Now Reading
Similac Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Anak Anda

Similac Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Anak Anda

Susu adalah makanan yang amat penting dalam tumbesaran seorang bayi oleh itu ia menjadi keutamaan setiap ibu bapa untuk anak mereka mendapat yang terbaik terutama dalam pemakanan awal mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua bayi boleh minum satu jenis susu yang sama, semua bayi mempunyai keperluan susu yang berlainan mengikut kesesuaian badan mereka. Oleh itu, susu SIMILAC mempunyai pelbagai pilihan yang dapat menampung semua keperluan mereka dengan sewajarnya.

Similac lactose free

SIMILAC Lactose Free Rumusan Khas

RM65.30

Susu formula rumusan khas tanpa laktosa ini adalah untuk bayi yang tidak boleh minum susu biasa yang mempunyai laktosa. Susu formula rumusan khas ini mengandungi DHA, Lutein, Vitamin E, AA dan Nukleotida. Nukleotida berfungsi untuk menguatkan sistem imun bayi dan perkembangan organ pencernaan bayi anda. Susu formula rumusan khas ini dibungkus dalam tin dan beratnya ialah 850gm.

enfalac lactose free

Enfalac LactoFree

RM134.47

Susu formula ramuan khas ini adalah dirumuskan tanpa laktosa untuk bayi yang tidak toleran laktosa. Ia dirumuskan berasaskan protein susu lembu. Susu ini mengandungi 17mg DHA dan 34mg ARA yang menyumbangkan kepada perkembangan visual anak anda. Susu formula rumusan khas ini dibungkus dalam tin dan beratnya ialah 900gm. Susu ini sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berumut 0 hingga 12 bulan.

similac total comfot

SIMILAC Total Comfort

RM118.70

Susu formula rumusan khas hipoalergenik ini dengan 2′-FL diformulasikan untuk menyokong perut sensitif dengan memberikan kelegaan. Susu ini terdiri daripada protein whey yang dipra-cerna untuk lebih mudah dicerna daripada susu lembu biasa. Protein yang dicerna sebelum ini juga terbukti secara saintifik dapat menyelesaikan masalah penyusuan yang biasa. Susu ini adalah 98% tanpa laktosa kerana perut yang sensitif juga disebabkan oleh intoleransi laktosa dan juga dapat membantu mengurangkan kekurangan selesa perut.

enfalac gentleease

Enfalac Gentlease

RM229.00

Susu formula rumusan khas ini diformulasikan untuk bayi yang mengalami gejala ketidakselesaan dalam sistem pencernaan mereka. Ia mengandungi protein hidrolisis separa, DHA, ARA yang boleh menyumbang kepada perkembangan visual bayi. Protein hidrolisis separa mudah dicerna berasal dari Teknologi PHP (Protein Hydrolyzation Process, dimana protein dipecah untuk menjadi lebih kecil maka senang untuk pencernaan oleh si kecil. Susu ini dibungkus di dalam tin dan beratnya ialah 1.7kg. Susu formula ini sesuai untuk diminum oleh bayi yang berumur 0-12 bulan.

similac neosure

SIMILAC Neosure

RM72.00

Susu formula rumusan khas ini ialah formula yang diperkaya dengan nutrien untuk bayi yang dilahirkan pramatang, dan membantu menyokong perkembangannya. Susu ini membantu dalam peningkatan protein, tenaga, vitamin, dan mineral berbanding susu formula bayi yang biasa. Ia mempunyai kalori tambahan untuk pertumbuhan bayi pramatang. Kalsium dan fosforus juga untuk tulang bayi yang sedang tumbuh. Susu ini dibungkus di dalam tin dan beratnya adalah 850gm.

Enfalac Premature

Enfalac Premature

RM44.55

Susu formula rumusan khas ini adalah khusus untuk bayi yang dilahirkan secara pramatang. Susu ini tinggi dalam protein, zat besi, minyak MCT, kalsium,vitamin D yang penting untuk tumbesaran si kecil anda. Susu formula ini juga mengandungi 17mg DHA dan 34mg ARA yang menyumbang kepada perkembangan otak dan penglihatan bayi anda. Ia dibungkus di dalam tin dan beratnya ialah 400gm.

Similac 1

SIMILAC 1

RM135.10

Susu formula bayi ini megandungi DHA, Lutein untuk perlindungan mata, vitamin E untuk melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan, adunan minyak sayuran, protein & zink yang sangat penting untuk pertumbuhan si kecil, kalsium dalam membantu pengembangan tulang dan gigi yang kuat si kecil, vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus dan FOS sejenis serat. Susu ini dibungkus dalam kotak dan beratnya ialah 600gm.

enfalac step 1

Enfalac Step 1

RM75.90

Susu formula ini dirumuskan untuk bayi dari 0 hingga 12 bulan. Susu ini mengandungi 17mg DHA dan 34mg ARA yang bagus untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi anda. Ia juga mengandungi kolina yang penting untuk sistem saraf badan dan fungsi otak serta pertumbuhan sel. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan banyak ini dengan sendirinya. ia juga mengandungi serat PDX dan GOS. Susu ini dibungkus dalam kotak dan beratnya adalah 600gm.

similac mom

SIMILAC Mom

RM31.90

Susu ini adalah makanan tambahan untuk ibu mengandung yang mempunyai rendah lemak untuk ibu hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ia diformulasikan dengan Sistem Pemakanan Eye-Q®, Vitamin E asli dan lutein untuk mencegah pengoksidaan DHA, yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak anda sebelum kelahiran. Susu ini dibungkus di dalam tin dan beratnya ialah 900gm

enfamama

Enfamama A+

RM61.50

Susu ini diformulasikan secara saintifik untuk menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ia mengandungi campuran nutrien yang unik iaitu 100mg DHA, dimana susu ini diformulasikan secara saintifik untuk membantu memenuhi pengambilan DHA harian yang disyorkan oleh pakar untuk ibu mengandung. Susu formula ini mengandungi asid folik yang tinggi kerana ia sangat penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel bayi. Ia juga mengandungi kolin yang tinggi, kalsium,
Vitamin D, zat besi dan inulin. Susu ini mempunyai dua perisa, vanilla dan coklat.

error: Content is protected !!