Sindrom Stevens-Johnson, juga dipanggil sebagsai SJS adalah masalah serius yang jarang berlaku. Biasanya, ia adalah tindak balas yang teruk daripada ubat yang anda ambil. Sindrom ini juga boleh menyebabkan kulit anda lepuh dan mengelupas. Di samping itu, ia juga memberi kesan pada membran mukus anda. Lepuh juga boleh terbentuk di dalam badan, menyukarkan anda untuk makan, menelan, bahkan juga untuk membuang air kecil.
Mendapatkan rawatan dengan segera boleh membantu melindungi kulit dan organ-organ lain dari kerosakan yang kekal.
Simptom Stevens-Johnson Syndrome (SJS)
Simptom Stevens-Johnson biasanya bermula dengan demam dan berasa seperti mempunyai selsema. Beberapa hari kemudian, simptom yang lain muncul, termasuklah:
- Kulit kemerahan atau keunguan yang menyakitkan dan pedih.
- Lepuh pada kulit, mulut, hidung, dan alat kelamin anda.
- Mata yang merah, menyakitkan dan berair.
Sindrom ini adalah berbahaya, jadi sekiranya anda mengalami simptom ini, pergi ke bilik kecemasan dengan segera.
Punca Sindrom Stevens-Johnson (SJS)
Lebih daripada 100 ubat boleh menyebabkan sindrom Stevens-Johnson (SJS). Antara yang paling biasa ialah:
- Ubat untuk gout, artritis yang menyakitkan – terutamanya allopurinol (Aloprim, Zyloprim)
- Ubat tahan sakit seperti acetaminophen (Tylenol), ibuprofen (Advil, Motrin), dan naproxen sodium (Aleve).
- Antibiotik ulfa, sejenis ubat yang melawan jangkitan (termasuk Bactrim dan Septra).
- Ubat-ubatan yang merawat sawan atau sakit mental.
Ubat-ubatan yang berkemungkinan menyebabkan masalah pada kanak-kanak adalah seperti antibiotik sulfa, Tylenol dan ubat yang merawat kekejangan terutamanya carbamazepine (Carbatrol, Tegretol).
Jika anda akan menghidapi SJS, ia kemungkinan besar akan berlaku dalam 2 bulan pertama selepas anda mula mengambil ubat berkenaan. Jangkitan, seperti keradangan paru-paru atau virus herpes yang menyebabkan kudis herpes, juga boleh mencetuskan sindrom ini. Ia juga lebih kerap berlaku pada kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Anda lebih cenderung mendapatkan SJS jika anda mempunyai:
- Penyakit HIV atau masalah lain dengan sistem imunisasi anda.
- Pernah menghidap SJS sebelum ini.
- Gen tertentu yang anda warisi dari ibu bapa anda.
- Rawatan radiasi.
Rawatan Sindrom Stevens-Johnson (SJS)
Anda akan dirawat bagi penyakit sindrom Stevens-Johnson di hospital oleh pasukan doktor dan jururawat khas. Sesetengah individu dirawat di pusat ‘bakar’ (burn centre) atau unit penjagaan rapi.
Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor adalah untuk menghentikan ubat atau merawat jangkitan yang membuat anda sakit. Mereka juga akan cuba melegakan simptom anda, mencegah jangkitan dan menyokong penyembuhan anda.
Doktor juga boleh:
- Gantikan cecair dan nutrien. Tubuh anda perlu kekal hidrat dan kulit anda memerlukan protein untuk proses pembinaan semula. Anda mungkin akan mendapat cecair daripada IV pada mulanya, kemudian diberi makan melalui tiub yang masuk ke dalam perut melalui hidung anda.
- Penjagaan luka. Kakitangan hospital akan menjaga kulit anda dalam keadaan bersih. Mereka perlahan-lahan akan membuang kulit mati dan menutupi lubang kosong dengan balutan khas.
- Penjagaan mata. Pasukan penjagaan akan membersihkan mata anda dan menggunakan titisan dan krim khusus untuk mengelakkannya daripada mengering.
Anda juga boleh berada di hospital selama 2 hingga 4 minggu. Kebanyakan kes sindrom ini akan mengambil masa untuk pulih.
Di samping itu, kes yang teruk pula boleh membawa maut, terutama sekali pada 3 bulan selepas ia bermula. Komplikasi yang paling kerap berlaku cenderung menjadi sepsis (tindak balas keradangan di seluruh badan anda), masalah pernafasan kerana cecair terkumpul dalam paru-paru, atau banyak organ yang berhenti berfungsi. Peluang anda adalah lebih baik jika anda masih muda dan sihat, tetapi anda masih mempunyai risiko tinggi selama lebih kurang setahun.
Kadangkala SJS mempunyai kesan yang muncul beberapa tahun selepas anda sembuh, termasuk:
- Parut di mana kulit anda mengelupas.
- Mata kering yang sakit apabila berada dalam kawasan dengan cahaya terang.
- Masalah penglihatan.
- Jangkitan di dalam gusi anda atau mulut.
- Masalah paru-paru seperti bronkitis, yang menyebabkan batuk yang serius dan kesukaran bernafas.
Langkah Pencegahan Sindrom Stevens-Johnson (SJS)
Biasanya, tiada cara boleh dibuat untuk mengetahui bagaimana anda akan bertindak balas terhadap ubat-ubatan tertentu – walaupun doktor anda yang menetapkannya. Jika anda berketurunan Asia, anda mungkin mempunyai gen yang meningkatkan risiko terhadap SJS.
Rujuk doktor anda bagi mendapatkan ujian gen ini sebelum anda mengambil ubat carbamazepine.
Jika anda sudah mempunyai sindrom ini, berhati-hati agar penyakit ini tidak berulang. Pastikan anda:
- Beritahu doktor bahawa anda mempunyai SJS.
- Pakai gelang amaran perubatan.
- Ketahui nama ubat yang menyebabkan SJS anda. Elakkan pengambilan ubat ini atau mana-mana ubat yang serupa.
Kredit: Sumber gambar diambil daripada https://drimanfirmansyah.com/2014/06/15/stevens-johnson-syndrome-at-a-glance/
SUMBER
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/stevens-johnson-syndrome
https://www.healthline.com/health/toxic-epidermal-necrolysis