Sijil Penyertaan ialah sekeping kenyataan rasmi yang menunjukkan penglibatan atau kejayaan seseorang dalam sesuatu aktiviti yang mereka sertai atau lakukan. Sijil ini merupakan sesuatu yang penting juga untuk individu mahupun institusi kerana ia amat diperlukan untuk melihat semula apa yang telah mereka sertai sebagai bukti lisan.
Dengan adanya Sijil Penghargaan ini, ia mampu memberi penyataan kemampuan serta kebolehan individu atau sesebuah organisasi dalam sesuatu perkara atau aktiviti.
Teknik Mail Merge ini dapat memudahkan pengguna Microsoft Word untuk membuat Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan atau apa-apa surat rasmi yang perlu diberi kepada lebih dari seorang peserta ataupun penerima surat. Jom kita mula.
1. Buka Microsoft Word anda.
2. Hasilkan satu Sijil Penghargaan atau Sijil Penyertaan mengikut kreativiti anda iaitu maklumat di dalam Sijil Penghargaan atau Sijil Penyertaan tersebut dan logo/gambar serta border anda. Sebagai contoh,
3. Selepas itu, langkah seterusnya barulah kita bermula menggunakan teknik “Mail Merge” untuk menukar nama, nombor kad pengenalan peserta dan juga ranking peserta dengan mudah tanpa perlu menghasilkan semula sijil yang sama yang hanya memakan masa.
– seperti gambar di atas, klik pada “Mailings”.
– kemudian, klik pada “Start Mail Merge”.
– Setelah and klik “Start Mail Merge” akan tertera “Step-by-Step Mail Merge Wizard” dan klik di situ.
– seterusnya ikut “Step-by-Step Mail Merge Wizard” yang tertera.
4. Setelah klik “Step-by-Step Mail Merge Wizard”, kotak Mail Merge: akan wujud di sudut sebelah kanan.
– Pada bahagian Select document type, kita kena pilih “Letters”.
– Selepas itu, klik “Next: Starting document”.
5. Setelah klik “Next: Starting document”, pilihan untuk Select starting document akan wujud di kotak Mail Merge.
– Pada bahagian Select starting document, kita kena pilih “Use the current document”
– Selepas itu, klik pada “Next: Select recipients”.
6. Setelah klik “Next: Select recipients:”, pilihan untuk Select recipients akan wujud di kotak Mail Merge.
– Pada bahagian Select recipients, kita pilih “Type a new list”.
– Seterusnya, kita kena klik “Create” yang wujud di bawah Type a new list seperti gambar di atas.
7. Selepas itu, satu kotak New Address List akan wujud seperti gambar di bawah.
-Pada bahagian bawah kotak tersebut, klik “Customize Columns”
8. Satu kotak Customize Address List akan diwujudkan seperti gambar di bawah.
– Dalam kotak Customize Address List ini, kita boleh delete recipient information yang kita tidak mahu dan juga tambah maklumat yang kita nak seperti nama, nombor kad pengenalan peserta serta ranking peserta seperti gambar di bawah.
– Selepas itu, klik “OK”
9. Selepas itu, kita boleh taip nama peserta, nombor kad pengenalan peserta serta ranking peserta seperti gambar di bawah.
– Selepas maklumat diisikan, klik “OK”
10. Selepas klik “OK”, satu kotak “Save Address List” akan dipaparkan.
– Kita boleh taip File name yang kita suka di petak tersebut, tapi yang paling penting ialah kena ada perkataan “.mdb” di belakang name file kamu orang seperti contoh di atas iaitu
“Sijil Penghargaan.mdb”.
– Langkah yang seterusnya ialah klik “OK”.
11. Selepas itu, satu kotak Mail Merge Recipients akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
– Kita boleh ubah lagi maklumat kita dengan klik nama file kamu orang yang telah buat tadi di bawah Data Source seperti “Sijil Penghargaan.mdb” pada gambar di atas dan klik “Edit”.
– Selepas selesai, klik “OK”
12. Seterusnya, kita boleh mendapati bahawa file yang telah save tadi ialah jenis Microsoft Access Database.
13. Selepas itu, kita lihat kembali pada kotak “Mail Merge” di sudut sebelah kanan, klik pada “Next: Write your letter” untuk langkah seterusnya.
14. Seterusnya, pada ruang Write your letter, kita hanya perlu klik pada “More items”.
15. Selepas itu, satu kota Insert Merge Field akan wujud.
16. Klik pada “Name” dan klik “Insert” di tempat yang kamu nak dan juga mengulangi langkah yang sama bagi nombor kad pengenalan peserta serta ranking peserta seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.
17. Seterusnya, klik “Next: Preview your letters”
18. Di bawah adalah gambar contoh yang menunjukkan nama peserta, nombor kad pengenalan peserta serta ranking peserta akan terhasil mengikut senarai nama yang kita inginkan.
19. Kita boleh tengok recipient yang seterusnya dengan klik button “play”.
20. Gambar di bawah menunjukkan recipient yang seterusnya yang bertukar dari segi namanya , nombor kad pengenalan dan juga ranking peserta tersebut.
21. Seterusnya, kita klik “Next: Complete the merge”
22. Akhir sekali, kita boleh print out Sijil Penghargaan atau Sijil Penyertaan kita ataupun kita boleh juga edit individual letters kita pada step yang ke-enam.
Akhirnya, anda telah pun ada bilangan sijil penyertaan mengikut senarai nama peserta yang anda kehendaki. Selamat mencuba dan harap anda dapat faham dan berjaya menghasilkan Sijil yang dimahukan dengan menggunakan teknik “Mail Merge”.
Sumber:
1) https://www.portalmalaysia.com/contoh-sijil-penghargaan/
2) https://www.saudagar2u.com/Blog/KENAPA-PENSIJILAN-PERLU-BAGI-SESEBUAH-ORGANISASI-PERNIAGAAN
3) http://mykait.blogspot.com/p/cara-menghasilkan-sijil-penghargaan.html