Sindrom kematian bayi mengejut sering berlaku sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala tanpa sebarang punca yang boleh dikenalpasti.
Sudah menjadi lumrah bagi ibu bapa baru untuk melakukan segala yang termampu bagi memastikan bayi mereka sentiasa sihat. Namun kadangkala, bayi yang kelihatan sihat meninggal dunia tanpa alasan yang jelas.
Apabila perkara ini berlaku kepada bayi di bawah umur 1 tahun, doktor merujuknya sebagai sindrom kematian bayi mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Ia sering berlaku sewaktu bayi sedang tidur dan anda mungkin juga mendengarnya dipanggil sebagai kematian kot (katil khas bayi).
Oleh disebabkan kejadian ini sukar diramal, ia membuatkan SIDS menjadi punca kematian utama dalam kalangan bayi di bawah umur 12 bulan. Terdapat kira-kira 1,600 bayi mati akibat SIDS setiap tahun.
Punca Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Pihak doktor juga tidak pasti akan punca sebenarnya, namun mereka mempunyai beberapa idea.
Sesetengah bayi mempunyai gen tertentu atau perubahan gen yang menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada SIDS.
Manakala, bayi yang lain dilahirkan dengan masalah di bahagian otak yang mengawal pernafasan, denyutan jantung, tekanan darah, suhu dan terbangun dari tidur.
Pada masa ini, masih tidak ada cara untuk menguji isu-isu ini. Tetapi para penyelidik mendapati beberapa faktor gabungan yang dapat meningkatkan risiko SIDS:
• Masalah kesihatan tersembunyi, seperti kecacatan otak
• Berada dalam 6 bulan pertama kehidupan
• Tekanan akibat sesuatu seperti kedudukan tidur yang buruk, terhidu asap atau jangkitan pernafasan
Diagnosis Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Sesetengah keadaan yang sering tidak didiagnosis dan boleh dikelirukan sebagai SIDS termasuklah:
• Kekurangan rantaian sederhana acyl-coenzyme A dehidrogenase (kekurangan MCAD)
• Botulisme bayi
• Sindrom QT panjang (long QT syndrome) – menyumbang kurang daripada 2% kes
• Jangkitan bakteria Helicobacter pylori
• Sindrom Goncangan Bayi dan bentuk-bentuk lain penderaan kanak-kanak
• Kanak-kanak lemas semasa penjaga sedang tidur
Sebagai contoh, bayi yang mengalami kekurangan MCAD boleh meninggal dunia akibat “SIDS klasik” jika terbalut dan kepala tertutup di dalam bilik yang terlalu panas di mana ibu bapa merokok.
Walau bagaimanapun, gen yang menunjukkan kecenderungan bagi MCAD dan Sindrom Long QT tidak melindungi bayi daripada mati akibat SIDS klasik.
Oleh itu, kehadiran gen seperti MCAD bermaksud bayi mungkin meninggal dunia sama ada akibat SIDS atau kekurangan MCAD. Pada masa ini agak sukar bagi ahli patologi untuk membezakan kaiatan kedua-duanya.
Satu kajian pada tahun 2010 telah menunjukkan sebanyak 554 autopsi bayi telah menyenaraikan SIDS sebagai punca kematian dan mencadangkan bahawa kebanyakan kematian ini mungkin disebabkan oleh sesak nafas.
Kajian yang sama mendapati 69% daripada keseluruhan autopsi mencatatkan faktor risiko lain yang mungkin menyebabkan kematian.
Antaranya seperti, tempat tidur yang tidak selamat atau tidur bersama individu dewasa. Namun begitu, terdapat juga sesetengah kes yang dianggap SIDS adalah kes pembunuhan bayi.
Anggaran peratusan kematian SIDS yang sebenarnya merupakan pembunuhan bayi bervariasi dari kurang daripada 1% hingga 5% daripada kes SIDS.
Faktor Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Sindrom kematian bayi mengejut boleh meragut nyawa bayi, justeru itu para penyelidik telah mengenalpasti beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko SIDS kepada bayi. Ia termasuklah:
• Jantina. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung meninggal dunia akibat SIDS.
• Umur. Bayi berada di tahap paling lemah di antara bulan kedua dan keempat kehidupan.
• Bangsa. Atas sebab-sebab yang tidak difahami dengan jelas, bayi-bayi bukan berkulit putih lebih cenderung untuk mengembangkan SIDS.
• Sejarah keluarga. Bayi yang memiliki adik-beradik atau sepupu yang mati akibat SIDS berisiko tinggi meninggal dunia akibat SIDS.
• Terhidu asap. Bayi yang hidup dengan ibu bapa atau penjaga yang merokok mempunyai risiko SIDS yang lebih tinggi.
• Kelahiran pramatang. Jika dilahirkan lebih awal dan mempunyai berat yang kurang, ia meningkatkan peluang bayi anda untuk mendapat SIDS.
Rawatan Sindrom Kematian Bayi Mengejut
Tiada rawatan khas bagi sindrom kematian bayi mengejut atau SIDS. Tetapi terdapat cara untuk membantu bayi anda tidur dengan selamat.
- Untuk tahun pertama kehidupan, sentiasalah letakkan bayi anda di belakangnya sewaktu tidur.
- Gunakan tilam yang keras dan elakkan bantal dan selimut yang lembut.
- Keluarkan semua mainan dan anak patung daripada buaian dan cuba gunakan puting.
- Jangan tutup kepala bayi dan pastikan bayi anda tidak terlalu panas.
- Bayi anda boleh tidur di dalam bilik anda, namun bukan di atas katil anda.
- Penyusuan payudara untuk sekurang-kurangnya enam bulan dapat mengurangkan risiko SIDS.
- Suntikan vaksin untuk melindungi bayi anda dari penyakit juga boleh membantu mencegah SIDS.
Sumber:
- https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sudden-infant-death-syndrome/symptoms-causes/syc-20352800
- https://www.childrenshospital.org/conditions-and-treatments/conditions/s/sudden-infant-death-syndrome-sids/symptoms-and-causes
- https://www.webmd.com/parenting/sids-prevention
- https://medlineplus.gov/ency/article/001566.htm