Now Reading
Siapa Gerangan Ainul Mardhiah

Siapa Gerangan Ainul Mardhiah

ainul mardiah

Ainul Mardhiah membawa maksud mata yang diredai (maksudnya setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhaan di hati). Beliau adalah ketua bidadari di syurga dan jugak merupakan pembakar semagat setiap mujahid yang berjihad dalam menegakkan agama Islam.

Mujahid sanggup berkorban sebagai syuhadah untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah kerana dia adalah bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari yang berada di syurga.


Ainul Mardhiah ini mempunyai kecantikan yang berganda-ganda cantik yang tidak pernah dilihat dunia. Beliau merupakan bidadari yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk umatNya yang berjihad / berdakwah untuk agama Islam.

Diceritakan dalam Hadis Nabi riwayat Tirmidzi. Setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.

ainul mardiah

Ketika pagi hari di bulan Ramadan, Nabi Muhammad SAW sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam.

Baginda SAW pun bersabda;“Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana Allah SWT, maka Allah SWT akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah iaitu bidadari paling cantik di surga”.


Salah seorang sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi teruja. Namun, kerana malu kepada Baginda dan sahabat-sahabat lain, beliau tidak jadi bertanya lebih mengenai Ainul Mardhiah pada masa itu.


Pada Waktu Zuhur sebentar lagi, seusai sunnah Rasulullah SAW, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun pemuda itu terlelap dan bermimpi. Beliau bermimpi berada di suatu tempat yang sangat indah yang belum pernah beliau kunjungi. Lalu beliau pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik dan belum pernah beliau lihat.


Beliau pun bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada, lalu wanita itu berkata yang dia berada di Syurga. Kemudian sahabat ini bertanya lagi kepada wanita tersebut ddakah wanita itu adalah Ainul Mardhiah.
Tetapi wanita itu berkata yang dia bukan Ainul Mardhiah. Jika pemuda itu ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, pemuda itu boleh pergi ke bawah pohon yang rendang kerana Ainul Mardhiah sedang beristirehat di situ.


Kemudian beliau bertemu dengan seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali ganda daripada yang pertama beliau lihat lalu dia bertanya adakah wanita itu Ainul Mardhiah. Tetapi wanita itu menjawab yang dia bukan Ainul Mardhiah tetapi penjaganya dan jika pemuda itu ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah sila pergi ke singgasananya.


Lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan beliau sampai ke suatu mahligai. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat ganda cantik dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya adakah wanita yang dicarinya. Tetapi wanita itu menjawab yang dia bukan Ainul Mardhiah tetapi hanya penjaganya di mahligai itu. Wanita tu turut berkata Jika pemuda itu ingin menemui wanita yang dicarinya, pergi lah ke mahligai itu.


Pemuda itu pun begerak menuju ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat kali ganda cantik dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya. Adakah Wanita itu Ainul Mardhiah dan wanita itu menjawab ya dia adalah Ainul Mardhia. Lalu permuda itu pun mendekat Ainul Mardhiah tetapi Ainul Mardhiah menjauhi dan berkata yang pemuda itu bukan seorang yang mati syahid.

Ketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya dan beliau menceritakan mimpinya ini kepada seorang sahabat yang dipercayai dan meminta sahabatnya untuk merahasiakannya sehingga beliau mati syahid.


Komando jihad pun menggelora. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad supaya dapat bertemu dengan Ainul Mardhiah. Akhirnya beliau mati syahid. Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan pemuda tadi menceritakan mimpi sahabatnya yang mati syahid ini kepada Nabi SAW. Nabi SAW pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda, “Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah”.

Daripada al-Miqdam RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang mati syahid di sisi Allah SWT mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran), diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga, diselamatkan daripada azab kubur, diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur, diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya”. [Riwayat al-Tarmizi (1663)] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai sahih gharib]

Didalam Surah Ar-Rahman(55) juga ada menceritakan berkenaan bidadari iaitu ayat:

  • Ayat 58: Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
  • Ayat: 70: Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
  • Ayat 72: (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
  • Ayat 74: Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

Oleh itu, marilah kita berjihad atau berdakwah untuk agama Islam kerana amalan ini akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ia merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat RadiAllahu’anhuma ( moga Allah meredai mereka). Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda;

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Semoga penulisan ini mampu membangkitkan semangat perjuangan kita dalam membela agama. Antara jihad yang kita boleh laksanakan jihad menunaikan solat awal waktu, terutama solat subuh. Berjihad dalam mencari rezeki khususnya buat suami kepada keluarga. Juga jihad surirumah dalam mentaati perintah Allah dan menjaga ketaatan kepada suami. Menuntut ilmu juga sebuah jihad, jadi buat semua pelajar kuatkan semangat jihad belajar dalam suasana PdPR semoga mendapat pahala jihad. Wallahu’alam

SUMBER:

https://www.karteldakwah.com/kisah-sejarah-ainul-mardhiah-bidadari-syurga/

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/946-irsyad-al-hadith-siri-ke-167-status-hadith-orang-syahid-dikahwinkan-dengan-72-bidadari

https://tzkrh.com/tidak-akan-berganjak-kaki-anak-adam-selagi-tidak-ditanya-5-perkara/

https://myredgummibear.blogspot.com/2020/01/40-koleski-terbaik-sunset-hijab-girl.html

https://holidaysarthi.com/most-beautiful-places-in-the-world-natural-scenery/

error: Content is protected !!