Sindrom kaki resah (RLS – Restless Leg Syndrome) adalah penyakit saraf yang mengakibatkan keinginan untuk menggerakkan kaki. Ia biasanya sejenis gangguan tidur.
Jenis Sindrom Kaki Resah
Terdapat dua jenis utama RLS:
RLS utama atau idiopatik
Idiopatik bermakna penyebabnya tidak diketahui.
Ia adalah jenis yang paling biasa terjadi dan mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bermula sebelum umur 40 tahun.
- Boleh bermula seawal zaman kanak-kanak.
- Ia mungkin terjadi atas sebab genetik.
- Apabila RLS utama bermula, ia cenderung berlaku selama seumur hidup.
Simptom penyakit saraf ini mungkin muncul dengan sedikit atau secara beransur-ansur menjadi lebih parah dan lebih lazim dari masa ke semasa.
Dalam kes ringan, pesakit mungkin tidak mempunyai simptom dalam masa yang lama
RLS sekunder
Penyakit RLS sekunder berpunca dari penyakit atau keadaan lain.
RLS sekunder biasanya bermula selepas umur 45 tahun dan ia bukan disebabkan oleh keturunan. Jenis RLS ini berbeza dan ia:
- Berlaku secara tiba-tiba.
- Simptom penyakit saraf ini selalunya tidak akan bertambah teruk mengikut masa.
- Atau simptom mungkin lebih teruk.
Simptom Sindrom Kaki Resah
Sekiranya anda mempunyai sindrom kaki resah anda akan berasa sensasi yang tidak selesa di kaki anda (dan kadang-kadang pada lengan atau bahagian badan yang lain) dan mempunyai keinginan yang tidak dapat dihentikan untuk menggerakkan kaki anda bagi melegakan sensasi. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak selesa, seperti gatal, rasa menyucuk seperti pin dan jarum, atau terdapat haiwan yang menjalar pada bahagian tersebut. Sensasi biasanya menjadi lebih teruk waktu badan anda berehat, terutamanya ketika berbaring atau duduk.
Tahap simptom RLS boleh dikategorikan dari ringan hingga parah yang tidak dapat ditahan. Simptom boleh datang dan pergi dan keparahan juga boleh berbeza-beza. Simptom biasanya lebih teruk pada waktu petang dan pada waktu malam. Bagi sesetengah individu, simptom boleh menyebabkan gangguan tidur malam yang teruk, dan boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka.
Punca Sindrom Kaki Resah
Selalunya, tiada punca yang diketahui bagi RLS. Penyelidik mengesyaki keadaan ini mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia dopamin dalam otak, yang berfungsi menghantar mesej untuk mengawal pergerakan otot.
Diagnosis Sindrom Kaki Resah
Doktor akan mengambil sejarah perubatan anda dan meminta penjelasan mengenai simptom anda. Diagnosis RLS dilakukan berdasarkan pada kriteria berikut, yang ditubuhkan oleh Kumpulan Kajian Sindrom Kaki Berganda Antarabangsa dan Klasifikasi Antarabangsa Gangguan Tidur:
- Anda mempunyai keinginan yang kuat untuk menggerakkan kaki anda, biasanya disertai dengan sensasi yang tidak selesa yang biasanya digambarkan sebagai seperti terdapat sesuatu yang merangkak, menjalar atau menarik di kaki anda.
- Simptom anda bermula atau menjadi lebih teruk sewaktu anda sedang berehat, seperti duduk atau berbaring.
- Simptom anda boleh dilegakan oleh aktiviti seperti berjalan atau regangan.
- Simptom anda lebih teruk pada waktu malam.
- Simptom yang dialami tidak boleh dijelaskan oleh keadaan perubatan atau tingkah laku yang lain.
Doktor anda boleh menjalankan ujian fizikal dan neurologi. Ujian darah, terutamanya untuk kekurangan zat besi, boleh juga dibuat untuk menolak kemungkinan penyebab lain bagi simptom anda.
Faktor risiko Sindrom Kaki Resah
RLS boleh berlaku pada sebarang peringkat umur, termasuklah pada zaman kanak-kanak. Namun, gangguan ini lebih biasa terjadi dengan peningkatan umur dan lebih biasa berlaku pada wanita berbanding lelaki.
Sindrom kaki resah selalunya tidak berkaitan dengan masalah perubatan yang serius. Walau bagaimanapun, kadang-kadang RLS menyebabkan penyakit lain seperti:
- Neuropati periferal. Kerosakan saraf di tangan dan kaki anda mungkin disebabkan oleh penyakit kronik seperti diabetes dan alkohol.
- Kekurangan zat besi. Walaupun anda tidak mengalami anemia, kekurangan zat besi boleh menyebabkan atau menjejaskan RLS. Sekiranya anda mengalami sejarah pendarahan dari perut atau usus anda, mengalami tempoh haid yang panjang dan berat, atau berulang kali menderma darah, anda mungkin mengalami kekurangan zat besi.
- Kegagalan buah pinggang. Sekiranya anda mengalami kegagalan buah pinggang, anda juga mungkin mengalami kekurangan zat besi, selalunya disertai dengan anemia. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, zat besi yang terkumpul di dalam darah anda boleh berkurang. Keadaan ini dan perubahan lain dalam kimia badan boleh menyebabkan atau memburukkan lagi RLS.
- Kondisi saraf tunjang. Luka di saraf tunjang dikaitkan dengan RLS. Setelah dikenakan anestesia ke saraf tunjang, seperti blok tulang belakang, ia juga meningkatkan risiko menghidapi RLS.
Rawatan Sindrom Kaki Resah
Sekiranya anda tidak dapat menguruskan simptom RLS dengan sendiri , anda mungkin diberi ubat:
Ubat
Ubat yang diberikan bergantung pada individu. Antara ubat-ubatan yang diberikan adalah:
- Zat Besi: Suplemen dengan zat besi boleh membantu pesakit yang mempunyai tahap zat besi yang rendah. Ia dapat membantu memperbaiki simptom pesakit. Makanan tambahan zat besi juga disediakan untuk dibeli dalam talian (online) atau di farmasi.
- Alpha 2 agonists:Â Ia boleh membantu dalam kes-kes utama RLS, tetapi ia tidak akan memberi kesan terhadap pergerakan anggota badan secara berkala semasa tidur.
- Ubat Tahan Sakit:Â Ibuprofen, sejenis ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), boleh membantu melegakan simptom ringan. Ibuprofen boleh didapati untuk pembelian di farmasi atau dalam talian.
- Anticonvulsants: Ia merawat kesakitan, kekejangan otot, neuropati, dan simptom di siang hari. Neurontin, atau gabapentin, adalah antara anticonvulsant yang terkenal.
- Benzodiazepines: Ubat penenang yang membantu pesakit dengan simptom yang ringan dan berterusan  untuk tidur.. Contohnya, Restoril, atau temazepam, Xanax, atau alprazolam, dan Klonopin, atau clonazepam.
- Ejen dopaminergik:Â Ubat ini meningkatkan tahap dopamin, sejenis neurotransmitter di dalam otak. Ia boleh merawat sensasi kaki yang tidak menyenangkan yang dikaitkan dengan RLS. Levodopa dan carbidopa adalah agen dopaminergik biasa digunakan.
- Agonis dopamin: Jenis ini juga meningkatkan tahap dopamin otak dan merawat sensasi kaki yang tidak menyenangkan. Namun begitu, ia  boleh menyebabkan kesan buruk pada pesakit yang lebih tua.
- Opiates: Merawat kesakitan dan boleh melegakan simptom RLS. Doktor boleh memberikan ubat ini jika ubat lain gagal melegakan simptom. Codeine dan propoxyphene adalah opiat mengandungi dos yang rendah, manakala oxycodone hydrochloride, metadon hydrochloride, dan tartrate levorphanol adalah opiat yang mengandungi dos yang tinggi.
Sumber:
https://www.healthline.com/health/restless-leg-syndrome
https://www.nhs.uk/conditions/restless-legs-syndrome/
https://www.webmd.com/brain/restless-legs-syndrome/restless-legs-syndrome-rls
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/restless-legs-syndrome/symptoms-causes/syc-20377168