Now Reading
Shopee dan 7 Faktor Kejayaannya Sebagai Platform E-Dagang

Shopee dan 7 Faktor Kejayaannya Sebagai Platform E-Dagang

shopee

”Shopee!”. Anda pasti pernah mendengar bunyi notifikasi daripada aplikasi Shopee ini di telefon pintar anda. Bahkan, anda pasti dapat membayangkan seperti sedang mendengarnya dengan suara yang sama seperti di dalam notifikasi telefon pintar anda, kan?

Shopee Pte Ltd adalah syarikat teknologi multinasional dari Singapura yang fokus utamanya adalah pada e-commerce. Shopee pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2015, dan kemudian memperluaskan jangkauan perkhidmatannya ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam, Filipina, Brazil, Mexico, Chile, dan jugaColombia.

Shopee kini mempunyai pengguna yang sangat ramai dan aktif di negara-negara di Asia Tenggara dan Timur, serta beberapa negara di Amerika Latin, seperti Brazil dan Mexico, yang ingin membeli dan menjual barang mereka secara atas talian.

Platform jual beli atas talian yang berasaskan aplikasi ini telahpun melancarkan laman web mereka yang tersendiri agar dapat bersaing dengan laman web e-dagang lain di rantau ini seperti Lazada, Tokopedia dan AliExpress.

Untuk membezakan mereka dengan platform-platform lain, Shopee menawarkan keselamatan membeli-belah dalam talian melalui perkhidmatan mereka sendiri yang disebut sebagai “Shopee Guarantee” di mana ia menahan pembayaran kepada penjual sehingga pembeli menerima pesanan mereka.

Shopee bukan saja terkenal di Malaysia, malah, ia juga menjadi pilihan penduduk-penduduk di Asia Tenggara sebagai platform beli belah atas talian yang mereka percayai dan selesa untuk berjual beli.

SHOPEE LANCAR 'KEMPEN RAYA BERSAMA SHOPEE', PERKENAL CIRI TAMBAHAN BARU  UNTUK SHOPEEPAY

7 Faktor Kejayaan Shopee Sebagai Platform E-Dagang

Sebagai sebuah platform e-dagang yang terkemuka, ada beberapa faktor yang membolehkan shopee mencapai kejayaan pada tahap yang mereka miliki sekarang.

1. Menangani masalah kos penghantaran yang mahal

Kos penghantaran adalah sesuatu yang menyakitkan jika kita fikirkan, belum lagi proses penghantaran yang rumit dan lambat. Sekiranya anda selalu berbelanja di Shopee dan juga beberapa platform e-dagang yang lain, anda pasti tahu beza antara kos penghantaran Shopee dan juga platform-platform lain.

Dengan berbelanja di Shopee, kos penghantarannya lebih murah dan berpatutan. Di samping itu, Shopee juga menawarkan kos penghantaran secara percuma kepada para penggunanya melalui Program Penghantaran Percuma Shopee X Poslaju dan Program Penghantaran Percuma Shopee X J&T.

Melalui program ini, peniaga-peniaga yang menggunakan platform Shopee boleh menghantar barang ke seluruh Malaysia untuk barang dengan berat sehingga 5kg dengan percuma dan tanpa cas. Pembeli juga boleh menebus Voucher Penghantaran Percuma yang diberikan setiap bulan melalui aplikasi Shopee.

Selain itu, Shopee turut menanda setiap item dengan nombor penjejakan agar penggunanya mudah untuk menjejak barang yang dibeli dan dihantar. Yang anda perlu lakukan hanyalah tunggu dan tak perlu risau akan keselamatan barang anda.

Sudahlah kos penghantaran percuma, barang pula selamat dihantar sehingga ke depan pintu rumah anda! Apa lagi yang boleh anda minta selain itu kan? Tiada! Kerana itulah yang setiap pembeli inginkan.

2. Shopee sentiasa menawarkan jualan diskaun

Sekarang, cuba anda beritahu, siapa yang tidak suka penurunan harga? Psikologi potongan harga adalah salah satu strategi yang digunakan oleh banyak perniagaan dan terbukti cukup berkesan.

Ini disebabkan oleh fakta bahawa diskaun yang diberikan adalah sah hanya pada masa yang tertentu. Ini membangkitkan rasa mendesak pada pengguna untuk mendapatkan produk tersebut. Atau istilah yang lebih sesuai pada masa kini adalah FOMO – takut untuk kehilangan.

Memanfaatkan model perniagaan diskaun ini adalah perkara yang paling memotivasikan pengguna untuk berjaga hingga tengah malam atau memeriksa telefon mereka pada waktu yang ditentukan untuk diberitahu mengenai jualan potongan harga dan baucar terbaru.

Terutama dalam tempoh kempen yang besar seperti penjualan 6.6, 7.7 atau 11.1, 12.12, baucar boleh diambil pada jam 8 pagi, 10 pagi, 12 malam, 2 petang dan lain-lain. Sebenarnya, inilah antara faktor besar yang menyebabkan pertumbuhan pendapatan Shopee lebih dari 100% pada Q1.

3. Shopee berjaya tangani isu kepercayaan pembeli

Ada kalanya kita memesan sesuatu dan dengan cemas menunggu barang tersebut untuk sampai, tapi akhirnya bila barang tersebut sampai ia kelihatan berbeza dari yang diiklankan. Atau, anda membuat pesanan daripada penjual yang belum mempunyai pembeli dan tidak mempunyai ulasan dari pembeli, dan anda takut ia tidak akan sampai sama sekali.

Untuk melindungi anda dari perkara ini, Shopee telah melancarkan dasar Shopee Guarantee di mana mereka tidak akan melepaskan bayaran kepada penjual sebelum anda sendiri berbuat demikian.

Ciri ini merangkumi empat perkara penting iaitu:

  • proses pembayaran yangselamat
  • penghantaran yang sah
  • Shopee Guarantee
  • permintaan pembayaran balik atau refund

Untuk memastikan bahawa pembeli dilindungi dari perasaan tertipu dan bahawa mereka membeli barang dengan nilai wang yang berbaloi, ciri Shopee Guarantee diwujudkan untuk berfungsi sebagaijaringan keselamatan bagi pembeli.

4. Shopee sentiasa menghargai pelanggan

Anda mungkin tertanya-tanya, apa itu obsesi pelanggan? Ini pada asasnya bermaksud menambah nilai pengalaman pelanggan anda. Daripada hanya memfokuskan platform mereka untuk memperoleh pelanggan baru, Shopee bertekad untuk memupuk asas pengguna yang setia.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2015, Shopee telah beralih dari menjadi pelanggan-ke-pelanggan (C2C) ke platform perniagaan-ke-pengguna (B2C) dan ini menyebabkan perniagaan mereka berkembang dengan sangat pesat.

Peralihan ini membolehkan mereka menyesuaikan proses perniagaan mereka dengan pilihan pelanggan. Terdapat banyak sebab mengapa ramai orang di luar sana menyukai Shopee. Ini kerana, Shopee menyediakan teknologi aplikasi yang sangat mesra pengguna dan mempunyai pelbagai pilihan produk demi menghargai pelanggan mereka dengan cara memberikan yang terbaik.

5. Melantik selebriti sebagai duta

Masyarakat di seluruh negara termasuk di Malaysia paling mudah terpengaruh dengan artis dan juga selebriti. Jadi, apa yang Shopee lakukan? Shopee melantik selebriti terkenal dunia sebagai duta mereka!

Pada tahun 2018, Shopee telah melantik Blackpink sebagai duta jenama serantau pertama, sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan YG Group. Bambam dari Got7 juga dilantik sebagai duta jenama di Thailand pada bulan Oktober tahun yang sama.

Pada tahun 2019 pula, Shopee menjalin kerjasama dengan ikon bola sepak global Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama serantau. Kerjasama itu diumumkan sejajar dengan acara membeli-belah tahunan Shopee, 9.9 Super Shopping Day.

Manakala pada bulan Ogos 2020, Phua Chu Kang, pelakon sitkom Singapura yang dimainkan oleh Gurmit Singh diumumkan sebagai duta Shopee dan ditandatangani sebagai duta jenama Singapura yang pertama di Shopee. Shopee kemudian melantik Mark Lee sebagai duta besar Shopee pada Mei 2021.

Pada bulan Jun 2021, BtoB dipilih sebagai duta rasmi untuk Shopee’s K-Collection, sebuah pameran jenama Korea di mana 50 perusahaan kecil dan sederhana domestik mengambil bahagian melalui Shopee’s Live Shopee Singapura, Shopee Malaysia, Shopee Filipina, dan Shopee Vietnam. Kumpulan ini memperkenalkan produk secara langsung melalui ‘Shopee’s Live’ dan mengadakan perjumpaan peminat dalam talian secara eksklusif.

6. Aplikasi Shopee mudah untuk digunakan dan mesra pengguna

Aplikasi Shopee memang sudah diketahui umum sangat mudah untuk digunakan. Ini juga menjadi faktor besar kejayaan Shopee sebagai platform e-dagang yang berjaya.

Aplikasi yang dibangunkan mempunyai antaramuka pengguna yang sangat mudah untuk anda guna. Buka sahaja Shopee, anda akan terus dapat melihat kategori-kategori jenis barang yang ditawarkan di dalam platform ini.

Bukan itu sahaja, pada bahagian profil pula, anda dengan mudahnya dapat melihat status barangan yang anda pesan dan menjejak keberadaan barang tersebut. Inilah perkara yang paling disukai oleh para pembeli atas talian, iaitu aplikasi yang mudah untuk digunakan.

7. Memperkenalkan ShopeePay sebagai sistem pembayaran

ShopeePay adalah ciri yang membolehkan anda untuk menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda yang kemudian dapat digunakan untuk membayar pesanan barang yang anda beli.

Kelebihan ShopeePay ini adalah ia bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian, malah anda juga boleh menggunakan wang yang anda simpan di dalam ShopeePay secara luar talian, iaitu di kedai-kedai yang tertentu.

Bukan hanya itu, ShopeePay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lancar serta pelbagai potongan dan promosi boleh anda dapati ketika anda berbelanja menggunakan ShopeePay.

Kesimpulannya, kejayaan Shopee sebagai platform e-dagang yang terbesar di Malaysia dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Shopee berjaya menewaskan pesaingnya dalam platform yang sama kerana kepandaian mereka dalam mengatur strategi pemasaran dan jual beli di platform mereka sendiri. Jadi, apa tunggu lagi. Jom membeli-belah di Shopee sekarang juga!

Sumber:

https://blog.boxme.asia/3-key-factors-to-answer-why-shopee-is-successful/

https://iconcept.com.my/ecommerce-in-malaysia-how-shopee-is-topping-ecommerce-charts/

https://en.wikipedia.org/wiki/Shopee

https://help.shopee.com.my/my/s/article/What-is-Shopee-Pay#:~:text=ShopeePay%20is%20a%20feature%20that,when%20you%20shop%20using%20ShopeePay.

error: Content is protected !!