kajian tersebut seperti peningkatan risiko serangan jantung, strok dan kanser payudara apabila dibandingkan dengan wanita yang tidak menerima terapi hormon.

Kajian seterusnya pula menemui bahawa wanita yang mengambil terapi estrogen sahaja menunjukkan kaitan estrigen dengan peningkatan risiko strok, namun bukan serangan jantung atau kanser payudara. Bagaimanapun, terapi estrogen sahaja, boleh meningkatkan risiko kanser endometrial (kanser dinding rahim) dalam kalangan wanita pasca menopaus yang tidak membuang rahim mereka melalui pembedahan.

Dalam kajian terbaru pula menunjukkan kesan negatif yang dikatikan dengan terapo hormon dalam kalangan wanita yang lebih tua yang telah lama mengalami menopaus. Segelintir penyelidik mencadangkan bahawa kesan sampingan negatif tersebut mungkin dikurangkan atau dielakkan jika terapi hormon diberikan kepada wanita yang lebih muda (atau yang hampir menopaus) dan bukan kepada wanita yang telah lama menopaus.

Jadi, keputusan untuk memulakan atau meneruskan terapi hormon adalah bergantung pada individu itu sendiri dan doktor harus menggariskan risiko dan manfaat rawatan tersebut berdasarkan sejarah perubatan mereka.

Adalah disyorkan untuk menggunakan terapi hormon dalam dos yang sedikit tetapi berkesan.

Terapi hormon bioidentikal untuk sensasi panas

Terapi hormon bioidentikal menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi hormon yang mempunyai formula kimia yang sama seperti hormon semula jadi dalam tubuh. Hormon ini dicipta di makmal dengan cara mengubah sebatian yang diperoleh daripada produk tumbuhan semula jadi. Walau bagaimanapun, kajian untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan jangka panjang produk-produk ini masih tidak dijalankan.

Sumber:

https://www.webmd.com/menopause/guide/menopause-hot-flashes

https://www.healthline.com/health/menopause/hot-flash-causes

https://www.healthline.com/health/menopause/understanding-hot-flashes

https://www.medicinenet.com/hot_flashes/article.htm

error: Content is protected !!