Now Reading
Serangan sawan mengelamun (Absence seizure) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Serangan sawan mengelamun (Absence seizure) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

serangan sawan mengelamun

Serangan sawan mengelamun (sebelum ini dikenali sebagai sawan ‘petit mal‘) telah menjejaskan kira-kira 2 individu bagi setiap 1,000 individu terjadi disebabkan aktiviti elektrik yang tidak normal dan kuat di otak.

Biasanya, sel saraf otak (neuron) berkomunikasi dengan satu sama lain dengan menembak isyarat elektrik kecil. Namun dengan keadaan sawan, isyarat ini menjadi tidak normal. Sawan mengelamun boleh menjejaskan bahagian otak yang terpencil atau mungkin melibatkan aktiviti yang tidak normal di seluruh otak (dikenali sebagai sawan umum). Selain itu, serangan sawan adalah satu bentuk sawan yang biasa berlaku.    

Di samping itu, jenis ini berlaku antara 10 hingga 30 saat. Individu yang paling kerap mendapat sawan ialah kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun dan kejadian ini berlaku apabila mereka menghentikan aktiviti yang sedang dilakukan secara tiba-tiba (bercakap, berjalan) dan kelihatan seperti “merenung tanpa hala tuju”.

Serangan sawan mengelamun jarang menyebabkan sawan yang sebenar di mana individu yang mendapatnya jatuh atau pengsan. Walaupun hilang kesedaran dengan sekejap, individu tersebut pulih sepenuhnya tanpa sebarang kekeliruan yang berlanjutan atau kesan buruk yang lain. “Sumpahan” ini mungkin jarang berlaku atau hanya berlaku beberapa kali sejam.

Bagi kanak-kanak, serangan ini mungkin mengganggu pembelajaran dan sering disalahtafsirkan sebagai berangan atau tidak fokus. Kira-kira satu per empat orang yang mengalami serangan penyakit ini akan mendapat satu lagi jenis sawan umum yang dikenali sebagai sawan tonik-klonik (sebelumnya dikenali sebagai sawan ”grand mal”). Walau bagaimanapun, sebilangan besar kanak-kanak dapat mengatasi keadaan ini.

Simptom Sawan mengelamun

Masalah kesihatan ini biasanya menjejaskan kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun. Ia juga boleh berlaku pada orang dewasa. Kanak-kanak dengan epilepsi mungkin mengalami kedua-dua serangan sawan biasa dan sawan ‘grand mal’. Sawan ‘grand mal’ berlaku lebih lama dan mempunyai gejala yang lebih kuat.

Tanda-tanda serangan sawan biasa termasuk:

  • Merenung di suatu ruang.
  • Mengetap bibir bersama.
  • Kelopak mata seperti berkelip-kelip.
  • Berhenti bercakap di tengah-tengah ayat.
  • Membuat pergerakan tangan secara tiba-tiba.
  • Bersandar ke hadapan atau ke belakang.
  • Muncul tanpa gerakan secara tiba-tiba.

Golongan dewasa sering tersalah anggap bahawa kanak-kanak dengan serangan sawan ini membuat perangai atau tidak memberi perhatian dalam kelas. Biasanya, guru kanak-kanak tersebutlah individu pertama yang akan menyedari gejala-gejala serangan sawan. Ini berlaku kerana kanak-kanak akan kelihatan seperti tidak berada di dalam kelas buat sementara waktu.

Punca Sawan mengelamun

Ramai kanak-kanak dilihat mempunyai kecenderungan genetik bagi masalah penyakit ini.

Secara umum, sawan berlaku disebabkan denyutan elektrik yang tidak normal dari sel-sel saraf (neuron) di otak. Sel-sel saraf otak biasanya menghantar isyarat elektrik dan kimia ke seluruh ‘synapse’ yang menyambungkannya.

Bagi orang yang mempunyai sawan, aktiviti elektrik biasa otak boleh berubah-ubah. Semasa serangan sawan berlaku, isyarat elektrik ini mengulangi diri mereka secara berulangkali dalam corak selama tiga saat.

Selain itu, individu ini juga mungkin juga mempunyai perubahan tahap pengutus kimia yang membantu sel-sel saraf berkomunikasi antara satu sama lain (neurotransmitter).

Diagnosis Sawan mengelamun

Seorang pakar saraf atau neurologi adalah seorang doktor yang pakar dalam mendiagnosis gangguan sistem saraf seperti masalah epilepsi. Justeru itu, pakar neurologi akan menilai:

  • Gejala.
  • Kesihatan menyeluruh.
  • Pengambilan ubat-ubatan.
  • Keadaan sedia ada.
  • Ujian pengimejan dan imbasan gelombang otak.

Doktor akan cuba untuk mengeluarkan sebab-sebab lain yang menyebabkan gejala anda sebelum mendiagnosis penyakit berkenaan. Di samping itu, anda juga boleh diminta untuk melakukan imbasan MRI otak anda. Imbasan ini akan menangkap gambar terperinci saluran otak dan kawasan yang berkemungkinan mengalami pertumbuhan tumor.

Faktor Risiko Sawan mengelamun

Faktor tertentu adalah perkara biasa bagi kanak-kanak yang mengalami kejadian tersebut, termasuk:

  • Umur. Serangan sawan adalah lebih biasa terjadi pada kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun.
  • Jantina. Serangan sawan lebih biasa berlaku pada kanak-kanak perempuan.
  • Ahli keluarga yang mempunyai sawan. Hampir separuh daripada kanak-kanak yang mengalami serangan sawan mempunyai keluarga terdekat dengan masalah yang sama.

Rawatan Sawan mengelamun

Ubat anti-sawan boleh merawat serangan berkenaan. Mencari ubat yang sesuai mungkin melibatkan banyak percubaan dan boleh mengambil masa. Selain itu, doktor boleh memulakan rawatan dengan memberikan dos ubat anti-sawan yang rendah. Dos ubat ini kemudian boleh disesuaikan berdasarkan keputusan anda.

Beberapa contoh ubat yang digunakan untuk merawat serangan sawan adalah:

  • Ethosuximide (Zarontin)
  • Lamotrigine (Lamictal)
  • Asid valproic (Depakene, Stavzor)

Wanita hamil atau wanita mungkin mengandung tidak boleh mengambil asid valproic kerana ia meningkatkan risiko berlakunya kecacatan kelahiran.

Sesetengah aktiviti mungkin berbahaya bagi orang yang mengalami serangan sawan. Ini berlaku kerana serangan tersebut boleh menyebabkan kehilangan kesedaran buat sementara waktu. Memandu dan berenang semasa kejadian serangan sawan mungkin menyebabkan kemalangan atau lemas.

Jadi, doktor mungkin mengehadkan aktiviti anda sehingga yakin bahawa penyakit anda sudah terkawal. Sesetengah negeri juga mungkin mempunyai undang-undang mengenai berapa lama individu harus pulih daripada masalah sawan sebelum dibenarkan memandu di jalan raya semula.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/petit-mal-seizure/symptoms-causes/syc-20359683

https://www.healthline.com/health/epilepsy/absence-petit-mal-seizures

https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/epilepsy/absence-seizures

error: Content is protected !!