Now Reading
Sindrom Keradangan Usus (Irritable bowel syndrome) – Punca, Simptom dan Rawatan

Sindrom Keradangan Usus (Irritable bowel syndrome) – Punca, Simptom dan Rawatan

Sindrom Usus Ranjau

Sindrom keradangan usus telah menjejaskan 25 hingga 45 juta rakyat Amerika. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan wanita. Selain itu, antara individu yang mempunyai risiko paling tinggi mendapatkan keadaan ini adalah individu pada usia lewat remaja hingga awal 40-an.

Seterusnya, masalah keradangan usus ini adalah campuran rasa tidak selesa atau kesakitan pada perut dan masalah dengan tabiat usus: sama ada berlaku lebih atau kurang daripada keadaan biasa (cirit-birit atau sembelit) atau juga kerana mempunyai jenis najis yang berbeza (nipis, keras atau lembut dan cair).

Penyakit ini tidak mengancam nyawa dan tidak membuatkan anda lebih mudah  mendapatkan masalah kolon yang lain seperti ‘ulcerative colitis’, penyakit Crohn atau kanser kolon. Namun begitu, sindrom keradangan usus boleh menjadi masalah yang berpanjangan dan boleh mengubah cara hidup anda. Individu dengan penyakit ini mungkin lebih sering tidak hadir ke tempat kerja atau sekolah. Mereka juga kurang mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti harian. Di samping itu, sesetengah individu juga mungkin perlu menukar keadaan kerja mereka: membuat kerja di rumah, mengubah waktu kerja atau bahkan tidak bekerja sama sekali.

 

Punca Sindrom Keradangan Usus

Faktor-faktor yang mungkin terlibat adalah seperti:

  • Diet.
  • Faktor persekitaran, seperti tekanan.
  • Faktor genetik.
  • Hormon.
  • Organ pencernaan yang terlalu sensitif terhadap rasa sakit.
  • Tindak balas yang luar biasa terhadap jangkitan.
  • Kerosakan pada otot yang digunakan untuk memindahkan makanan melalui badan.
  • Ketidakupayaan sistem saraf utama untuk mengawal sistem pencernaan dengan betul.
  • Keadaan mental dan emosi individu. Ini juga mungkin memberikan kesan. Individu yang mengalami pengalaman traumatik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah sindrom keradangan usus ini.
  • Perubahan hormon. Perubahan ini boleh membuat simptom menjadi lebih serius. Ia sering menjadi lebih serius pada wanita, contohnya sekitar waktu haid. Jangkitan seperti gastroenteritis boleh menyebabkan ‘Post-infectious Irritable Bowel Syndrome’.

 

Simptom Sindrom Keradangan Usus

Simptom yang paling biasa dialami oleh individu dengan masalah ini adalah:

  • Perubahan dalam tabiat usus.
  • Sakit perut dan kekejangan, yang berkurangan selepas pergi ke tandas.
  • Merasakan bahawa usus tidak dikosongkan sepenuhnya selepas menggunakan tandas.
  • Angin yang berlebihan.
  • Lendir yang keluar dari bahagian belakang, atau rektum.
  • Keperluan menggunakan tandas dengan segera.
  • Bengkak atau kembung perut.

Gejala ini sering menjadi lebih serius selepas makan. Keradangan ini juga mungkin berlarutan dari 2 hingga 4 hari, dan simptom ini kemudiannya boleh menjadi semakin pulih atau hilang sepenuhnya.

Tanda-tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap individu. Ia juga sering menyerupai penyakit dan keadaan lain serta boleh menjejaskan bahagian tubuh lain.

Ini termasuklah:

  • Kencing yang kerap.
  • Halitosis, atau nafas berbau.
  • Sakit kepala.
  • Sakit sendi atau otot.
  • Keletihan yang berterusan.
  • Kesakitan melakukan hubungan seks (untuk wanita) atau disfungsi seksual.
  • Haid yang tidak teratur.

 

Diagnosis Sindrom Keradangan Usus

Tiada ujian boleh dibuat untuk mendiagnosis sindrom keradangan usus ini secara tepat. Doktor anda mungkin bermula dengan sejarah perubatan lengkap, ujian fizikal dan pemeriksaan lain bagi menolak sebarang kemungkinan lain yang boleh menjadi punca kepada masalah ini. Jika anda mempunyai masalah keradangan usus dengan keadaan cirit-birit, anda mungkin akan diuji untuk intoleransi gluten (penyakit seliak).

Selepas kemungkinan lain telah diketepikan, doktor anda akan menggunakan satu set kriteria diagnostik untuk sindrom keradangan usus seperti:

  • Kriteria Rom. Kriteria ini termasuklah kesakitan dan ketidakselesaan perut yang berlangsung sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu dengan tempoh selepas tiga bulan secara purata. Ia juga boleh dikaitkan dengan sekurang-kurangnya dua faktor ini: Kesakitan dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan pembuangan air, kekerapan pembuangan air dan konsistensi najis yang berubah.
  • Kriteria Manning. Kriteria ini menumpukan pada kesakitan yang lega selepas mengeluarkan najis dan mempunyai pergerakan usus yang tidak lawas, lendir dalam najis dan perubahan dalam konsistensi najis. Semakin banyak gejala yang anda miliki, semakin besar kemungkinan anda mendapatkan sindrom keradangan usus ini.
  • Jenis Sindrom Keradangan Usus. Bagi tujuan rawatan, sindrom keradangan usus boleh dibahagikan kepada tiga jenis, berdasarkan gejala anda: sembelit-dominan, cirit-birit-utama atau campuran kedua-duanya.

Doktor anda juga mungkin akan menilai sama ada anda mempunyai tanda atau simptom lain yang mungkin menjadi petanda bagi keadaan yang lebih serius. Tanda dan simptom ini termasuklah:

  • Permulaan tanda dan simptom selepas usia 50 tahun.
  • Pengurangan berat badan.
  • Pendarahan pada rektum.
  • Demam.
  • Mual atau muntah yang berulang.
  • Sakit perut, terutamanya jika ia tidak sepenuhnya dilegakan dengan pergerakan usus, atau berlaku pada waktu malam.
  • Cirit-birit yang berterusan atau yang membangkitkan anda dari tidur.
  • Anemia berkaitan dengan zat besi yang rendah dalam badan.

 

Faktor Risiko Sindrom Keradangan Usus

Ramai individu hanya sekali-sekala mengalami gejala masalah keradangan usus ini. Namun begitu, anda lebih cenderung mendapatkan sindrom penyakit ini jika anda:

  • Muda. Sindrom keradangan usus lebih kerap berlaku pada individu di bawah usia 50 tahun.
  • Perempuan. Di Amerika Syarikat, sindrom keradangan usus lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita. Terapi estrogen sebelum atau selepas menopaus juga merupakan faktor risiko untuk mendapatkan masalah ini.
  • Mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit sindrom keradangan usus. Gen mungkin memainkan peranan sebagai faktor perkongsian dalam persekitaran keluarga atau gabungan gen dan persekitaran.

 

  • Mempunyai masalah kesihatan mental. Kebimbangan, kemurungan dan masalah kesihatan mental lain dikaitkan dengan masalah keradangan usus. Sejarah penderaan seksual, fizikal atau emosi juga merupakan faktor risiko bagi sindrom ini.

 

Komplikasi Sindrom Keradangan Usus

Sembelit yang kronik atau cirit-birit boleh menyebabkan buasir.

Di samping itu, sindrom keradangan usus juga dikaitkan dengan:

  • Kualiti hidup yang susah. Ramai individu yang mempunyai sindrom ini pada tahap sederhana dan serius melaporkan bahawa mereka mempunyai kualiti hidup yang susah. Penyelidikan menunjukkan bahawa individu dengan sindrom keradangan usus tidak hadir ke kerja tiga kali lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengalami simptom masalah usus ini.
  • Gangguan perasaan. Mengalami tanda dan simptom sindrom ini boleh menyebabkan kemurungan atau kebimbangan. Masalah ini juga boleh membuatkan penyakit ini menjadi lebih serius.

 

Rawatan Sindrom Keradangan Usus

Memandangkan punca kepada masalah keradangan usus ini masih tidak diketahui, rawatan untuk masalah ini dibuat bagi melegakan simptom dan meningkatkan kualiti hidup.

Ini biasanya melibatkan beberapa perubahan diet dan gaya hidup, serta pembelajaran tentang bagaimana untuk menguruskan tekanan.

Langkah yang boleh membantu pesakit adalah seperti berikut:

  • Menghindari sorbitol, yang terdapat pada beberapa gula-gula getah, makanan diet dan manisan tanpa gula kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Makan lebih banyak makanan berasaskan oat untuk mengurangkan angin atau kembung perut.
  • Tidak melangkau waktu makan dan makan pada masa yang sama setiap hari.
  • Makan dengan perlahan.
  • Mengehadkan pengambilan minuman keras.
  • Mengelakkan minuman berkarbonat, seperti soda.
  • Mengehadkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu.
  • Mengehadkan pengambilan teh dan kopi kepada tiga cawan setiap hari.
  • Minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya lapan cawan air sehari untuk kebanyakan individu.
  • Mengelakkan atau mengehadkan pengambilan kanji resistan, yang biasanya didapati dalam makanan yang diproses atau diproses semula dan dalam beberapa jenis kekacang juga boleh membantu. Kanji resistan tidak dapat dipecahkan dalam saluran pencernaan dan dianggap sebagai komponen serat makanan.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/irritable-bowel-syndrome/symptoms-causes/syc-20360016#:~:text=Irritable%20bowel%20syndrome%20(IBS)%20is,need%20to%20manage%20long%20term.

https://www.healthline.com/health/irritable-bowel-syndrome

https://www.webmd.com/ibs/guide/irritable-bowel-syndrome-symptoms-types

https://www.medicalnewstoday.com/categories/irritable-bowel-syndrome

error: Content is protected !!