Now Reading
Sindrom Patah Hati (Broken Heart Syndrome) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Sindrom Patah Hati (Broken Heart Syndrome) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

sindrom patah hati

Sindrom Patah Hati adalah keadaan sementara pada jantung yang disebabkan oleh situasi terlalu tertekan dan emosi yang melampau.

Keadaan ini juga boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal yang serius atau pembedahan. Ia juga dipanggil sebagai Kardiomiopati Tekanan, Kardiomiopati Takotsubo atau Sindrom Belon Apikal.

Individu yang mengalami sindrom ini boleh mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan menganggap mereka mengalami serangan jantung.

Sindrom Patah Hati hanya memberi kesan kepada bahagian jantung dan mengganggu fungsi pengepaman jantung anda.

Namun, jantung masih berfungsi secara normal atau mungkin mempunyai kontraksi yang lebih kuat.

Simptom Sindrom Patah Hati

Simptom yang paling biasa adalah sakit dada dan sesak nafas. Anda mungkin mengganggap dir anda mengalami serangan jantung. Sekiranya anda rasa demikian, hubungi 911 segera.

Selain itu, anda juga mungkin mengalami:

  • Pening atau pengsan
  • Tekanan darah rendah
  • Loya
  • Detak jantung yang tidak teratur

Simptom biasanya bermula pada bila-bila masa sehingga beberapa jam selepas anda mengalami tekanan atau kejutan.

Punca Sindrom Patah Hati

Walaupun punca sindrom ini masih tidak diketahui, kajian telah menunjukkan bahawa ia terjadi apabila berlakunya pelepasan hormon tekanan secara tiba-tiba seperti norepinephrine, epinephrine dan dopamin, yang seterusnya “mengejutkan” jantung.

Kejutan jantung mencetuskan perubahan dalam sel-sel otot jantung dan saluran darah koronari. Kesan daripada hormon ini melemahkan ventrikel kiri, lalu mencegahnya daripada mengepam darah beroksigen yang sangat diperlukan ke seluruh badan.

Seramai 28.5 peratus individu tidak mempunyai sebab yang jelas, namun sindrom ini biasanya dicetuskan oleh peristiwa yang tidak diingini bagi emosi atau fizikal.

Peristiwa yang boleh mencetuskan Sindrom Patah Hati termasuklah:

  • Kematian mendadak seseorang yang disayangi
  • Penderaan domestik
  • Bencana alam
  • Kemalangan kenderaan bermotor
  • Penglibatan dalam satu hujah sengit
  • Konflik hubungan
  • Kerugian kewangan akibat perjudian dan lain-lain
  • Didiagnosis dengan keadaan perubatan tertentu
  • Aktiviti fizikal yang meletihkan
  • Pembedahan
  • Penyakit perubatan akut
  • Trauma di kepala
  • Menyertai pengucapan awam
  • Ketakutan yang melampau

Kes-kes Sindrom Patah Hati juga telah dilaporkan semakin menjadi-jadi selepas penggunaan kokain, penggunaan dadah perangsang yang berlebihan atau apabila kesian opiat hilang.

Individu dengan gangguan mood tertentu juga lebih berisiko untuk mengembangkan Sindrom Patah Hati melebihi individu yang lain.

Sesetengah kejadian Sindrom Patah Hati berlaku selepas peristiwa tekanan yang positif seperti memenangi loteri atau pesta kejutan.

Diagnosis Sindrom Patah Hati

Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mungkin memilikinya, beberapa ujian boleh membantu mengenalpasti sindrom ini:

Pemeriksaan fizikal dan sejarah penyakit. Doktor anda akan memeriksa keadaan anda dan bertanya mengenai simptom anda. Beliau ingin tahu mengenai apa-apa peristiwa utama atau tekanan yang anda alami pada akhir-akhir ini.

Elektrokardiogram (ECG). Doktor akan melakukan pemeriksaan ini untuk mencari sebarang masalah yang melibatkan ritma dan struktur jantung anda. Hasilnya akan memberi maklumat jika simptom anda adalah serangan jantung.

Ujian darah. Kebanyakannya boleh menunjukkan kerosakan hati.

Angiogram koronari. Ujian ini boleh mengenalpasti Penyakit Arteri Koronari. Pewarna akan disuntik di dada dan arteri koronari anda untuk membantu doktor melihat jika terdapat sebarang penyumbatan. Individu yang mengalami serangan jantung biasanya mempunyai arteri yang tersumbat manakala individu yang mengalami Sindrom Patah Hati biasanya tidak mengalami penyumbatan arteri.

Ekokardiogram. Ultrabunyi ini menunjukkan kepada doktor jika anda mempunyai jantung yang besar atau jika jantung anda mempunyai bentuk yang tidak normal sewaktu mengepam. Bentuk jantung yang tidak normal ketika mengepam darah boleh menjadi tanda Sindrom Patah Hati.

Imbasan pencampuran Radionuclide. Ujian ini sama seperti ekokardiogram, ia membantu menunjukkan jika bahagian-bahagian otot jantung mendapat darah secara normal melalui arteri koronari atau tidak. Selain itu, ia juga membolehkan doktor mengetahui jika anda  mempunyai kerosakan jantung.

X-Ray dada. X-Ray atau Sinar-X boleh menunjukkan jika anda mempunyai jantung yang besar atau jika ia mempunyai bentuk yang tidak normal. Selain itu, ia juga boleh membantu doktor  melihat jika terdapat sebarang masalah pada paru-paru yang mungkin menyebabkan simtiom anda.

Faktor Risiko Sindrom Patah Hati

Terdapat beberapa faktor risiko bagi Sindrom Patah Hati, termasuklah:

  • Jantina. Keadaan ini lebih kerap menjejaskan wanita berbanding lelaki.
  • Umur. Kebanyakan individu yang mengalami Sindrom Patah Hati berusia lebih tua daripada 50 tahun.
  • Sejarah keadaan neurologi. Individu yang mempunyai gangguan neurologi, seperti kecederaan kepala atau gangguan epilepsi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sindrom ini.
  • Kecelaruan psikiatri sebelum atau semasa. Sekiranya anda mempunyai gangguan seperti kebimbangan atau kemurungan, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap Sindrom Patah Hati.

Rawatan Sindrom Patah Hati

Seseorang yang mempunyai Sindrom Patah Hati memerlukan penjagaan yang menyokong keadaan mereka di hospital sehingga fungsi ventrikel kiri dipulihkan pada jantung.

Selalunya, individu dengan sindrom ini perlu tinggal di hospital selama 3 hingga 7 hari.

Ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk merawatnya termasuklah penyekat beta dan pengubah enzim angiotensin (ACE). Ubat-ubatan ini boleh memulihkan otot jantung.

Ubat antikoagulan yang mengganggu pembekuan darah juga boleh digunakan untuk mengelakkan strok.

Pemulihan menyeluruh biasanya berlaku dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.

Ubat-ubatan anti-kecemasan atau penyekat beta boleh ditetapkan untuk tempoh yang lebih lama bagi membantu mengawal pembebasan hormon tekanan. Ia juga penting untuk mengurangkan atau menguruskan tekanan yang mungkin memainkan peranan dalam mencetuskan gangguan tersebut.

Komplikasi yang mengancam nyawa boleh merangkumi:

  • Kegagalan jantung
  • Aritmia jantung yang teruk
  • Darah beku
  • Masalah injap jantung
  • Kejutan kardiogenik

Bagi kes yang jarang berlaku, Sindrom Patah Hati boleh menyebabkan kematian.

Penjagaan susulan oleh pakar kardiologi amat diperlukan kerana kesan jangka panjang Sindrom Patah Hati masih belum diketahui.

Sindrom ini bukanlah disebabkan oleh penyakit jantung yang serius tetapi ia dianggap berlaku akibat kesan toksik hormon tekanan pada otot jantung dan saluran darah jantung.

Melalui diagnosis awal, terapi sokongan dan rawatan susulan, majoriti individu dengan sindrom ini pulih dengan cepat dan tidak mengalami kerosakan jantung buat jangka panjang.

Sumber:

error: Content is protected !!