Now Reading
Singkapi tentang tangan dan kaki sejuk

Singkapi tentang tangan dan kaki sejuk

Keadaan tangan dan kaki sejuk ini adalah satu proses fisiologi apabila kita berada dalam bilik atau tempat yang mempunyai suhu sekeliling yang sejuk. Proses ini berlaku apabila peredaran darah akan lebih tertumpu kepada organ-organ penting menyebabkan tangan dan kaki menjadi sejuk. Namun ada segilintir pihak yang mempunyai simptom ini dan ianya adalah perkara normal untuk mereka. 

Punca-punca

  1. Suhu persekitaran yang terlalu sejuk
  2. Kekurangan sel darah merah atau anemia
  3. Kerosakan saraf oleh penyakit kencing manis
  4. Penyakit peripheral vascular
  5. Penyakit autoimmune (Raynaud, scleroderma atau lupus)
  6. Keresahan atau Serangan panik

Kesan/ Komplikasi

Situasi ini adalah tertakluk kepada punca anda. Keadaan yang mendesak disebabkan penyakit kronik boleh menyebabkan  : 

  1. Kurang peredaran darah ke kaki dan tangan
  2. Kurang deria rasa
  3. Kebas yang berpanjangan
  4. Risiko penyakit kronik meningkat seperti stroke dan jantung

Rawatan

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Justeru itu, langkah terbaik adalah untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya anda mendapati simtom yang dialami adalah luar biasa dan berpanjangan dari norma kehidupan seharian anda.

Tiada rawatan spesifik untuk sejuk tangan dan kaki. 

Langkah Pencegahan

  1. Memakai sarung tangan atau kaki sekiranya terdedah kepada persekitaran sejuk
  2. Mengambil ubatan kencing manis, darah tinggi atau kolestrol untuk mengelakkan berlakunya kerosakkan saraf
  3. Mengurut di bahagian telapak tangan atau kaki jika perlu bagi mengalakkan peredaran darah ke bahagian tersebut.

Sekiranya simptom tangan dan kaki sejuk anda berlarutan, yang terbaik adalah dapatkan rawatan doktor dengan segera. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua yang membaca artikel ini.

Sumber :

https://www.healthline.com/health/cold-feet-and-hands#causes

https://www.mayoclinic.org/symptoms/cold-hands/basics/when-to-see-doctor/sym-20050648

error: Content is protected !!