Simptom buasir bayi agak janggal didengari kerana biasanya berlaku di kalangan individu dewasa yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif. Selain itu mempunyai tabiat buruk dan kerap mengangkat barang melebihi kemampuan mereka sahaja. Malangnya, persepsi ini sudah boleh diubah kerana golongan kanak-kanak pun boleh menghidap buasir, terutamanya bayi baru lahir.
Punca simptom buasir bayi baru lahir
- Kekurangan urat. Punca utama buasir dalam kalangan bayi baru lahir adalah masalah kekurangan urat. Bayi yang mengalami buasir biasanya mempunyai urat kembang di kawasan pelvik yang boleh menyebabkan buasir setelah 2 hingga 5 hari dilahirkan.
- Keturunan. Selain itu, salah satu punca simtom buasir bayi yang baru lahir adalah keturunan.
Simptom buasir bayi baru lahir
Simptom buasir bayi yang utama muncul ketika 2 hingga 5 hari selepas dilahirkan. Biasanya, masalah ini muncul diikuti pendarahan yang berpanjangan. Jadi, perlu diingatkan bahawa jenis pendarahan ini boleh berlaku secara luaran dan dalaman. Masalah sembelit juga boleh mencetus pendarahan pada buasir dalam kalangan bayi. Ia berlaku sekiranya terdapat ketidakseimbangan mikroflora dalam usus.
Simptom lain yang membimbangkan adalah ketika bayi menangis. Bayi yang menangis tanpa henti boleh meningkatkan tekanan kepada abdomen dalamannya.
Hakikatnya, buasir dalam golongan ini mudah sembuh melalui rehat walaupun tanpa sebarang rawatan.
Rawatan simptom buasir bayi
Matlamat utama rawatan adalah untuk menghapuskan punca-punca sembelit pada anak anda. Antaranya termasuklah rawatan konservatif seperti diet khusus, penjagaan kebersihan yang betul, mandian terapeutik, minyak tertentu, enema dan suppositori untuk buasir. Patologi ini mudah dirawat dalam kalangan bayi yang baru lahir. Sekiranya anda menjaga bayi anda dan mencegahnya daripada mengalami sembelit, simptom buasir bayi akan berhenti berkembang.
Sebelum rawatan dijalankan, ianya adalah dinasihatkan agar anak anda didiagnosis secara tepat untuk menentukan kehadiran atau ketiadaan buasir serta untuk menolak kebarangkalian penyakit lain seperti penyakit polip. Anda juga perlu memberi perhatian kepada kebersihan anak anda. Seeloknya, mandikan anak anda sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan larutan ‘potassium permanganate’ yang lemah untuk mencegah penularan sebarang jangkitan.
Sekiranya anak anda mengalami kesakitan yang teruk, ubat sapu (salap dan krim) seperti ‘Vishnevsky’ boleh membantu melegakan keradangan, membantu menghapuskan mikroorganisma dan mempercepat proses penyembuhan anak anda. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin boleh mengesyorkan ubat-ubatan seperti ‘suppositori gliserin’ dan lain-lain kepada anak anda.
https://www.healthline.com/health/baby-hemorrhoids
Sumber:
https://parenting.firstcry.com/articles/piles-hemorrhoids-in-children-causes-symptoms-and-treatment/
https://www.momjunction.com/articles/hemorrhoids-in-babies_00478588/