Now Reading
Sindrom Sheehan (Sheehan Syndrome) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Sindrom Sheehan (Sheehan Syndrome) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

sindrom sheehan

Sindrom Sheehan berlaku kepada wanita yang pernah hilang sejumlah darah atau mengalami Tekanan darah rendah teruk semasa dan selepas bersalin. Akibatnya, kekurangan oksigen yang menyebabkan kerosakan kepada kelenjar pituitari dikenali sebagai sindrom ‘Sheehan’.

Seterusnya, sindrom ini boleh menyebabkan kelenjar pituitari tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup. Keadaan ini juga dikenali sebagai hipopituitarisme postpartum. Sindrom Sheehan jarang berlaku di negara-negara maju kerana penjagaan semasa kehamilan dan kelahiran adalah lebih baik berbanding di negara-negara yang sedang berkembang.

Simptom Sindrom Sheehan

Simptom-simptom Sindrom Sheehan kadangkala bermula selepas melahirkan anak. Ia juga boleh muncul secara beransur-ansur dalam beberapa bulan atau bahkan beberapa tahun kemudian. Wanita yang mengalami sedikit kerosakan terhadap kelenjar pituitari  mungkin tidak mengalami simptom selama beberapa tahun.

Simptom Sindrom Sheehan termasuklah:

  • Kesukaran menyusu atau ketidakupayaan untuk menyusu bayi
  • Tidak dapat bertoleransi terhadap keadaan sejuk
  • Kerencatan fungsi mental
  • Kehilangan bulu pada kemaluan dan ketiak
  • Keletihan atau kelemahan
  • Muncul kedutan halus di sekitar mata dan bibir
  • Pengecutan payudara
  • Sakit sendi
  • Paras gula dalam darah menurun
  • Tekanan darah rendah
  • Degupan jantung yang tidak teratur

Punca Sindrom Sheehan

Pendarahan parah semasa melahirkan bayi boleh menyebabkan tisu di kelenjar pituitari mati. Hasilnya, kelenjar ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kelenjar pituitari terletak di dasar otak. Ia merupakan hormon yang merangsang pertumbuhan, pengeluaran susu ibu, fungsi pembiakan, tiroid, dan kelenjar adrenal. Kekurangan hormon ini boleh membawa kepada pelbagai simptom.

Keadaan yang meningkatkan risiko pendarahan semasa kelahiran dan Sindrom Sheehan termasuklah kehamilan berganda (kembar dua atau kembar tiga) dan masalah dengan plasenta. Plasenta adalah organ yang berkembang semasa kehamilan dan berfungsi memberi makanan kepada janin.

Diagnosis Sindrom Sheehan

Sindrom Sheehan sangat mudah dikelirukan dengan keadaan lain yang menyebabkan simptom yang sama, terutamanya jika simptom tidak muncul selama beberapa bulan selepas anda melahirkan bayi.

Pada peringakat awal diagnosis, doktor akan bertanya tentang simptom yang anda alami. Makluman anda tentang simptom yang berkaitan seperti masalah penghasilan susu ibu selepas bersalin akan dapat membantu doktor mendiagnosis penyakit anda.

Ujian yang membantu doktor anda mendiagnosis Sindrom Sheehan termasuklah:

  • Ujian darah. Anda akan menjalani ujian darah untuk memeriksa tahap hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari anda. Ujian rangsangan hormon pituitari pula memeriksa adakah kelenjar pituitari anda memberi reaksi terhadap hormon yang berbeza dengan baik atau tidak.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbasan tomografi (CT). Ujian pencitraan ini memeriksa sebarang tumor atau masalah lain pada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan simptom yang sama.

Faktor Risiko Sindrom Sheehan

Sebarang keadaan yang meningkatkan kemungkinan kehilangan darah yang teruk (pendarahan) atau tekanan darah rendah semasa bersalin seperti mengandung bayi kembar atau mengalami masalah dengan plasenta, boleh meningkatkan risiko Sindrom Sheehan.

Namun, pendarahan adalah komplikasi kelahiran yang jarang berlaku bahkan adalah jarang . Kedua-dua risiko tersebut boleh dikurangkan dengan penjagaan dan pemantauan yang sewajarnya semasa bersalin.

Rawatan Sindrom Sheehan

Rawatan adalah dengan mengambil hormon badan yang tidak lagi dihasilkan oleh badan anda. Anda harus bergantung kepada hormon-hormon ini untuk  melangsungkan kehidupan:

  • Kortikosteroid. Prednison atau hidrokortison menggantikan hormon adrenal.
  • Levothyroxine (Levoxyl, Synthroid). Ubat ini meningkatkan tahap hormon kelenjar tiroid anda.
  • Estrogen ditambah progesteron (atau estrogen sahaja), jika rahim anda telah dikeluarkan. Hormon wanita ini membantu menstabilkan kitaran haid anda. Anda boleh berhenti mengambilnya sebaik sahaja anda mencapai usia menopaus.
  • ‘Luteinizing hormone’ dan ‘follicle stimulating hormone’. Hormon-hormon ini merangsang ovulasi dan boleh membantu anda hamil.
  • Hormon tumbesaran. Hormon ini membantu mengekalkan kepadatan tulang, meningkatkan nisbah otot badan anda kepada lemak, dan menurunkan tahap kolesterol.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/sheehan-syndrome

https://en.wikipedia.org/wiki/Sheehan%27s_syndrome

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sheehans-syndrome/symptoms-causes/syc-20351847

https://rarediseases.org/rare-diseases/sheehan-syndrome/

error: Content is protected !!